Fri Mar 06 2015
Dua gadis mengambil gambar selfie ketika perayaan Chap Goh Mei di Kuala Lumpur pada 5 Mac, 2015. Chap Goh Mei - juga dikenali sebagai Hari Kekasih bagi kaum Cina - disambut pada hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina. -Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Pesta Chap Goh Mei disambut secara besar-besaran 15 hari selepas perayaan Tahun Baru Cina. Bunga api dibakar dan tanglung juga dinyalakan bagi menyambut perayaan ini. -Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Chap Goh Mei, yang juga dikenali sebagai Hari Kekasih bagi kaum Cina, merupakan hari di mana ramai gadis muda percaya bahawa dengan membuang limau mandarin ke dalam laut, mereka akan menemui seorang suami yang baik. -Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Pesta Chap Goh Mei dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti dan persembahan tradisional Cina seperti perarakan tanglung, teka-teki, persembahan tarian naga dan singa, menyalakan bunga api dan opera Cina. -Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Pada zaman dahulu, pesta Chap Goh Mei memberi peluang kepada para kekasih untuk bertemu. Manakala bagi mereka yang masih bujang, pesta ini merupakan peluang yang baik untuk berkawan dan berkenalan antara satu sama lain. -Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Perayaan Chap Goh Mei yang juga dikenali sebagai Festival Tanglung adalah malam bulan penuh yang pertama tahun baharu bagi kaum Cina. -Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Pada zaman moden ini, unsur romantik dalam perayaan Chap Goh Mei diungkapkan dengan aktiviti melontar limau oleh perempuan dan lelaki bujang pada malam perayaan Chap Goh Mei dengan hasrat mendapat pasangan yang secocok. -Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Aktiviti melontar limau untuk mencari pasangan dalam perayaan Chap Goh Mei sebenarnya berasal daripada kata pepatah orang Hokkien iaitu "Dim gam ga ho ang, dim go chua ho bo" yang bermaksud melontar limau boleh mendapat suami yang baik manakala melontar buah boleh mendapat isteri yang baik. -Astro AWANI/SHAHIR OMAR
NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya: Petanda positif pertumbuhan populasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lima penumpuan utama jayakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam - KPPA
Lima penumpuan utama digariskan dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) bagi merealisasikan pembaharuan perkhidmatan awam yang lebih telus, berintegriti dan diyakini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih - Kenyataan
Petronas sedia menjayakan inisiatif tersebut, menyediakan kepakaran sokongan teknikal, pertukaran maklumat, dan konsultansi dalam bidang berkepentingan.
Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Keadaan ibu Zayn Rayyan kosong, tiada reaksi, kata pegawai penyiasat
Pegawai Penyiasat bagi kes Zayn Rayyan Abdul Matin yang ditemukan mati dua tahun lalu memaklumkan pengadu, Ismanira Abdul Manaf kelihatan kosong sewaktu proses rakaman percakapan berlangsung.
Mekanik maut terlanggar tayar ganti dalam kemalangan lima kenderaan
Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya terlanggar tayar ganti sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Rembau.
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.