Najib didakwa! Ini wajah yang hadir di mahkamah
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa dengan tiga tuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan salah guna kuasa.
Wed Jul 04 2018
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada jam 8.20 pagi untuk menghadapi pertuduhan. Foto: Astro AWANI/Shahir Omar
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat tiba berpakaian sut biru dan disambut oleh para penyokong yang berkumpul di kompleks mahkamah. Foto: Astro AWANI/Shahir Omar
Najib yang berkot biru dan berseluar biru gelap tenang ketika tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan salah guna kuasa membabitkan wang berjumlah RM42 juta dibacakan jurubahasa mahkamah. Foto: Astro AWANI/Shahir Omar
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM42 juta secara keseluruhan. Foto: Astro AWANI/Shahir Omar
Pengamal media tempatan dan antarabangsa mula berkumpul di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sejak 5 pagi tadi bagi mengikuti perkembangan pendakwaan ke atas bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Foto: Astro AWANI/Shahir Omar
Peguam Negara, Tommy Thomas turut kelihatan ketika pendakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini. - fotoBERNAMA
Anak Bekas Perdana Menteri Mohd Nazifuddin Najib turut hadir di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. - fotoBERNAMA
Anak Bekas Perdana Menteri Nooryana Najwa Najib turut hadir di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.- fotoBERNAMA
Anak Bekas Perdana Menteri Ashman Najib turut hadir di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. - fotoBERNAMA
Peguam Negara, Tommy Thomas sedang mendengar dengan tekun soalan yang dilontarkan sewaktu sidang akhbar di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Kawalan ketat diberikan oleh pasukan keselamatan termasuk dari UTK sejak awal pagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, sepanjang proses pendakwaan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Peguam Negara, Tommy Thomas yang mengepalai pasukan pendakwaan didalam kes bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengadakan sidang akhbar hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
AWANI Ringkas: Pertemuan MMA, Menteri Kesihatan
WEF 2025: Turunkan harga minyak, potong kadar faedah atau berdepan tarif - Trump
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 AM
UEL: Gol dramatik Bruno Fernandes pacu kemenangan Manchester United
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
AWANI Pagi: Debat ukir nama uiam sebaris universiti ternama dunia
Imigresen tahan 38 warga asing di Kampung Baru
Dilema tersorok ekonomi, apa yang kritikal?
ELSA Speak: AI Revolusi Pembelajaran Bahasa Inggeris di WEF 2025