Wed Apr 15 2015
Pengarah filem Bukit Kepong, Tan Sri Jins Shamsudin sedang menonton trailer filem berkenaan yang telah dibuat versi HD - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Tan Sri Jins Shamsudin pada usia 80 tahun ketika hadir di majlis perlancaran trailer Bukit Kepong versi HD di Pitching Centre Content Malaysia, Platinum Sentral, Kuala Lumpur pada 14 April. ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Kata Norman Abdul Halim selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat KRU, projek pertama seumpamanya ini adalah bertujuan untuk menggamit generasi baru menghargai filem lama dengan visual berteknologi tinggi.- ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Norman Abd Halim (kiri) membantu Tan Sri Jins Shamsudin melancarkan trailer filem Bukit Kepong HD sambil diperhatikan Ketua Pengarah Finas Datuk Kamil Othman - Foto Astro AWANI/ Shahir Omar
Turut hadir di majlis perlancaran tersebut adalah Tan Sri Jins Shamsudin sendiri bersama anaknya Putera Hang Jebat dan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Datuk Kamil Othman - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Negatif filem sejarah Bukit Kepong yang pernah diterbitkan sekitar tahun 1981 ketika diterima oleh syarikat Prodigital Lab diakui berada dalam keadaan tidak begitu baik.- Foto United Studios
Kerja-kerja menyelamatkan kandungan filem yang berusia 34 tahun ini telah dijalankan dengan penuh teliti selama lebih sembilan bulan dengan proses pemulihan filem yang menelan kos sekitar RM100,00. - Foto United Studios
Filem Bukit Kepong perlu melalui beberapa proses di makmal bagi membersihkannya dengan menggunakan bahan-bahan kimia serta agak rumit sehingga mengambil masa yang agak lama. - Foto United Studios
Filem Bukit Kepong merupakan sebuah filem aksi/patriotik yang diarahkan oleh Tan Sri Jins Shamsudin dan dibintangi oleh dirinya sendiri, A. Rahim dan Hussein Abu Hassan. Filem ini berdasarkan kisah sebenar Serangan komunis di Bukit Kepong. - Foto United Studios
Filem ini memenangi lapan anugerah dalam Festival Filem Malaysia ke-3, temasuk Filem Terbaik. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada tahun 1981. Filem ini merupakan filem termahal dalam dekad 80-an dengan kos pembuatan sebanyak RM 1.3 Juta. - Foto United Studios
Pengarah, penerbit dan pelakon utama filem ini, Tan Sri Jins Shamsudin menjelaskan bahawa filem ini dilakukan berdasarkan fakta sejarah dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar. Dia turut menemubual pengganas komunis yang menyerah diri selepas insiden serangan di balai polis berkenaan serta penduduk kampung Bukit Kepong - Foto United Studios
Bukit Kepong bukan saja dinaik taraf ke kandungan definisi tinggi (HD) malah Prodigital Lab turut meningkatkan kualiti warna untuk tampak seolah-olah filem yang berusia 34 tahun itu baru menjalani penggambaran semalam. - Foto United Studios
Selain itu, mutu audio juga dipertingkatkan dengan proses adunan semula dari mono ke stereo, suntingan bagi menyelaraskan lipsync audio asal dengan visual, noise reduction serta penambahan kesan khas bunyi. - Foto United Studios
Insiden cederakan peguam: Polis tahan 22 individu, empat didakwa
Polis menahan 22 lelaki termasuk suspek utama bagi membantu siasatan berhubung insiden menyerang seorang peguam sehingga cedera.
Fazzrudin gesa Chong minta DAP pusat selesaikan isu agihan gas
Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Datuk Fazzrudin Abdul Rahman mahu Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen menggunakan hubungan dengan pemimpin DAP persekutuan jika ikhlas mahu menyelesaikan isu berkaitan pertikaian pengagihan gas untuk Sarawak.
Wanita dipedaya pempengaruh media sosial, rugi hampir RM9,000
Seorang wanita di Sibu kerugian hampir RM9 ribu selepas terpedaya dengan taktik jualan pakaian oleh seorang pempengaruh tempatan dan ejen jualan sebuah syarikat jualan langsung.
Sarawak antara penyumbang eksport utama bagi November 2024
Sarawak menyumbang 7.9 peratus eksport negara sekaligus menjadi antara lima negeri yang mendominasi eksport Malaysia bagi bulan November.
Jasad nelayan ditemui terapung selepas 48 jam hilang
Mayat Jolkepli Hamidi, 60 tahun, ditemui selepas 48 jam hilang selepas terjatuh daripada bot di Sungai Kelaoh, Lundu pada pagi Jumaat.
Bapa mengaku tidak bersalah cederakan anak dengan lilit leher, lambung ke katil
Seorang lelaki warga Mesir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan melilit leher anak lelakinya dengan kabel telefon dan melambung anak perempuannya ke atas katil.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan - Penyelidik MIROS
Operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
Melaka umum dua Bantuan Khas Kewangan minimum RM2,600 untuk penjawat awam
Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan dua Bantuan Khas Kewangan untuk penjawat awam di negeri ini, hari ini.
Pantau Agenda Reformasi: Lori pencabut nyawa, apa tindakan keselamatan?
Ikuti ulasan Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh, mengenai tindakan yang wajar diambil untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya daripada nahas akibat kenderaan berat yang tidak mengikut piawaian keselamatan pihak berkuasa.
Sebatan di khalayak: Perlu pendekatan harmoni peruntukan undang-undang sivil, syariah - KP IKIM
IKIM akan menganjurkan sidang meja bulat tertutup bagi membincangkan beberapa isu berbangkit termasuk pelaksanaan hukuman sebatan syariah di khalayak ramai di Terengganu.