Fri Jan 03 2014
Kelihatan seorang pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Muhibbah, Kuching dibantu untuk menaiki bot penambang di jeti Kampung Muhibbah dekat sini. Bot penambang merupakan satu-satunya pengangkutan yang digunakan oleh kira-kira 180 murid sekolah itu untuk berulang-alik setiap hari dengan kadar tambang 50 sen sehala.-- fotoBERNAMA (2014)
Seorang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Setiawangsa kelihatan resah ketika perhimpunan sekolah sedang berlangsung. Seramai 420 orang murid tahun satu mendaftar ke sekolah ini. --fotoBERNAMA (2014)
Wajah-wajah ceria murid tahun satu ketika memulakan pembelajaran sebaik sahaja di tempatkan di dalam kelas pada hari pertama persekolahan ketika tinjauan fotoBernama di Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang Kuching.-- fotoBERNAMA (2014)
KIRI: Murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Setiawangsa,Kuala Lumpur Ifkifazar duduk kepenatan ketika perhimpunan sekolah sedang berlangsung. KANAN: Gelagat salah seorang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Seri Mawar, Senawang,Seremban yang kelihatan terlelap ketika menghadiri perhimpunan sekolah. --fotoBERNAMA (2014)
Seorang murid tahun satu leka menggunakan telefon pintar untuk bermain permainan bagi memujuknya supaya datang ke sekolah sebelum memulakan pembelajaran sebaik sahaja ditempatkan di dalam kelas pada hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang Kuching.--fotoBERNAMA (2014)
Empat pasangan kembar seiras murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Taman Seri Mawar, Senawang (dari kiri) Nazihah dan Nazifah Shaari, Nur Dayana Sofea dan Nur Dania Nafesa Abdul Halim, Siti Khadijah dan Siti Aishah Zulfaqar serta Muhammad Zakwan Alif dan Muhammad Ikhwan Alif bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan 2014.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA
Pelbagai ragam dan gelagat murid tahun satu boleh dilihat semasa hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Kuala Lumpur.--fotoBERNAMA (2014)
Muazzam Syakir Masuadi, 6, ditenteramkan oleh Pembantu Pengurusan Murid Sekolah Kebangsaan Seksyen 6,Shah Alam, Rohayu Ramli pada hari pertama persekolahan.fotoBERNAMA (2014)
Gelagat salah seorang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Seri Mawar, Senawang,Seremban Muhammad Faiq Fazli yang kelihatan menangis sambil tidak mahu melepaskan tangan bapanya. --fotoBERNAMA (2014)
Murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Teruntum, Kuantan, Muhammad Ammar Bahaiqi Azhar, 7, menangis dalam cubaan keluar kelas sambil ditahan gurunya Murnizam Muda. --fotoBERNAMA (2014)
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka Datuk Md Yunos Husin (kiri) memerhatikan Nur Afiq Alaudin Mohd Arifin, 6 (baju oren) dan Nur Aliah Mohd Azlif, 6 (baju hijau) menggunakan alat bantuan pengajaran di Sekolah Pendidikan Khas Melaka di Semabok. fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA
Gelagat murid tahun satu, Mohamad Syazwan Afiq Saiful Bahari bergurau dengan rakan sekelasnya ketika menjalani sesi pembelajaran semasa tinjauan di Sekolah Kebangsaan Batu Tiga, Kuantan .--fotoBERNAMA
SPRM perkukuh kepakaran siasat rasuah melibatkan mata wang kripto
Suruhanjaya itu akan membangunkan kepakaran dalaman sebagai langkah memperkasa aspek penyiasatan melibatkan mata wang kripto.
3 Pagi ERA: Thalita bawa lagu arwah ibunya 'Kesetiaan', sentuh emosi lebih 5,000 hadirin
Thalita memikat hati penonton dengan lagu "Kesetiaan", nyanyian asal arwah ibunya Allahyarham Siti Sarah yang berjaya menyentuh emosi semua yang hadir.
Saya akan hadir untuk sokongan moral kepada Najib - Ketua Pemuda UMNO
Datuk Muhamad Akmal Saleh berkata Pemuda UMNO menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan sebagai ahli parti, beliau akur dan menghormati yang dinyatakan oleh parti Melayu itu.
53 PATI ditahan imigresen Selangor dalam Ops Kutip
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor berjaya menahan seramai 92 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi bersepadu OPS kutip di sebuah pusat beli-belah di Ampang pada Jumaat malam
SPRM reman lelaki disyaki terlibat kes rasuah pemeriksaan kenderaan berat di Puspakom
Lelaki itu direman hingga Jumaat selepas Majistret membenarkan permohonan reman yang dikemukakan SPRM.
Nafi Titah Adendum penderhakaan besar kepada Raja dan Negara - Ketua Pembangkang
Isu Titah Adendum menjadi kepentingan awam dan rakyat mempersoalkan mengapakah ia tidak dilaksanakan, jika telah dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, sejak setahun lalu.
AWANI Ringkas: Suspek lelaki direman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Astro anjur School attack, promosi SMK musim ke-5 di SMK Taman Melawati
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati menjadi lokasi program School Attack yang dianjurkan oleh Astro bagi mempromosikan musim kelima siri popular, SMK.
Kelab malam tawar GRO dengan tip sehingga RM5,000 diserbu
Sebuah pusat hiburan mewah dua tingkat di Jalan Sultan Ismail yang menawarkan gadis pelayan pelanggan (GRO) dengan tip sehingga RM5,000 digempur Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada awal pagi Sabtu.
Menurut Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff, operasi menyaksikan seramai 123 warga asing termasuk 54 lelaki disyaki Pendatang Tanpa Izin (PATI) ditahan.
Menurut Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff, operasi menyaksikan seramai 123 warga asing termasuk 54 lelaki disyaki Pendatang Tanpa Izin (PATI) ditahan.
Pas tetap teruskan sertai himpunan solidariti Najib - Takiyuddin
Pas tetap berpendirian untuk menggalakkan ahlinya menyertai himpunan ‘Solidariti Bersama Najib Razak Menuntut Keadilan’ di Istana Kehakiman, Putrajaya Isnin depan.