UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Ritual 'Puja Pantai' suku Mah Meri di Pulau Carey

Galeri foto ini memaparkan suasana ritual 'Puja Pantai' oleh masyarakat Orang Asli suku Mah Meri.

Thu Feb 02 2017
Ritual 'Puja Pantai' oleh masyarakat orang asli suku Mah Meri dari beberapa buah perkampungan di Pulau Carey, Selangor pada 1 Februari 2017. Mah Meri bermaksud 'orang hutan', manakala dalam bahasa Mah Meri sendiri bermaksud 'berbisik'. Masyarakat ini juga dikenali sebagai orang laut dan menetap di sepanjang pesisiran pantai barat Selangor. - Astro AWANI / Shahir Omar

Menurut kepercayaan suku Mah Meri, ritual Puja Pantai ini bertujuan memuja roh 'moyang laut' bagi memohon restu supaya mereka mendapat hasil tangkapan laut yang banyak. Kebiasaannya penduduk kampung akan berarak dari kampung mereka ke pesisiran pantai diiringi muzik tradisional dan membawa objek pemujaan yang dikenali sebagai 'busu'. - Astro AWANI / Shahir Omar

Suku Mah Meri percaya bahawa sesuatu kejadian yang berlaku sama ada baik atau buruk merupakan petunjuk untuk mereka memulakan pekerjaan atau perjalanan. - Astro AWANI / Shahir Omar

Suku Mah Meri bersiap dengan kostum tradisional mereka bagi menyempurnakan ritual Puja Pantai. - Astro AWANI / Shahir Omar

Masyarakat Orang Asli suku Mah Meri terkenal dengan seni ukiran kayu dan anyaman pakaian mereka yang diperbuat daraipada daun kelapa. Dalam ritual pemujaan ini, mereka akan diketuai oleh seorang pawang atau tok batin. - Astro AWANI / Shahir Omar

Tarian jo'oh dilakukan sambil mengelilingi objek pemujaan yang dikenali sebagai 'busu'. Ketika tarian ini berlangsung, tok batin membaca jampi serapah bagi memohon kesejahteraan hidup dan keselamatan mereka. - Astro AWANI / Shahir Omar

Beberapa penduduk kampung memerhatikan ritual Puja Pantai yang dijalankan di pesisiran pantai Pulau Carey, Selangor pada 1 Februari 2017. - Astro AWANI / Shahir Omar

Masyarakat Orang Asli suku Mah Meri masih lagi berpegang teguh kepada pantang larang dan kepercayaan antaranya tidak dibenarkan membasuh kelambu di sungai kerana dikhuatiri akan mati dimakan buaya. - Astro AWANI / Shahir Omar

Ritual Puja Pantai ini merupakan salah satu perayaan bagi suku Mah Meri, selain perayaan musim buah yang bertujuan untuk mempersembahkan makanan kepada roh nenek moyang mereka selepas musim buah-buahan berlangsung. - Astro AWANI / Shahir Omar

AWANI 7:45 [5/01/2025] – Himpunan Tanpa Kebenaran | Jangan Jatuhkan Perdana Menteri | Lelaki Bersama Dadah Di Sungai Golok | Duta Palestin Mohon Maaf

Peminjam, penyewa premis MARA terjejas banjir boleh mohon penjadualan semula bayaran

Filem 'Dongeng Sang Kancil' mampu bersaing di peringkat antarabangsa - Anwar

Ketua Pemuda UMNO 'hadir awal' ke Istana Kehakiman Putrajaya

#AWANIRingkas 5 Januari 2025 | 9 PM

#AWANIRingkas 5 Januari 2025 | 9 PM

AWANI Ringkas: Tindakan tegas akan diambil ke atas individu yang hadir

Siapa Rumi?

Siapa Rumi?

[TERKINI] Perlawanan Manchester United dan Liverpool diteruskan

Salji tebal, hujan lebat landa UK

Salji tebal, hujan lebat landa UK

Inisiatif berani diperlukan pulih hubungan AS-China, kata pakar