Fri Jul 22 2016


Lima panji-panji yang diarak pada hari ini ialah Panji-Panji Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Rejimen Renjer Diraja (RRD), Kor Armor Diraja (KAD), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TLDM).- Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Istiadat mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong menyusul dengan penuh istiadat ketenteraan dalam tempo kawad perlahan dan cepat dan diikuti laungan 'Daulat Tuanku' sebanyak tiga kali oleh anggota perbarisan menandakan penghujung upacara. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Istiadat diakhiri dengan bacaan doa Ketua Pengarah Kor Agama ATM, Mej. Jeneral Datuk Kamaruddin Mamat. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Turut hadir pada istiadat yang julung kali diadakan di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.- Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Istiadat sembah ikrar taat setia Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada Seri Paduka selaku Pemerintah Tertinggi ATM itu diadakan sempena sambutan hari keputeraan rasmi baginda. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Kawalan kehormat dianggotai 23 pegawai dan 490 anggota lain-lain pangkat daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM diketuai Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, Leftenan Kolonel Mohd. Radzi Othman.- Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Istiadat Panji-Panji merupakan suatu penghormatan negara yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada Rejimen Kor ATM sebagai mengenang jasa dan perkhidmatan cemerlang pasukan keselamatan itu kepada negara. - Astro AWANI / Shahir Omar

Sebahagian dari anggota tentera yang membuat persediaan akhir sebelum berlangsungnya Istiadat Mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara Putrajaya pagi ini. Astro AWANI / Shahir Omar

Sebahagian dari anggota pasukan kawalan kehormat yang dianggotai 23 pegawai dan 490 anggota lain-lain pangkat daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Sebahagian dari anggota tentera yang membuat persediaan akhir sebelum berlangsungnya Istiadat Mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara Putrajaya pagi ini. Astro AWANI / Shahir Omar

Anggota tentera berkawad pada majlis Istiadat Mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Dataran Pahlawan Negara hari ini. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Turut hadir hari ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (kiri).- Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Seorang anggota tentera kelihatan tenang sebelum berlangsungnya Istiadat Mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara Putrajaya. - Astro AWANI / Shahir Omar

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berangkat ke Istiadat Mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara Putrajaya.- Astro AWANI / SHAHIR OMAR

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.
AWANI Ringkas: JDT gagal ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Prestasi S&P 500: Sehingga 12 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
Pasaran saham AS ditutup rendah di tengah ancaman tarif baru dan harapan perjanjian damai
Pasaran saham AS ditutup rendah pada hari Selasa tetapi mengurangkan kerugian awal sesi. Ancaman tarif baru AS dan harapan perjanjian damai antara Ukraine dan Rusia menyebabkan volatiliti. Indeks S&P 500 jatuh lebih 10% dari rekod tertinggi, manakala Nasdaq mengesahkan pembetulan 10%. Momentum positif diperoleh selepas AS bersetuju menyambung bantuan ketenteraan kepada Ukraine.

Semakin sukar ditemui, 'apam pasang kuale' laris di bulan Ramadan
Menjelang bulan Ramadan kuih tradisional yang hanya boleh didapati di Kuala Kangsar iaitu apam pasang, pasti dicari penggemarnya.
'Trump Tantrum': Pengumuman Polisi Mengelirukan Trump soal keluli dan aluminium
Pengumuman terbaru oleh Presiden AS Donald Trump mengenai tarif 50% ke atas keluli dan aluminium dari Kanada mencetuskan kekeliruan. Penasihat perdagangan Trump, Peter Navarro, mengesahkan bahawa tarif ini tidak akan berkuat kuasa pada hari Rabu. Saksikan reaksi dari pelbagai negara dan kenyataan dari Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, dan Canselor Jerman, Olaf Scholz.
HI-TVET diperkasakan, tumpu robotik, IoT, AI - Ahmad Zahid
Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Aras Tinggi (Hi-TVET) terus diperkasakan dengan memberi tumpuan kepada robotik, Internet benda (IoT), kecerdasan buatan (AI) serta pengenalan kepada sistem kenderaan elektrik canggih.
Kerja fleksibel vs. Gaji besar: Mana lebih berbaloi?
Menurut Jabatan Perangkaan (DOSM), Pengangguran menurun kepada 533,800 orang (3.1%) pada Januari 2025, didorong oleh peningkatan guna tenaga dan pertumbuhan pasaran buruh. Adakah pasaran yang dilihat stabil ketika ini bersedia menghadapi sebarang perubahan polisi? Kupasan lanjut bersama Perunding Sumber Manusia, Faizal Riduan.