Thu Feb 19 2015
Lee Geen Ann, 76, pengusaha kuih tradisional masyarakat Cina menunjukkan kuih bakul yang dihasilkan beliau bagi sambutan perayaan Tahun Baharu Cina yang akan disambut 19 Februari ini ketika ditemui di Kampung Cina, Kota Baharu pada 11 Feb. --fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
Pekerja sukarela, Chua Teong Ghee, 47, memeriksa colok sebelum di bakar sebagai persiapan untuk upacara keagamaan sempena menyambut kedatangan Tahun Baru Cina di Tokong Mek, Kampung Cina ketika tinjauan fotoBernama di Kota Baharu. Tahun Baru Cina pada tahun ini adalah Kambing Kayu dan masyarakat Cina percaya orang yang lahir pada tahun ini, adalah orang yang murah hati, adil, baik hati serta lemah lembut. - Foto Bernama
Beberapa pelanggan berketurunan Tiong Hua sibuk memilih tanglung dan patung Singa atau Naga bagi dijadikan hiasan rumah sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang, di kedai Syarikat Katai Trading yang terkenal dengan pelbagai perhiasan perayaan di Kuching pada 11 Februari. Masyarakat Tiong Hua semakin sibuk membuat persiapan bagi perayaan itu yang akan disambut pada 19 dan 20 Februari ini.?Menurut kalendar Cina, lambang zodiak untuk tahun ini ialah Tahun Kambing. - Foto Bernama
Kelihatan seorang pelanggan memerhatikan tanglung merah pelbagai jenis, saiz dan rupa bergantungan untuk jualan di kedai Syarikat Katai Trading yang terkenal dengan pelbagai perhiasan perayaan Tahun Baru Cina di Kuching pada 11 Feb. Masyarakat Tiong Hua semakin sibuk membuat persiapan bagi perayaan itu yang akan disambut pada 19 dan 20 Februari ini?Menurut kalendar Cina, lambang zodiak untuk tahun ini ialah Tahun Kambing. - Foto Bernama
Seorang pelanggan yang dikenali sebagai Lai memilih pokok "Lucky Bamboo" yang merupakan perhiasan tradisi sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina, di Kedai Bunga Paling Horticulture, di Sungai Buloh pada 11 Feb. Masyarakat berketurunan Cina kini sibuk menghias kediaman masing-masing, bagi menyambut kedatangan Tahun Baru Cina pada 19 dan 20 Februari ini yang merupakan tahun Kambing Kayu berdasarkan astrologi kitaran Cina. - Foto Bernama
Pekerja kedai bunga menyiram pokok bunga untuk jualan bagi mengekalkan kesegaran pokok-pokok bunga yang sering dipilih sebagai perhiasan kediaman sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina di Kedai Bunga Paling Horticulture, di Sungai Buloh pada 11 Feb. - Foto Bernama
Kelihatan seorang pelanggan membeli pokok dan perhiasan sempena Tahun Baru Cina dari Kedai Pokok Bunga SWS Garden, yang menawarkan harga yang istimewa sempena musim perayaan di Sungai Buloh pada 11 Feb.- Foto Bernama
Sebanyak 15,000 tanglung berlampu mula dinyalakan sepanjang 4.6 kilometer di Jalan Raja Uda, Butterworth pada 11 Februari. Tanglung berkenaan disumbangkan oleh peniaga-peniaga dan individu di sekitar kawasan berkenaan bagi memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina.- Foto Bernama
Juruelektrik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT, Mohd Noozaidi Mamat membetulkan kedudukan susunan tanglung yang baru diganti sempena sambutan Tahun Baru Cina di Kampung Cina di sini, baru-baru ini. Dewan Perhimpunan Tiong Hua Terengganu dengan bantuan MBKT menyediakan sejumlah 500 buah tanglung untuk menggantikan tanglung lama yang akan dipasang di sepanjang jalan Kampung Cina sempena perayaan yang akan disambut Khamis ini. - Foto Bernama -- fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
Ahli Persatuan Tarian Singa Kim Cho Hong, Jackson How, 17, memeriksa kepala singa sebelum membuat persembahan pada majlis Pelancaran Operasi Selamat 6/2015 Sempena Tahun Baru Cina 2015 di sini, baru-baru ini. Tarian Singa merupakan persembahan turun-temurun masyarakat cina setiap kali menjelang perayaan Tahun Baru Cina. Tarian itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. - Foto Bernama
APM Besut tangkap 400 ular sepanjang MTL
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Besut menangkap lebih 400 ekor ular pelbagai spesies sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL).
WBB: Cuepacs sokong langkah tubuh jawatankuasa khas kaji waktu kerja
Cuepacs menyokong langkah Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji penjadualan waktu kerja dan pemerkasaan penyampaian perkhidmatan kesihatan.
Ada unsur provokasi sebelum tembakan dilepaskan - KP Selangor
Siasatan polis mendapati, terdapat kesan atau unsur-unsur bot dinaiki anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dilanggar.
"Pakcu Hassan" berusia seabad bersyukur dapat rai Tahun Baharu Cina bersama cicit
Pakcu Hassan menyambut Tahun Baharu Cina kali ini dengan penuh kesyukuran kerana dikelilingi anak-anak, cucu, dan cicit.
Polis 'buru' dua lelaki Indonesia hantar mangsa tembakan ke hospital di Serdang
Pihak polis juga mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai berada dalam bot sewaktu kejadian.
Ancaman buaya cabaran laksana operasi bantu mangsa banjir di Sabah
Ancaman buaya menjadi antara cabaran besar buat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dan anggota penyelamat lain di daerah ini dalam membantu mangsa banjir di kawasan terjejas.
Di mana Muhammad Khairul?
Polis minta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad Khairul Naeim Che Deraman, 29, yang dilaporkan hilang sejak Rabu.
Permainan gelongsor air kaca di i-City tiada kelulusan MBSA
Permainan gelongsor air kaca di i-City yang tular apabila pelampung tiba-tiba terjatuh dan menimpa pengunjung baru-baru ini masih belum mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
10 Berita Pilihan - (30 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 31 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.