Tue Mar 24 2020


Bandar Manila yang menjadi kediaman buat 2 juta penduduk (tidak termasuk populasi keseluruhan Metro Manila) lengang selepas orang ramai diminta terus berada di dalam rumah demi mencegah jangkitan wabak COVID-19. Reuters

Seorang lelaki melintas jalan yang sepi di Kathmandu, Nepal setelah kerajaan menguatkuasakan penutupan sementara bandar itu bagi mencegah jangkitan koronavirus COVID-19. - Reuters

Suasana New York Times Square yang hiruk-pikuk menjadi janggal dan kini bertukar sunyi sepi sejak semakin ramai warganya sedar bahawa ancaman COVID-19 suatu yang serius dan tidak boleh dipandang ringan. Reuters

Bayangkan saja jalanan di Jakarta, yang mempunyai populasi padat iaitu sekitar 28 juta orang, tidak lagi semacet biasa apabila pemerintah Indonesia menguatkuasakan darurat kecemasan untuk membendung wabak COVID-19. Reuters

Seorang penguat kuasa yang lengkap berpakaian pelindung berehat seketika di kawasan tumpuan ramai di Dresden, yang kini sepi. Belgium sudah mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan selama lapan minggu. Reuters

Dua orang pegawai penguat kuasa di Kolkata, India ini menggunakan alat pembesar suara untuk mendesak orang awam agar segera kembali ke rumah masing-masing. Reuters

Sekitar Trafalgar Square di London ditutup kepada pengunjung dan pelancong sejak kebimbangan mengenai penularan wabak koronavirus menghantui warganya, dan kini seluruh United Kingdom menjalani tempoh penutupan sementara. Reuters

Paris yang terkenal dengan jolokan Kota Romantis kini bertukar sepi. Tarikan ikonik Menara Eiffel tidak lagi dapat dikunjungi pelancong sejak Perancis bertindak menged=hadkan pergerakan orang ramai. Reuters

Pasar Chatuchak yang menjadi tumpuan hujung minggu di Bangkok, Thailand tidak pernah sesepi ini sejak kewujudannya. Negara Gajah Putih itu menunjukkan trend jangkitan wabak yang membimbangkan. Reuters

Kota Venice, Itali yang terkenal dengan tarikan pelancongan dan terusan air yang sering dilalui pelancong yang menaiki gondola, kini sunyi sejak negara itu mula mencatatkan angka jangkitan dan kematian tinggi. Reuters

Seorang wanita di Seoul, Korea Selatan masih berdisiplin menunggu lampu isyarat melintas jalan bertukar hijau meskipun jalanan di tengah bandar raya itu sudah tidak dilalui kenderaan. Reuters

Suasana sepi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur jadi ketara selepas Perintah Kawalan Pergerakan yang menyekat peberbangan keluar dan masuk ke negara ini dikuatkuasakan. Reuters

Tempat duduk yang kosong tanpa penumpang dalam penerbangan pesawat dari Singapura ke Bangkok ini adalah kesan kerisauan tentang risiko mengembara pada waktu ini, selain sekatan perjalanan yang dikenakan di banyak negara. Reuters

Seorang wanita mengayuh basikal meliontasi petugas kesihatan yang lengkap berpakaian pelindung di sebatang jalan di Wuhan, China... tempat segalanya bermula. Reuters

Seorang lelaki bergegas di sebuah stesen kereta api yang sepi di Liege, Belgium, setelah negara itu melaksanakan undang-undang sekatan pergerakan bagi mengekakng penularan wabak COVID-19. Reuters

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.