Fri Jun 16 2017
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed (tengah) berbincang sesuatu dengan Panglima TUDM Jeneral Datuk Seri Affendi Buang selepas menziarahi jenazah dua juruterbang pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31 di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). -fotoBERNAMA
Mikail Adam Rias Yazmi, 11, anak Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof ditenangkan ibu saudaranya Rozwani Ozair semasa menunggu jenazah ayahnya dibedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). -fotoBERNAMA
Jenazah juruterbang pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, dibalut dengan bendera Malaysia dan bendera TUDM sebelum diterbangkan ke Felda Lui Muda, Jempol Negeri Sembilan untuk dikebumikan. -fotoBERNAMA
Jenazah juruterbang pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, diusung keluar dari pesawat di Pangkalan TUDM Subang, 16 Jun 2017. -fotoBERNAMA
Jenazah Mejar Mohd Hasri Zahari TUDM, 31, dibawa untuk diterbangkan ke Tanah Perkuburan Islam Felda Lui Muda, Jempol untuk dikebumikan selepas selesai Solat Jenazah di Surau Pangkalan Udara Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Kuantan, 16 jun 2017. --fotoBERNAMA
Isteri juruterbang pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Mohd Hasri Zahari, Asysyuhadak Ahmad, 30, tertunduk pilu sambil memeluk anak berusia tujuh bulan, Nur Hafiya ketika mengiringi jenazah yang diterbangkan ke Tanah Perkuburan Felda Lui Muda, Jempol, Negeri Sembilan untuk dikebumikan, 16 Jun 2017. -fotoBERNAMA
Anggota Tentera Udara Diraja Malaysia mengusung keranda jenazah Mejar Yazmi Mohamed Yusof untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa, Kuala Lumpur, 16 Jun 2017. -Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Hanizah Ibrahim, ibu Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof, tidak dapat menahan sebak melihat jenazah anaknya dibawa masuk ke dalam Masjid Ibnu Sina di Titiwangsa, Kuala Lumpur, 16 Jun 2017 - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Noor Shafira Izwa Mohd Hilmi bersama anaknya menyiram air mawar dan menabur bunga sebagai penghormatan terakhir kepada Allahyarham suaminya Mejar Yazmi Mohamed Yusof di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa, Kuala Lumpur, 16 Jun 2017. -Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Balu Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof, Noor Shafira Izwa Mohd Hilmi bersama anaknya memberikan penghormatan terakhir kepada suaminya yang terkorban dalam insiden Hawk 108, di tanah perkuburan Islam Titiwangsa, Kuala Lumpur, 16 Jun 2017. -Astro AWANI / SHAHIR OMAR
CMCF anjur rundingan awam garis panduan kandungan berkaitan bunuh diri
CMCF mengumumkan pelaksanaan perundingan awam di seluruh negara mengenai Garis Panduan Pelaporan dan Perkongsian Kandungan Berkaitan Bunuh Diri.
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Filem MONEY GAME$ catat rekod, kutip RM2.76 juta
Kejayaan ini mengatasi kutipan filem-filem lain dalam musim perayaan yang sama, menjadikan MONEY GAME$ sebagai filem paling popular.
10 Berita Pilihan - (31 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sembilan notis dikeluarkan MBSA kepada taman tema terkenal
Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam MBSA dalam kenyataan memaklumkan ini termasuk tiga notis amaran pada 14 Nov 2024 dan satu notis amaran pada 19 Jan lepas.
Consider This: Heavy Vehicles - How Can Malaysia’s Roads Be Made Safer?
In the first ten months of 2024, 825 lorries were involved in fatal accidents, contributing to over 5,300 deaths—a stark reminder that although heavy vehicles make up a small fraction of traffic, their disproportionate involvement in fatalities highlight deep systemic issues. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Qamar Wan Noor, Leadership and Transformation Consultant and the former COO of the-then Land Public Transport Commission (SPAD) and Shahrim Tamrin, who is a Road Safety and Sustainable Transport Activist and Former Board Member of the Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS).
Pembinaan masjid terapung di Port Dickson bermula tahun depan
Pembinaan Masjid Terapung Port Dickson dijangka akan dimulakan pada tahun hadapan di Batu 4, Pantai Cahaya Negeri.
AWANI Tonight 31 Jan 2025
#AWANITonight with @cynthiaAWANI
1. PM defends govt's plans to aid in Gaza's reconstruction
2. Record coffee prices: How will they affect your morning brew?
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM defends govt's plans to aid in Gaza's reconstruction
2. Record coffee prices: How will they affect your morning brew?
#AWANIEnglish #AWANINews
Keluarga minta penjelasan pihak berkuasa tahanan dimasukkan ke hospital
Bapa kepada P Jagdesshraj, berkata dia hanya mengetahui perkara itu apabila ke mahkamah untuk mendengar prosiding anaknya pada 20 Jan lepas.
AWANI Tonight: Coffee prices: Brewing challenges ahead
Is your morning coffee getting more expensive? Astro AWANI’s Farhana Sheikh breaks down why coffee prices are rising and how Malaysian brewers and consumers are coping.