Mon Jul 30 2018


Selain meneruskan tradisi yang telah lebih 400 tahun dilakukan, acara terjun tersebut juga sudah menjadi tarikan pelancongan yang unik di bandar Mostar. - Reuters

Di bandar Mostar, Bosnia, sukan ekstrem seperti terjun dari jambatan pada paras ketinggian 24 meter adalah satu tradisi yang menjadi kemegahan sejak lebih 400 tahun. - Reuters

Penduduk tempatan tidak melepaskan peluang membanjiri lokasi acara bagi menyaksikan pertandingan tahunan yang menguji ketahanan fizikal dan mental pesertanya. - Reuters

Aksi terjun ini dahulunya dimulakan oleh seorang penjelajah pada kurun ke-17, Evliya Celebi, yang terjun dari jambatan Stari Most terus ke dalam Sungai Neretva. - Reuters

Seorang penduduk menyahut cabaran terjun dari jambatan Stari Most ke Sungai Neretva sempena pertandingan tahunan yang masuk tahun ke-452 penganjuran. - Reuters

Seorang penerjun berusia 16 tahun yang menyertai pertandingan itu, Emil Petrovic, menyifatkan sukan ekstrem tersebut sebagai perkara wajib yang perlu dilakukan bagi kaum lelaki sepertinya.- Reuters

Emil Petrovic, 16, nyatakan hasratnya untuk menyertai pertandingan itu tahun lepas tetapi dilarang oleh ibunya, kini kedua-dua ibu bapanya memberikan sokongan penuh terhadap keputusannya itu.

Dalam catatan Celebi dalam karya tulisannya, Book Of Travel yang memberi gambaran jelas bahawa penerjun akan lari ke atas jambatan kemudian terjun ke dalam sungai dengan aksi seolah-olah sedang terbang seperti burung. Foto: Reuters
ASEAN 2025 | 21 Feb

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
