Fri May 30 2014
Sebahagian daripada petugas-petugas dari Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia yang terbabit dalam Istiadat Pemakaman sempena kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar pada Khamis. AWANI / SHAHIR OMAR
Kelihatan beberapa anggota tentera sedang berjalan laju menuju ke lokasi di Istiadat Pemakaman Almarhum Sultan Azlan Shah yang mangkat pada Rabu lalu. Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. AWANI / SHAHIR OMAR
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, melihat keranda ayahandanya Almarhum Sultan Azlan Shah diarak keluar untuk disempurnakan pada Istiadat Pemakaman pada Khamis .AWANI / SHAHIR OMAR
Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah dibawa keluar selepas istiadat penghormatan terakhir di Balairong Seri, Istana Iskandariah Kuala Kangsar Khamis. Jenazah dimakamkan di Makam Diraja, bersebelahan Istana Iskandariah selepas solat Asar.-- fotoBERNAMA
Anggota tentera dan polis kelihatan mengambil giliran membawa keranda jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah sewaktu majlis pemakaman pada Khamis. Baginda mangkat pada Rabu di IJN, Kuala Lumpur. AWANI / SHAHIR OMAAWANI / SHAHIR OMAR
Ribuan mengiringi Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah yang dibawa menaiki peterana 'Seraja Diraja' dan diarak sejurus selesai istiadat penghormatan terakhir di Balairong Seri, Istana Iskandariah Kuala Kangsar, pada Khamis.-- fotoBERNAMA
Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah dibawa menaiki peterana 'Seraja Diraja' oleh anggota tentera dan polis selepas istiadat penghormatan terakhir di Balairong Seri, Istana Iskandariah.-- fotoBERNAMA
Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah dibawa menaiki peterana 'Seraja Diraja' selepas istiadat penghormatan terakhir di Balairong Seri, Istana Iskandariah Kuala Kangsar, Khamis.--fotoBERNAMA
Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah dibawa menaiki peterana 'Seraja Diraja' selepas istiadat penghormatan terakhir di Balairong Seri, Istana Iskandariah di Kuala Kangsar pada Khamis. --fotoBERNAMA
Bendera Diraja turut dikibarkan separuh tiang di hadapan Istana Iskandariah berikutan kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Shah Rabu.--fotoBERNAMA
Sebahagian daripada anggota tentera bertugas yang sedang bersedia untuk mengangkat keranda Almarhum Sultan Azlan Shah pada Istiadat Pemakaman pada Khamis. AWANI / SHAHIR OMAR
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah kelihatan memberikan penghormatan terakhir di pusara ayahanda baginda Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang mangkat pada hari Rabu. AWANI / SHAHIR OMAR
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyiram air mawar di pusara ayahandanya Almarhum Sultan Azlan Shah yang mangkat Rabu setelah selamat disemadikan di Makam Diraja di sini Khamis.--fotoBERNAMA
Rakyat jelata pelbagai kaum yang rata-rata berpakaian serba hitam sebagai tanda berkabung, kemudian menuju ke peterana tempat disemayamkan jenazah Almarhum, dan membacakan doa mengikut kepercayaan agama masing-masing sebelum berjalan keluar meninggalkan balairung seri - AWANI / SHAHIR OMAR
Jenazah Almarhum tiba di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di sini dengan pedati khas 'Seraja Diraja' berwarna kuning pada 4.30 petang untuk disembahyangkan - AWANI / SHAHIR OMAR
Anggota masyarakat pelbagai lapisan dilihat tiba di pekarangan Istana Iskandariah seawal 8.30 pagi dan dibenarkan masuk ke balairung seri, tempat jenazah Almarhum disemayamkan - AWANI / SHAHIR OMAR
Alunan ayat-ayat suci al-Quran diperdengarkan oleh beberapa kumpulan termasuk pelajar tahfiz, anggota kariah beberapa buah masjid dan Jabatan Agama Islam Perak pada sepanjang masa di balairung seri itu - AWANI / SHAHIR OMAR
Lapan pegawai daripada pasukan Polis Diraja Malaysia dan ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia mengusung keranda jenazah Almarhum yang dilitupi kain songket berwarna kuning diraja, memasuki balairong seri sebelum diletakkan di atas peterana tiga anak tangga, juga berwarna kuning diraja, berhadapan singgahsana - AWANI / SHAHIR OMAR
Jenazah Sultan Azlan Muhibbuddin Shah disemadi di antara makam Sultan Idris II dan Raja Ashman Shah - AWANI / SHAHIR OMAR
Pedati khas itu diusung 40 anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia secara bergilir-gilir sejauh kira-kira dua kilometer dari Istana Iskandariah - AWANI / SHAHIR OMAR
Jenazah Sultan Perak Almarhum Sultan Azlan Shah selamat dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar di sini pada 6.40 petang - AWANI / SHAHIR OMAR
Buletin AWANI Khas: JS-SEZ: Menyatukan dua negara, memacu ekonomi serantau
Penasihat Utama, Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr Oh Ei Sun mengulas berkenaan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor - Singapura.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura unik, kerjasama dua negara tarik pelaburan global - PM Anwar
Kedua-dua pemimpin menyaksikan pertukaran Perjanjian Bersama JS-SEZ, enam memorandum persefahaman (MoU), dan satu surat niat (LOI) mengenai pelbagai bidang.
Jeju Air kurangkan 188 penerbangan dari Busan
Jeju Air mengumumkan rancangan untuk mengurangkan operasi penerbangan sebanyak 10-15 peratus menjelang Mac sebagai langkah meningkatkan keselamatan operasi.
Gemini akan tiba ke Google TV untuk rumus berita siaran langsung
Ciri AI baharu yang dijana Gemini, News Brief, akan mengumpulkan maklumat daripada pelbagai sumber berita sahih.
[TERKINI] PM anwar lancar kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026) dengan pengenalan logo, maskot, lagu tema dan reka bentuk pesawat khas VM2026
JS-SEZ adalah kerjasama sangat istimewa dan unik - PM Anwar
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) merupakan inisiatif yang sangat istimewa dan unik. Jarang untuk melihat inisiatif seperti ini dilaksanakan mana-mana negara lain, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
WFP kecam serangan Israel terhadap konvoi di Gaza
Agensi itu berkata, konvoi yang terdiri daripada tiga kenderaan yang membawa lapan kakitangannya dari Gaza tengah ke Bandar Gaza di utara itu ditembak dengan 16 peluru berhampiran pos kawalan Wadi Gaza pada Ahad.
Lonjakan ekonomi tapi pastikan tidak jejas penduduk tempatan
Potensi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) akan memacu pertumbuhan ekonomi serantau, termasuk sektor utama yang bakal dibangunkan. Namun, cabaran sosial dan ekonomi yang menyusul perlu diatasi, terutama kesan terhadap komuniti tempatan di Johor.
Kongres AS sahkan kemenangan Trump
Kongres Amerika Syarikat secara rasmi mengesahkan kemenangan Presiden Pilihan Republikan, Donald Trump, dalam sesi yang dipengerusikan oleh Naib Presiden Demokrat, Kamala Harris, yang tewas pada pilihan raya November lalu.
Proses empat tahun sekali ini membuka jalan untuk perlantikan Trump dalam tempoh dua minggu.
Proses empat tahun sekali ini membuka jalan untuk perlantikan Trump dalam tempoh dua minggu.
Malaysia dan Singapura tandatangani perjanjian JS-SEZ
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang ditandatangani pada 7 Januari dijangka memacu transformasi ekonomi serantau. 50 projek utama akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun pertama, dengan tumpuan kepada 11 sektor penting termasuk semikonduktor, bioperubatan, dan peralihan tenaga. Bagaimana Malaysia boleh manfaatkan perjanjian ini pada masa akan datang? Kupasan lanjut bersama Felo Bersekutu Kanan Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin.