Persiapan menyambut Deepavali
Pelbagai ragam dan warna dapat dilihat sempena kemeriahan menyambut perayaan Deepavali.
Fri Nov 06 2015
Seorang pekerja menggantung pelbagai pilihan bunga 'malai', daripada yang asli dan segar mahupun yang diperbuat daripada plastik, di hadapan kedai jualan di Brickfields. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Foto seorang kanak-kanak yang menemani ibunya sempat dirakam lensa kamera di antara gantungan kalungan bunga 'malai' yang berwarna-warni. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Pengunjung yang mahu mencuba hiasan kreatif dengan inai atau 'henna', bolehlah berkunjung ke bazar khas Deepavali di Brickfields, Kuala Lumpur dengan bayaran berpatutan. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Seorang pengusaha tekstil sedang memeriksa kualiti sari yang ditawarkan kepada pelanggan kedainya di Brickfields, Kuala Lumpur menjelang sambutan Deepavali. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Sesuai dengan maksud Pesta Cahaya, sambutan Deepavali tentunya lebih meriah jika kediaman dihiasi dekorasi lampu kreatif untuk menghidupkan suasana perayaan. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Selain pakaian, terdapat banyak variasi pilihan bunga perhiasan untuk menyerikan kediaman boleh didapatkan di bazar khas Deepavali di Brickfields, Kuala Lumpur. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Pelbagai barangan kelengkapan diri dan kediaman kini dijual di bazar khas sempena sambutan Deepavali di Brickfields, Kuala Lumpur. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Sebahagian daripada pengunjung wanita sibuk membelek pilihan pakaian tradisi India di bazar di Brickfields, Kuala Lumpur menjelang perayaan Deepavali tahun ini yang jatuh pada 10 November. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Seorang pekerja di bazar Deepavali Brickfields menggulung semula penutup kanvas setelah hujan berhenti bagi meneruskan jualan menjelang perayaan tersebut pada 11 November. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Bitcoin: Lebih 60 pemilik rumah, premis jadi mangsa pendawaian haram
Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
WEF 2025: Sesi Perdana Menteri bersama Pengerusi Eksekutif WEF
Pempengaruh Malaysia ke ASEAN live creators anjuran Tiktok
Semua negara anggota disaran guna zon waktu seragam
Malaysia bakal anjur sidang kemuncak keselamatan dan kesihatan pekerja ASEAN 2025
Singapura jamin harga perumahan awam mampu milik
Penggiat industri serata dunia minat melabur dalam JS-SEZ
Dakwa paksa peluk Islam, Jakim seru pengamal media hormati sensitiviti masyarakat tempatan
Filipina bakal tuan rumah forum pelancongan ASEAN 2026 di Cebu, Boracay