Wed Aug 17 2016


Azizulhasni Awang, atlet kelahiran Terengganu itu tidak dapat menahan kegembiraan selepas membawa pulang pingat daripada temasya berprestij itu selepas gagal dalam percubaan di Beijing 2008 dan London 2012. - AFP Photo/Odd Andersen

Gaya seorang juara. Kemenangan pingat The Pocketrocketman itu merupakan sumbangan pingat kedua buat kontinjen negara selepas Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoon menghadiahkan pingat perak. - AFP Photo/Odd Andersen

Pakar keirin negara, Azizulhasni Awang mencipta sejarah selepas menjadi pelumba basikal pertama negara untuk memenangi pingat dalam Temasya Olimpik Rio 2016 selepas meraih pingat gangsa di Velodrom Olimpik Rio. - AFP PHOTO/Odd Andersen

Selain Azizulhasni yang mendapat pingat gangsa (kanan), pingat emas dimenangi Jason Kenny dari Britain (tengah) manakala di tempat kedua milik Matthijs Buchli dari Belanda.- AFP Photo/Odd Andersen

Kemenangan pingat The Pocketrocketman itu merupakan sumbangan pingat kedua buat kontinjen negara selepas Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoon menghadiahkan pingat perak buat negara menerusi acara terjun 10 meter platform seirama wanita. - AFP Photo/Eric Feferberg

Aksi Azizulhasni Awang sewaktu memenangi pusingan separuh akhir acara keirin lelaki di Olimpik Rio 2016. - AFP Photo/Greg Baker
