Sat Oct 10 2015


SHAH ALAM, 10 Oktober - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) berjalan bersama-sama peserta menyertai acara 'Fun Walk' sejauh dua km selepas merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2015 di Padang Kawad, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Sabtu. Turut sama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. - Bernama

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua kiri) bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor melakukan sesi memanaskan badan selepas perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2015 di Padang Kawad, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Sabtu. Turut sama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (dua kanan), Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh (tiga kanan belakang Najib) dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan (kanan). - Bernama

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tiga kanan) melakukan simbolik perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2015 di Padang Kawad, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Sabtu. Di sebelah kiri Perdana Menteri isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (empat kiri) bersama Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar (tiga kiri belakang Khairy) dan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar (dua kiri).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) bersama peserta acara 'Fun Walk' sejauh dua km sempena sambutan Hari Sukan Negara 2015 Peringkat Kebangsaan di Padang Kawad, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Sabtu. Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (tiga kiri) dan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar (tiga kanan). - Bernama

IPOH, 10 Okt - Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (empat kiri) melompat bersenam robik sempena pelancaran Hari Sukan Negara 2015 peringkat negeri Perak di Kompleks Belia dan Sukan Negeri, Sabtu.

PUTRAJAYA, 10 Okt - Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal (kanan) mengenakan sarung tangan tinju Kelab Muay Thai Singa Malaya pada sambutan Hari Sukan Negara 2015 bersama penjawat awam di Dataran JPA, Sabtu. Pelancaran serentak sambutan Hari Sukan Negara 2015 seluruh negara berlangsung pada 10.10 pagi. Pelbagai acara diadakan seperti senam robik, persembahan tarian seni, Muay Thai dan karate do. - Bernama

OTA KINABALU, 10 Okt -- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman (tengah) bersama Menteri Belia dan Sukan negeri Datuk Haji Tawfiq Abu Bakar Titingan (kanan) menyertai acara Program Berbasikal Bebas Dadah pada sambutan Hari Sukan Negara 2015 peringkat negeri, Sabtu. Lebih 400 ribu peserta pelbagai lapisan masyarakat meliputi 10 peratus penduduk seluruh negeri mengambil bahagian dalam sambutan itu. --fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA

Putrajaya, 10 Okt - Menteri Pendidikan, Datuk Mahdzir Khalid (kanan) melambai tangan kepada murid-murid sekolah yang menyertai aktiviti jalan ria 1Murid 1Sukan pada Program Kecergasan Kementerian Pendidikan sempena Hari Sukan Negara 2015 di Dataran Putrajaya, Sabtu. Kira-kira 20,000 orang murid menyertai program itu. - Bernama

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma

Panel dinding stesen LRT Masjid Jamek runtuh, tiada kemalangan jiwa - Rapid Rail
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Suara Rakyat: Dulu syurga beli-belah, kini sepi daripada pengunjung

Rusia, AS bakal berbincang dalam beberapa hari lagi - Kementerian Luar Rusia
