Nahas dengan treler, 4 sekeluarga rentung
Foto galeri ini memaparkan tragedi empat sekeluarga maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan sebuah treler di Kilometer 265.4
Sat Mar 05 2016
Empat mayat ditemui rentung dalam sebuah kereta lebih 24 jam selepas dihempap sebuah treler di Kilometer 265.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan selepas Terowong Menora pada 4 Mac 2016 di Ipoh, Perak. - fotoBERNAMA (2016)
Anggota polis mengangkat mayat yang ditemui di bawah treler untuk di hantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh pada Jumaat 4 Mac 2016. - fotoBERNAMA (2016)
Kerja pengalihan lori treler yang terbakar dan sebuah kereta di Kilometer 265.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, selepas Terowong Menora giat dijalankan pada 4 Mac 2016 di Ipoh, Perak. Dalam kemalangan itu, sebuah lori treler terbabas sebelum musnah terbakar sehingga 90 peratus dan menyebabkan pemandu serta kelindan mengalami kecederaan. - fotoBERNAMA (2016)
Tiga daripada empat mayat yang ditemui rentung dalam sebuah kereta lebih 24 jam setelah mereka dihempap treler di Kilometer 265.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan selepas Terowong Menora tiba di Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Kesemua mayat itu ditemui kira-kira 11 pagi tadi ketika kerja-kerja pengalihan sebuah treler yang terbabas dan terbakar di lokasi berkenaan pada awal pagi 4 Mac 2016 di Ipoh, Perak. - fotoBERNAMA (2016)
Jenazah empat sekeluarga disembahyangkan dan telah dituntut oleh kaum keluarga untuk dikebumikan di Kampung Wakaf Tengah Mengabang Telipot, Kuala Terengganu setelah selesai bedah siasat di Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Empat mayat ditemui rentung dalam sebuah kereta lebih 24 jam selepas ia dihempap treler di Kilometer 265.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan selepas Terowong Menora pada 4 Mac 2016 di Ipoh, Perak. - fotoBERNAMA (2016)
EPL: Manchester United curi satu mata berharga dari Anfield
Asrama perempuan Maahad Tahfiz An Nur, Merbok terbakar
AWANI Pagi: Rancang kehamilan: Peranan lelaki atau perempuan?
Premis sarapan pagi hadapan Istana Kehakiman dipenuhi pengunjung
Mekah tempat beribadah, bukan bulan madu
Polis Indonesia laksana sistem mata demerit lalu lintas pada 2025
Taiwan pergiat usaha takai iguana pada 2025
Wanita tertua meninggal dunia pada usia 116 tahun
New York bandar AS pertama kenakan caj kesesakan
Ribuan penyokong, penentang Presiden Korea Selatan protes dalam salji