Sat Dec 26 2015


Gambar keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dimuat naik oleh beliau pada 20 Julai merupakan gambar paling popular beliau di Instagram tahun ini dengan 4,064 Likes. Kapsyen asal: "Kerinduan timbul setiap kali tibanya bulan Syawal. Kemeriahan Raya tidak sama tanpa ayahanda. Al-Fatihah. #keluarga #family #Syawal #Raya #Aidilfitri" -Gambar: Instagram/@najibrazak

Gambar ketiga-tiga anak Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin iaitu Jibreil Ali, Timor Abdullah dan Raif Averroes yang dimuat naik di Instagram menerima 19,622 Likes dan dimuat naik pada 28 Mac 2015. Kapsyen asal: "To my Cats - Cougar, Puma & Leo. I pray to the Almighty every day that you will all grow up to become good people. Honest, kind, fair, compassionate and sincere. Brilliance of thought and stellar achievements are bonuses. The most important thing is that all of you have at your core goodness. When your hearts are illuminated by light, freed of hatred and evil, the world around you will bask in that same glow. That light will allow you to leave this world better than what it was when you came into it. May Allah's grace guide you always, may His mercy and providence always protect you. May each of your lives be blessed. I love you, my sons." - Gambar: Instagram/@khairykj

Penyokong #HijauKuning! Gambar Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir setelah Kedah mencapai Naib Johan Piala Malaysia setelah menentang Selangor. Ia menerima 5,769 Likes dan dimuat naik oleh Mukhriz pada 13 Disember. Kapsyen asal: "Bersama penyokong2 tegar #hijaukuning selepas mencapai Naib Johan Piala Malaysia. Tahniah!!" - Gambar: Instagram/@mukhrizmahathir

Naib Presiden PKR Nurul Izzah memuat naik gambar ayahnya iaitu bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Nik Aziz meninggal dunia pada 12 Februari. Gambar ini dimuat naik pada 13 Februari dan menerima 4,701 Likes. Kapsyen asal: "God loves him more. Allahumma firlahum warham hum wa'a fihi wa'fuanhum" -Gambar: Instagram/@n_izzah

Gambar yang dimuat naik oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Aziah Wan Ismail ketika melawat suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim menrima 167 Likes. Ia dimuat naik pada 4 Jun 2015 dan merupakan gambar paling popular beliau tahun ini. Kapsyen asal: "Di HKL pg ini, menemani DSAI utk dapatkan rawatan..moga Allah permudahkan." - Gambar: Instagram/@drwanazizah

Pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendapat perhatian ramai tahun ini susulan kenyataan dan pendapat beliau tentang debat 1MBD dan hashtag #SayaMacaiMalaysia. Gambar ini dimuat naik pada 29 November dan menerima 2,229 Likes. Kapsyen asal: "Yes, i did support him once. Yes, i am not ignorant of the progressive changes which he has brought to my beloved country, but NO, that doesn't justify the current onslaught which is taking place. In Malaysia, this stance will be characterized as "lalang". It's sad that blind support/partisanship is valued more than political honesty. People change, so can opinions. #SayaMacaiMalaysia" -Gambar: Instagram/syedsaddiq

Ini merupakan gambar paling popular di akaun Instagram Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang dirakam ketika perhimpunan Bersih 4.0. Ia dimuat naik pada 29 Ogos dan menerima 562 Likes. Kapsyen asal: "Saw you. Wanted to say hi to you but couldn't get through the sea of humans ahah. Met Akmal tho!" -Gambar: Instagram/@rafiziramli

Selfie Setiausaha Politik kepada pemimpin DAP Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud merupakan gambar paling popular beliau yang dimuat naik pada 6 Oktober dan menerima 406 Likes. Kapsyen asal: "@masyhur ada la! I tiba2 jadi rabun jauh." - Gambar: Instagram/@dyanasmd

Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei yang lancar 'comeback' pada tahun ini dan terus unggul dengan memenangi beberapa kejohanan. Selain itu, beliau juga menimang cahaya mata kedua. Gambar itu menerima 8,082 Likes dan dimuat naik pada 9 Julai. Kapsyen asal: "Welcome to the family junior. We are so proud and happy to see you." -Gambar: Instagram/@leechongweiofficial

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima watikah pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Perdana Putra pada 3 Ogos. Detik itu dikongsi di Instagram dan ia merupakan gambar paling popular beliau di platform media sosial itu dengan 541 Likes. Kapsyen asal: "Syukur Alhamdulillah..hari pertama melangkahkan kaki di pejabat baru. Doakan saya dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab ini. #DSZH. - Gambar: Instagram/@ahmadzahidhamidi
Consider This: Hawker Economy (Part 1) — Small Traders, Big Impact
AWANI Tonight: MACC: Ismail Sabri named suspect in graft probe
AWANI Tonight: 'Anora' leads with five wins, including Best Picture
Dulu kejayaan Rumah IDAMAN diragui, kini terbukti berhasil, jadi rebutan – GCEO MBI Selangor
MBI Selangor sasar pendapatan RM8 bilion menjelang 2028 melalui pelaksanaan THRIVE28
Campur tangan dunia dalam perang Gaza, antara bermotif kemanusiaan dan politik - Penganalisis
Israel tidak mahu gencatan senjata, takut hilang kelebihan dalam rundingan dengan Hamas - Penganalisis
#AWANIRingkas 3 Mac 2025 | 9 PM

MWC 2025: Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
