Tue Jan 16 2018
Rakaman yang disiarkan oleh beberapa stesen televisyen menunjukkan sebilangan mangsa terbaring di lantai dan dibawa keluar bangunan itu. - REUTERS / Darren Whiteside
Lantai tingkat satu menara II Gedung Bursa Efek Indonesia (BEI) itu runtuh menyebabkan puluhan orang ramai dan pekerja yang berada di lobi gedung itu cedera dalam kejadian kira-kira 12.20 tengah hari. - REUTERS / Darren Whiteside
Sejurus kejadian, polis mengepung kawasan kompleks ketika orang ramai, termasuk pelajar, lari menyelamatkan diri. - REUTERS / Darren Whiteside
Terdapat sekumpulan pelajar sekolah menengah di kawasan itu ketika ia runtuh. - REUTERS / Darren Whiteside
Rakaman berita televisyen memaparkan orang ramai panik dan menjerit ketika anggota-anggota polis cuba mengosongkan kawasan itu yang dipenuhi serpihan runtuhan. - REUTERS / Darren Whiteside
Ramai daripada mereka yang cedera telah dibawa ke hospital menggunakan ambulans. - REUTERS / Darren Whiteside
Sekurang-kurangnya 75 orang cedera ditimpa serpihan kaca dan bahan binaan lain apabila lantai mezanin berdepan lobi utama di bangunan Bursa Saham Indonesia runtuh, pagi Isnin. Antara Foto/Elo via REUTERS
Tumpuan Sabtu – 18 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (17 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
11 pendatang tanpa izin ditahan di Muallim
Jabatan Imigresen (JIM) Perak menahan 11 pendatang tanpa izin dalam serbuan di tujuh premis perniagaan berasingan di sekitar daerah Muallim, semalam.
Bekas Datuk Bandar disyaki lulus projek, 3 yang lain terima imbuhan
Bekas Datuk Bandar yang ditahan dalam Op Ragada bersama dua wanita dan seorang lelaki pada Rabu dan semalam disyaki antara individu yang bertanggungjawab meluluskan projek diselewengkan pegawai pengurusan tertinggi sebuah stesen penyiaran di Sarawak.
Dua lelaki terlibat pelbagai jenayah di empat negeri ditahan
Dua lelaki disyaki terlibat dalam 19 siri jenayah pecah kedai dobi layan diri, samun dan curi kenderaan yang berlaku di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, dan Perak, ditahan polis semalam.
Polis Selangor terima 31 laporan libatkan RM2.1 juta kerugian
Polis setakat ini menerima 31 laporan membabitkan kerugian RM2.1 juta berhubung penipuan umrah di negeri itu.
Empat diberkas bersama dadah bernilai RM4.03 juta di Johor
Polis menahan empat individu dan merampas pelbagai dadah bernilai RM4.03 juta dalam serbuan di dua kondominium mewah di sekitar bandar raya ini pada 10 dan 11 Januari lalu.
Saya harap ayah ditemukan sama hidup atau mati - Anak
Anak kepada salah seorang nelayan yang dikhuatiri hilang di Pulau Undan, Melaka tengah bersedia dengan sebarang kemungkinan dan berharap pasukan penyelamat dapat membawa pulang bapanya dengan selamat.
Pahang dan UAE ganding bahu lindungi spesies harimau Malaya
Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bercemar duli menyaksikan majlis tandatangan kerjasama strategik antara Pahang dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk melindungi harimau Malaya yang semakin kritikal populasinya.
Projek bernilai RM99.8 juta yang dibiayai oleh Tabung Pemuliharaan Spesies Mohamed bin Zayed itu memberi tumpuan kepada pemuliharaan spesies harimau, pemulihan habitat semula jadi serta pembangunan komuniti setempat.
Projek bernilai RM99.8 juta yang dibiayai oleh Tabung Pemuliharaan Spesies Mohamed bin Zayed itu memberi tumpuan kepada pemuliharaan spesies harimau, pemulihan habitat semula jadi serta pembangunan komuniti setempat.
ASEAN 2025: Malaysia akan meremajakan mekanisme utama
Malaysia juga tidak mahu terjebak dengan pertikaian kuasa-kuasa besar, sebaliknya lebih suka bekerjasama dengan negara-negara anggota yang sehaluan dan rakan dialog.