Tunku Abdul Jalil, damailah Almarhum di sana
Anakanda keempat Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail mangkat pada jam 7.11 malam Sabtu di Hospital Sultanah.
Sun Dec 06 2015
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengiringi jenazah anakanda baginda, Almarhum Tunku Abdul Jalil. -Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Warga Johor berpusu-pusu hadir ke Istana Johor di Johor Bahru untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Tunku Abdul Jalil yang mangkat pada malam Sabtu akibat kanser hati. -Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Antara warga Johor yang berhimpun di bandar raya Johor Bahru pada pagi Ahad untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Tunku Abdul Jalil. -Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Yang berusia dan muda tidak mahu melepaskan peluang untuk memberikan penghormatan terakhir susulan kemangkatan putera kesayangan Johor, Almarhum Tunku Abdul Jalil. -Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (kiri) dan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim (kanan) mengiringi jenazah adinda baginda Almarhum Tunku Abdul Jalil. -Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim mengusung keranda jenazah Tunku Abdul Jalil. Turut kelihatan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim. -Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Almarhum Tunku Abdul Jalil sewaktu hayatnya dikenali sebagai seorang yang berjiwa rakyat. Sifat peramah membuatkan sesiapa sahaja senang mendampingi baginda. -Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Menerusi laman Facebook Johor Southern Tiger, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi penghormatan terakhir untuk Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim yang mangkat pada Sabtu dengan menyifatkan adinda kesayangannya sebagai sumber kekuatan dan inspirasi buat dirinya. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Pedati yang membawa jenazah Almarhum Tunku Abdul Jalil diiringi kira-kira 30 Askar Timbalan Setia Johor melalui Jalan Ayer Molek terus ke makam berkenaan sejauh tiga kilometer. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tidak dapat membendung perasaan hiba selepas kehilangan anakanda kesayangan baginda, Almarhum Tunku Abdul Jalil yang mangkat akibat kanser hati. -Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Sekitar 1.55 petang, pedati yang membawa jenazah Almarhum Tunku Abdul Jalil tiba di Makam DiRaja Mahmoodiah diiringi kira-kira 30 Askar Timbalan Setia Johor. -Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Kain putih ditebar di luar kompleks Makam DiRaja Mahmoodiah di mana pedati yang membawa Almarhum akan melaluinya.- Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Istiadat pemakaman disempurnakan pada kira-kira 3.45 petang. -Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Anakanda keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah itu disemadikan hari ini (6 Disember 2015) di Makam DiRaja Mahmoodiah selepas solat Zohor. -Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah bersama-sama mengaminkan doa ketika mengziarahi jenazah Almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim di Istana Besar, Ahad. Turut kelihatan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin. - fotoBERNAMA
Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah mengaminkan doa ketika menziarahi jenazah Almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim di Istana Besar, Ahad. - fotoBERNAMA
Bacaan Yasin dan ayat-ayat suci al-Quran berkumandang di hadapan jenazah Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim yang diletakkan di Istana Besar hari ini. Orang ramai berbaris dan bertafakur memberi penghormatan ke atas Jenazah Almarhum yang mangkat semalam akibat kanser. - fotoBERNAMA
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (tiga, kanan) tidak dapat menahan kesedihan dan kelihatan mengesat air mata baginda ketika talkin dibacakan. Turut berada di sisi baginda Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail (empat, kanan). - fotoBERNAMA
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (kanan) menemani anakandanya Tunku Aminah menyiram air mawar di makam adindanya Almarhum Tunku Abdul Jalil di Makam Diraja Mahmoodiah hari ini. Almarhum mangkat pada pukul 7.11 malam di Hospital Sultanah Aminah semalam. - fotoBERNAMA
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (kanan) menenangkan anakandanya Tunku Aminah kerana tidak dapat menahan kesedihan atas kemangkatan adindanya Almarhum Tunku Abdul Jalil pada upacara pengkebumian di Makam Diraja Mahmoodiah hari ini. - fotoBERNAMA
Ketidakpastian selubungi perjanjian gencatan senjata di Gaza
Kes bunuh Muhammad Zaharif: Pendakwaan tutup kes, pembelaan fail hujahan bertulis 14 Mac
Polis tahan dua lelaki disyaki terlibat samun, pecah kedai, curi kenderaan di empat negeri
AWANI Ringkas: Lelaki warga Hong Kong ditahan, kokain RM8 juta dirampas
#AWANIRingkas 17 Januari 2025 | 9 PM
Di UK, PM Anwar ulangi Malaysia amal pendekatan terbuka dengan AS, China
MIDF unjur ekonomi Malaysia tumbuh 4.6 peratus pada 2025
Dialog Poket Rakyat : Mencari Golongan Miskin Dan Kelas Pertengahan
Rakyat Palestin sedia dihantar pulang
Waktu bekerja berlainan masih di peringkat cadangan