Wajah-wajah Menteri Kewangan dari tahun 1957-2018
Galeri gambar ini memaparkan foto-foto mereka yang pernah menjawat jawatan Menteri Kewangan Malaysia dari tahun 1957 hingga 2018.
Sat May 12 2018
Menteri Kewangan kedua Malaysia, Tun Tan Siew Sin (gambar) menjadi Menteri Kewangan Malaysia bermula pada tahun 1959 sehingga 1969. Menteri Kewangan pertama Malaysia adalah Tun H.S.Lee sekitar tahun 1957 sehingga 1959. - Foto Sumber Arkib Negara.
Perdana Menteri Malaysia kedua Malaysia iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pernah menjadi Menteri Kewangan pada tahun 1969 sehingga 1970. - Foto Sumber Arkib Negara.
Mendiang Tun Tan Siew Sin ketika membawa dokumen pembentangan bajet ke Parlimen. Tun Tan Siew Sin sekali lagi dilantik menjadi Menteri Kewangan Malaysia pada tahun 1970 sehingga 1974. - Foto Sumber Arkib Negara
Perdana Menteri ketiga Malaysia, Allahyarham Tun Hussein Onn pernah menjadi Menteri Kewangan Malaysia sekitar tahun 1974 sehingga 1976. - Foto sumber Arkib Negara
Tengku Razaleigh Hamzah ketika sedang bersiap sedia sebelum pembentangan bajet di Parlimen. Tengku Razaleigh pernah menjadi Menteri Kewangan pada tahun 1976 sehingga 1984. - Foto Sumber Arkib Negara
Pembentangan Bajet tahun 2000: Tun Daim Zainuddin pernah dilantik menjadi Menteri Kewangan pada tahun 1985 sehingga 1990 dan sekali lagi menjadi Menteri Kewangan negara pada tahun 1999 sehingga 2001. - Foto Sumber Arkib Negara
Pembentangan bajet tahun 1996: Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menjadi Menteri Kewangan Malaysia pada tahun 1991 sehingga 1998 - Foto Flickr
Pembentangan Bajet 2004: Perdana Menteri keempat negara, Tun Mahathir pernah menjadi Menteri Kewangan sekitar tahun 1998 sehingga 1999 dan sekali lagi pada tahun 2001 sehingga 2003 - Foto AFP / Jimin LAI
Pembentangan bajet pada tahun 2007: Perdana Menteri Malaysia yang kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menjadi Menteri Kewangan sejak tahun 2003 sehingga 2008 - Foto AFP
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2015 di Dewan Rakyat, Parlimen. Turut kelihatan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai (kiri). Najib menjadi Menteri Kewangan sejak tahun 2008 - fotoBERNAMA (2014)
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu mengumumkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan dalam Kabinet baharu kerajaan Malaysia. - Foto Bernama
AWANI Ringkas: Lelaki dipenjara lima bulan ugut bekas isteri Harith Iskander
Tulang ditemui di Pantai Batu Buruk 2 bukan tulang manusia
Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Polis P. Pinang yakin urus keselamatan, aliran trafik sepanjang persidangan ASEAN
Banjir: Ratusan penumpang bas Indonesia dipindahkan melalui sempadan Malaysia
Empat individu ditahan terlibat 11 kes ragut di Selangor
Pakai ala pasukan beruniform, polis panggil 40 individu
Sindiket warga asing curi telefon tumpas
Tukang rumah ugut Harith Iskander dan keluarga dipenjara lima bulan
KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo