Tue Jul 28 2020


Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba sekitar jam 9:30 pagi. Beliau dilihat memakai sut berwarna kuning air dan pelitup muka. - Foto ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR

Najib yang diwakili Peguam Bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung dana SRC International - Foto ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR

Kehadiran Datuk Seri Najib Tun Razak turut disambut ratusan penyokongnya yang menunggu di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. - Foto ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR

Selepas hampir dua tahun satu bulan kes perbicaraan berlangsung, nasib bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bakal ditentukan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada tarikh 28 Julai (Selasa) - Foto ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR

Datuk Seri Najib Tun Razak diiring dalam perjalanan masuk dari luar pagar utama Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR

Najib berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung dana SRC International. - Foto ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR

Sepanjang perbicaraan, sebanyak 750 eksibit dikemukakan termasuk dokumen bank, transaksi tunai, minit mesyuarat dan perbualan menerusi Blackberry Messenger. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR

Media tempatan dan antarabangsa kelihatan memenuhi ruang pintu masuk utama bagi mengikuti perkembangan kes melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini.

Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan (berbaju merah) turut hadir memberi sokongan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa. - Bernama

Najib tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 9.30 pagi Selasa diiringi peguam dan penyokongnya. Hadir sama menemaninya ialah Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan. - Bernama

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. - Bernama
AWANI Ringkas: Laporan KAN | Parlimen | Jenayah
AWANI Ringkas: Jenayah | Kesihatan | Banjir

Senegal meterai perjanjian damai dengan kumpulan pemisah, akhiri konflik tertua di Afrika
Agenda AWANI: Revolusi Pendidikan Tinggi 2025

Siasatan rasuah terhadap empat bekas pegawai kanan bekas PM masih di peringkat awal - SPRM

Malaysia akan sediakan bantuan pendidikan, kesihatan di Baitulmaqdis - PM Anwar
Lebih seribu gula-gula 'gummy' dirampas di Terengganu
AWANI Tonight 24 Feb 2025
