Sat Jun 13 2015
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (kanan) merakamkan detik yang menggembirakan bersama dua pemenang pingat emas olahraga, Mohd Irfan Shamshudin (kiri) untuk acara Lempar Cakera Lelaki dan Randhawa Nauraj Sing (Lompat Tinggi Lelaki) selepas menyampaikan pingat kepada pemenang di Stadium Nasional pada Sukan SEA ke-28.-- fotoBERNAMA
Pelumba Basikal negara Mohd Harif Salleh mengangkat tangan selepas menamatkan acara Lumba Basikal Kriterium Sukan SEA Ke-28 sekaligus merangkul pingat emas dalam acara tersebut di Marina Bay.--fotoBERNAMA
Pasukan Hoki wanita negara meraikan kejayaan selepas menewaskan pasukan Thailand dengan keputusan 3-1 dalam acara Hoki Wanita Akhir Sukan SEA Ke-28 di Stadium Tertutup hari ini.--fotoBERNAMA
Atlet Malaysia Muhamad Arif Zulhilmi (kiri) membantu rakannya Dinesh Krisnan selepas acara 400 Meter Lelaki Akhir Sukan SEA ke-28 di Stadium Nasional. Muhamad Arif menduduki tempat kelima dengan catatan masa 47:43 saat sementara Dinesh Krisnan tempat kelapan (49:04 saat).--fotoBERNAMA
Atlet Malaysia Yap Jeng Tzan melakukan lemparan dalam acara Lempar Cakera Wanita Akhir Sukan SEA ke-28 di Stadium Nasional. Beliau merangkul pingat perak dengat catatan 46.95 meter. Pingat emas dimenangi oleh atlet Thailand Insaeng Subenrat dengan catatan 59.56 meter sementara pingat gangsa dirangkul oleh atlet Singapura Hannah Lee (45.72 meter). --fotoBERNAMA
Atlet Malaysia Ahmad Luth Hamizan (dua, kanan) melepasi halangan berair ketika beraksi dalam acara 3,000 Meter Berhalangan Lelaki Akhir Sukan SEA ke-28 di Stadium Nasional. Beliau menduduki tempat keempat dengan mencatat masa 9:18:42 saat.--fotoBERNAMA
Atlet Malaysia Yap Sean Yee mencuba ketinggian 1.78 meter dalam acara Lompat Tinggi Wanita Akhir Sukan SEA ke-28 di Stadium Nasional. Beliau hanya menduduki tempat keenam dengan catatan 1.74 meter.--fotoBERNAMA
Pasukan badminton wanita negara meraih pingat perak selepas tewas kepada pasukan Thailand 0-3 dalam acara berpasukan final pada Sukan SEA Ke-28 di Stadium Tertutup hari ini.--fotoBERNAMA
Atlet Badminton Malaysia Datuk Lee Chong Wei beraksi dalam separuh akhir acara Berpasukan Badminton Lelaki menentang Indonesia Sukan SEA Ke-28 di Stadium Tertutup. --fotoBERNAMA
Gimnas Malaysia Farah Ann Abdul Hadi beraksi pada acara Beam Wanita Sukan Sea Ke-28 di Kompleks Sukan Bishan hari ini. Farah meraih pingat gangsa dalam acara tersebut manakala pingat emas bagi acara Lantai.--fotoBERNAMA (
ATF: Kukuh pelancongan serantau, jadikan ASEAN destinasi pilihan global
ATF 2025 bertujuan meningkatkan kehadiran pelancong ke ASEAN dengan memupuk rangkaian, perkongsian pengetahuan, dan mempromosikan produk pelancongan serantau.
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Labuan akan melancarkan Pelan Tindakan Pelancongan 2025 yang bertujuan meningaktkan sektor pelancongan dalam tempoh lima tahun akan datang.
Gencatan senjata: Masih awal untuk bergembira - Jurucakap Qatar
Katanya, perbincangan yang dijalankan memperlihatkan perkembangan positif namun masih terlalu awal untuk bergembira.
Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025
Raja Pecut Asia Tenggara 2017 Khairul Hafiz Jantan memberi bayangan untuk bersara sekiranya tidak layak ke Sukan SEA di Thailand, pada 7 hingga 19 Dis tahun ini.
Pembaharuan adalah penting untuk bina ekonomi lebih berdaya tahan - Ahli ekonomi
Pembaharuan adalah langkah penting untuk mengubah Malaysia menjadi ekonomi yang lebih berdaya tahan dan bertenaga yang mampu menyesuaikan diri dengan cabaran domestik dan global.
475 projek perumahan swasta sakit bernilai RM52 bilion diselamatkan pada 2024
TFST berjaya menyelamatkan 475 projek melibatkan 59,050 unit rumah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM52.67 bilion sepanjang tahun lepas.
Najib nafi belanja jutaan ringgit untuk tingkatkan imej peribadi
Najib menegaskan bahawa wang disalurkan daripada Tanore Finance Corporation ke dalam akaun peribadinya merupakan wang derma daripada Raja Arab Saudi.
Labuan berpotensi jadi hab utama industri tuna global
Industri tuna yang telah lama bertapak di pulau bebas cukai, Labuan berpotensi untuk terus berkembang sekali gus menawarkan manfaat besar kepada ekonomi tempatan.
SPRM, FBI tingkatkan kerjasama banteras jenayah rasuah antarabangsa
SPRM dan FBI akan meningkatkan kerjasama bagi menangani cabaran dalam membanteras jenayah rasuah di peringkat serantau dan antarabangsa.
Untung bersih Bursa Malaysia suku keempat dijangka lebih rendah kerana DATV
Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd bagi suku keempat yang berakhir 31 Dis, 2024 dijangka lebih rendah daripada suku ketiga 2024.