Thu Jul 13 2017
Pengarah Projek Sungai Buloh-Kajang (SBK) Transit Aliran Massa (MRT) Marcus Karakashian (tiga, kiri) berbincang dengan Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Pihak Berkepentingan MRT Datuk Najmuddin Abdullah (dua, kiri) dan Pengarah Pengurusan Komersial dan Tanah MRT Datuk Haris Fadzilah Hassan (kiri) sewaktu tiba di Stesen MRT Bukit Bintang pada Sesi Taklimat Pra Pelancaran MRT Aliran Sungai Buloh-Kajang (SBK) dan Lawatan Ke Stesen MRT hari ini. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Seorang kakitangan Transit Aliran Massa (MRT) sedang melakukan kerja persiapan akhir di Stesen MRT Muzium Negara sewaktu tinjauan pada Sesi Taklimat Media Pra Pelancaran MRT Aliran Sungai Buloh-Kajang (SBK) dan Lawatan Ke Stesen MRT hari ini.- ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Kemudahan eskalator adalah kemudahan utama yang terdapat di setiap stesen Transit Aliran Massa (MRT) untuk memudahkan para pengguna melalui stesen MRT selain untuk menjimatkan masa. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Stesen Transit Aliran Massa (MRT) seperti di Pasar Seni ini bakal mempamerkan aspek kebudayaan, seni dan kraf bagi mempromosikan warisan budaya negara melalui unsur visual. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Suasana selesa dapat dilihat di dalam tren Transit Aliran Massa (MRT) yang mesra pengguna serta mesra pengguna Orang Kelainan Upaya (OKU) pada tinjauan hari ini.- ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Kemudahan seperti tandas, surau, serta bilik menyalin lampin bayi turut disediakan pada setiap stesen Transit Aliran Massa (MRT) untuk memudahkan para pengguna sepanjang berada di MRT. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Seorang anggota polis bantuan sedang memantau skrin monitor di sebuah stesen Transit Aliran Massa (MRT) untuk mempastikan keselamatan sewaktu tinjauan pada Sesi Taklimat Pra Pelancaran MRT Aliran Sungai Buloh-Kajang (SBK) dan Lawatan Ke Stesen MRT hari ini.- ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Fasa dua laluan Semantan-Kajang sepanjang 30KM akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 17 Julai ini. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
[TERKINI] Himpunan Solidariti menuntut keadilan Najib Razak
Wartawan Umavathi Ramayah dan Faida Rahim membawakan perkembangan terkini langsung dari Istana Kehakiman, Putrajaya.
Asas bermusim kukuh dijangka dorong niaga hadapan MSM meningkat minggu ini
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan dagangan yang cenderung meningkat sedikit minggu ini, susulan asas bermusim yang lebih kukuh.
Piala AMEC: Pelbagai kontroversi hiasi kemenangan Vietnam, berjaya padam rekod cemerlang Gajah Perang
Seawal minit kelapan, Pham Tuan Hai, menyumbat gol pertama buat pasukan pelawat untuk kedudukan 1-0 selepas dilayangkan kad kuning.
Bursa Malaysia dijangka kekal berhati-hati minggu ini
Bursa Malaysia dijangka kekal berhati-hati minggu ini berikutan pelabur bersiap sedia untuk memulakan 2025 dengan pendekatan berhati-hati, selain tumpuan kepada hari pelantikan presiden Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan pada 20 Januari.
Ringgit dijangka diniaga rendah berbanding dolar AS minggu ini
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata data ekonomi Amerika Syarikat terutamanya tuntutan pengangguran, dijangka menunjukkan peningkatan berterusan selepas tuntutan pengangguran mingguan minggu lepas menurun sebanyak 9,000 kepada 211,000, iaitu paras terendah dalam lapan bulan.
JS-SEZ: Kerjasama untungkan negara, rakyat Malaysia-Singapura
Perjanjian Bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) akan dimeterai seiring Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11 yang akan bermula hari ini. Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong dijadual tiba di Malaysia hari ini di mana pemukiman itu dihoskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
EPL: Manchester United curi satu mata berharga dari Anfield
The Red Devils menghasilkan jaringan pembukaan pada minit ke-52 menerusi rembatan kencang Lisandro Martinez.
Asrama perempuan Maahad Tahfiz An Nur, Merbok terbakar
Kebakaran itu menyebabkan kemusnahan 80 peratus, namun, tiada mangsa dilaporkan berada dalam Maahad Tahfiz berkenaan.
AWANI Pagi: Rancang kehamilan: Peranan lelaki atau perempuan?
Baru-baru ini platform X menyaksikan beberapa siri perdebatan susulan wujud percanggahan pendapat di antara sebahagian lelaki dan wanita berkenaan dengan perancangan kehamilan.
Ini kerana menerusi hantaran dikongsikan seorang individu di X, seorang lelaki mendedahkan kepada individu tersebut bahawa dirinya memilih untuk menjalani prosedur vasektomi selepas tidak sanggup melihat isterinya menanggung kesan sampingan suntikan perancang keluarga.
Perkongsian itu kemudian mendapat perhatian bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menurutnya, prosedur vasektomi adalah haram dan tidak dibenarkan dalam Islam.
Ini kerana menerusi hantaran dikongsikan seorang individu di X, seorang lelaki mendedahkan kepada individu tersebut bahawa dirinya memilih untuk menjalani prosedur vasektomi selepas tidak sanggup melihat isterinya menanggung kesan sampingan suntikan perancang keluarga.
Perkongsian itu kemudian mendapat perhatian bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menurutnya, prosedur vasektomi adalah haram dan tidak dibenarkan dalam Islam.
Premis sarapan pagi hadapan Istana Kehakiman dipenuhi pengunjung
Peniaga menerima jumlah pelanggan luar biasa pada hari ini.