Tue Jun 09 2015
Atlet terjun negara Ng Yan Yee (kiri) dan Cheong Hoong Jun mengucup pingat masing-masing, selepas di Akuatik OCBC, di sini hari ini. Malaysia berjaya meraih pingat emas dan pingat perak dalam acara terjun 3 meter Papan Anjal wanita. -fotoBERNAMA
Atlet Gimnastik Negara bergambar dengan pingat emas mereka selepas menjuarai acara Gimnastik Berpasukan di Dewan Sukan Bishan hari ini. -fotoBERNAMA
Atlet petanque negara Muhd Hafizzudin Mat Daud kegembiraan selepas meraih pingat emas dalam acara petanque bagi kategori single lelaki pada temasya Sukan SEA Ke-28 di Padang hari ini. Beliau mengalahkan pemain pilihan Thong Chhoeun dari Kemboja dengan 13-6. Muhd Hafizuddin melakar sejarah apabila menamatkan kemarau pingat emas selama 14 tahun. -fotoBERNAMA
Atlet terjun negara Ooi Tze Liang (kanan) bersama Chew Yiwei (kiri) menunjukkan pingat emas yang mereka menangi dalam acara terjun 10 meter platform lelaki pada temasya Sukan SEA ke-28 di Pusat Akuatik OCBC hari ini. -fotoBERNAMA
Atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri (atas,tiga kanan) dan Ng Yan Yee (empat kanan) bergambar bersama pingat emas selepas menamatkan acara terjun 3 meter papan anjal seirama wanita pada temasya Sukan SEA ke-28 di Pusat Akuatik OCBC hari ini. Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (kiri) dan Timbalannya Datuk M Saravanan (kanan). -fotoBERNAMA
Detik yang membanggakan bagi perenang negara Phee Jinq En dengan pingat emas yang dimenanginya dalam acara 100 meter kuak dada wanita akhir pada temasya Sukan SEA ke-28 di Pusat Akuatik OCBC di sini hari ini. Beliau mencatat masa 1:10:47 sementara pingat perak dan gangsa dimenang oleh perenang Singapura. - fotoBERNAMA
Atlet renang negara Wong Fu Kang menunjukkan pingat emas yang beliau menangi dalam acara 100 meter Kuak Dada akhir, sempena Sukan SEA Ke-28 di Akuatik OCBC, hari ini. Wong mencatatkan masa 1:02.46 minit. -fotoBERNAMA
Nahas Black Hawk-American Airlines boleh dielak - Trump
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat tempatan dan tentera.
AWANI Ringkas: Empat ditahan kes rempuh di luar kelab malam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas Black Hawk-American Airlines: 18 mayat ditemukan di Sungai Potomac
Polis berkata terdapat sekurang-kurangnya tiga kawasan serpihan di dalam air dikenal pasti dan sekurang-kurangnya 18 mayat telah ditemukan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 20 terkorban
Nahas berlaku kira-kira 10 minit selepas berlepas, dipercayai akibat kegagalan struktur sayap pesawat.
Pihak berkuasa Korea Selatan siasat punca kebakaran pesawat Air Busan
Kebakaran berlaku ketika pesawat bersiap untuk berlepas ke Hong Kong, dipercayai berpunca daripada bateri mudah alih dalam ruang penyimpanan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Miki sedia sahut cabaran Jojo untuk beraksi di Sukan SEA Thailand
Miki, 16, bercita-cita untuk beraksi di ONE Championship dan akan menyertai Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 di Dataran Merdeka pada 22 Feb.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir
Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di Bintulu.