Tan Sri SM Salim dalam kenangan (1928-2016)
Galeri foto ini memaparkan suasana sayu di rumah lagenda muzik Melayu asli negara, Tan Sri SM Salim.
Thu Dec 29 2016
Ahli keluarga dan sahabat handai Allahyarham Tan Sri S.M. Salim selesai menyiram air mawar ke atas pusara Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Orang ramai dan rakan-rakan artis menunaikan solat jenazah Biduan Negara Allahyarham Tan Sri S.M. Salim selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru sebelum dikebumikan. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Jenazah Allahyarham Tan Sri S.M. Salim dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang pada Jumaat. - Foto Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Orang ramai termasuk keluarga dan rakan artis mengusung jenazah Biduan Negara Tan Sri S.M. Salim yang siap disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Baru untuk dikebumikan. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Ahli keluarga dan sahabat handai Allahyarham Tan Sri S.M. Salim membawa jenazah untuk disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Baru. Penyanyi legenda tanah air, 88, meninggal dunia kerana sakit tua. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Jenazah Allahyarham Tan Sri S.M. Salim tiba untuk disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Baru. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Jenazah Allahyarham Tan Sri S.M. Salim diiringi keluarga dan sahabat handai di Masjid Jamek Kampung Baru. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Ahli keluarga menenangkan balu Allahyarham Tan Sri S.M. Salim, Puan Sri Aishah Abdul Ghani (tengah) ketika ketibaan jenazah Allahyarham di Masjid Jamek Kampung Baru pada 30 Disember 2016. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Jenazah Allahyarham Tan Sri SM Salim dikelilingi ahli keluarga dan sahabat handai sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang - Astro AWANI / Shahir Omar
SUASANA PILU ... Balu Allahyarham Tan Sri S.M. Salim, Puan Sri Aishah Abdul Ghani (tengah) bersama anggota keluarga tidak dapat menahan kesedihan ketika ketibaan jenazah di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur. - Astro AWANI / Shahir Omar
Ahli keluarga Allahyarham Tan Sri S.M. Salim, tidak dapat menahan kesedihan ketika ketibaan jenazah di Masjid Jamek Kampung Baru. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Ahli keluarga dan sahabat handai berdoa selepas Allahyarham Tan Sri S.M. Salim disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Baru. Astro Awani / Shahir Omar
Tan Sri SM Salim atau nama sebenarnya Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.44 petang, 29 Disember, di kediamannya di Ukay Perdana, Ampang akibat sakit tua. Beliau berusia 88 tahun. - Foto oleh Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Suasana pilu menyelubungi kediaman Allahyarham Tan Sri SM Salim, nama sebenarnya Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros di Ukay Perdana, Ampang. Penyanyi legenda tanah air itu menghembuskan nafas terakhir pada 29 Disember pada usia 88 tahun akibat sakit tua. - Foto oleh Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah kepada Puan Sri Aishah Abdul Ghani (kiri), balu allahyarham Tan Sri S.M. Salim. Turut bersama adalah anak Allahyarham, Shamsul Salim, (dua, kanan). Ahmad Zahid berkata Allahyarham sepanjang hayatnya telah memberi sumbangan besar dalam menyampaikan mesej berunsur nasihat kepada seluruh lapisan masyarakat.- Foto oleh Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menziarahi jenazah Allahyarham Tan Sri SM Salim di kediaman seniman tersebut di Ukay Perdana, Ampang pada petang Khamis. Turut bersama adalah anak allahyarham, Shamsul Salim, (empat, kanan). - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Anak Allahyarham Tan Sri SM Salim, Shamsul Salim, 51, sedang ditemuramah pemberita di kediaman ayahnya di Sering Ukay, Ampang pada Khamis. - fotoBERNAMA
Rakan artis, Datuk Ramli MS (kiri) turut meluangkan masa menziarahi isteri Allahyarham Tan Sri SM Salim, Puan Sri Aisyah Abdul Ghani di kediamannya di Sering Perdana, Ampang pada Rabu. - fotoBERNAMA
Barisan penerima Darjah Panglima Setia Mahkota yang bergelar Tan Sri dari kiri Penyangi Veteran Tan Sri SM Salim, Tan Sri Tan Beng Tong, Tan Sri Ir. Othman Marican, Gavenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman setelah menerima Darjah dari Yang Di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 2 Jun 2001. - fotoBERNAMA
Seniman negara, Tan Sri SM Salim ketika bercerita kepada media dalam satu temu bual pada 27 Julai 2001. SM Salim meninggal dunia akibat sakit tua pada 29 Disember 2016 di kediamannya di Ukay Perdana, Ampang, Selangor. Beliau meninggalkan seorang isteri Puan Sri Aishah Mohd Ghani dan enam anak. - fotoBERNAMA
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat