Wed Nov 26 2014


Saat kebanggaan seorang ibu, Azlita Nor Ahmad ketika menemani anaknya Wan Muhamad Darwsih Wan Ibrahim di SK Sri Petaling Jaya, Selangor. Wan Muhamad Darwsih mendapat keputusan semua A dalam UPSR - Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Reaksi salah seorang pelajar ketika mengambil keputusan UPSR di SK Sri Petaling Jaya . Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata prestasi murid dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperlihatkan penurunan 0.02 mata dalam Gred Purata Nasional (GPN). - Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Reaksi seorang pelajar menutup mukanya dengan slip keputusan UPSR sambil dilihat oleh guru-gurunya. Gred Purata Nasional (GPN) tahun ini adalah 2.29 mata, penurunan daripada 2.27 mata pada 2013. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Reaksi salah calon UPSR ketika mengambil keputusannya di SK Sri Petaling Jaya.- Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Pelajar UPSR yang mendapat 5A menunjukkan slip keputusan mereka kepada jurufoto di SK Sri Petaling Jaya. Peratusan calon yang mendapat di bawah pencapaian minimum (semua D atau E atau kombinasi kedua-dua gred) menurun sebanyak 0.49 peratus daripada 3.36 peratus pada 2013 dengan 2.87 peratus tahun ini.- Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Muhammad Faiq Haikal Kahirulzaman (kiri) menerima ucapan tahniah dari rakan-rakannya selepas berjaya memperolehi keputusan 5A pada Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur, Rabu pagi. - foto BERNAMA

Muhammad Syahmi Asyraff Samsul Muariff menerima ciuman tahniah dari ibubapanya, Samsul Muariff Sharuni dan Hayani Zakaria (kanan) selepas mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini di Sekolah Kebangsaan Seri Budiman II, Kuala Terengganu, hari ini. Muhammad Syahmi yang menghidap penyakit Autisme adalah Calon Berkeperluan Khas (CBK) pada UPSR lalu yang berjaya mendapat keputusan cemerlang 5A. - foto BERNAMA

Pelajar Orang Asli Karmilawati Karim dari Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan berkongsi kegembiraan bersama kedua ibu Zainab Yusuf dan bapanya Karim Mat,54, selepas memperolehi keputusan cemerlang 5A dalam keputusan peperiksaan UPSR hari ini. - foto BERNAMA

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh (kiri) bersalaman dan mengucapkan tahniah kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya (SKPJ), Wong Wei Poh (tiga,kiri) bersama rakan-rakannya yang memperolehi 5A dan 4A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolah tersebut di sini hari ini. - foto BERNAMA

Pelajar Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya, Geraldine Chang Jia Meng (tengah) ditenangkan rakannya, Natasha Ann yang kelihatan sebak setelah memperolehi keputusan 5A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah di sekolah tersebut di sini hari ini. Seramai 36,304 daripada 460,407 calon UPSR 2014 mendapat Gred A di seluruh negara. - foto BERNAMA
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
