Sun Aug 24 2014


Seorang pengawal keselamatan menanti ketibaan pesawat MH19 yang membawa tiga jenazah mangsa nahas MH17 di KLIA. Dua daripadanya diberikan istiadat penghormatan - Foto Twitter/@h_hardy_h

Salah seorang anggota keluarga Allahyarham Mohd Ghafar Abu Bakar sedang membuat persiapan menyambut jenazah di Ampang. Jenazah tiba bersama dua yang lain pada pagi Ahad. Foto Twitter/@beeha3

Sebahagian anggota media sedang bersiap-sedia untuk Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi Pesawat MH17 pada Ahad. Tiga lagi jenazah tiba menggunakan pesawat MAS MH19. Foto Twitter/@h_hardy_h

Pesawat MAS yang membawa dua jenazah tragedi #MH17 tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA pada pagi Ahad. Foto Twitter/@h_hardy_h

Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi Pesawat MH17 bermula - Foto Twitter/@h_hardy_h

Jenazah diusung ke kenderaan jenazah oleh anggota tentera daripada 12 Briged Infantri Malaysia. -Gambar: Twitter/@h_hardy_h

Para hadirin bertafakur selama seminit sebaik sahaja jenazah dimasukkan ke dalam kenderaan jenazah. Foto Twitter/@h_hardy_h

Kenderaan jenazah keluar dari Kompleks Bunga Raya selepas Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17. -fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kompleks Bunga Raya bagi menghadiri Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya. -fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) bersama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (kanan) bertafakur selama seminit pada Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)hari ini. Tiga lagi mangsa tragedi pesawat MH17 tiba di Malaysia hari ini dengan pesawat komersial MH19 yang berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam, dengan dua daripada jenazah tersebut diberi penghormatan dalam istiadat ringkas namun penuh penghormatan --fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA

SEBAK... Kakitangan Malaysia Airlines (MAS) tidak dapat menahan kesedihan pada Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) -- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA

Suami kepada mendiang Ng Shi Ing, Lee Vee Weng membawa abu mayat isterinya yang merupakan salah seorang penumpang pesawat MH17 di Xiao En Bereavement Care Sdn Bhd untuk disimpan. --fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA

Jenazah Allahyarham Mohd Ghafar, Ketua Pramugara MH17 tiba jam 11.30 pagi di Tanah Perkuburan Islam Mukim Ampang 1, pengkebumian Allahyarham selesai jam 12.05 tengahari - Foto Twitter @beeha3
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).