Debaran Sukan SEA 2017 semakin hampir
Debaran Sukan SEA 2017 semakin hampir
Wed Aug 09 2017
KUALA LUMPUR, 8 Ogos - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin bergambar bersama maskot RIMAU di pintu masuk utama Pavillion pada Majlis Pelancaran Lagu Tema Terakhir Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bertajuk "Bangkit Bersama" di Pavillion Bukit Bintang hari ini. - fotoBERNAMA (2017)
KUALA LUMPUR, 8 Ogos - Penyanyi lagu tema rasmi Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bertajuk 'Bangkit Bersama', Dayang Nurfaizah bergambar bersama maskot RIMAU selepas pelancaran lagu tersebut di Pavillion, Bukit Bintang hari ini. Lagu tersebut merupakan hasil gubahan komposer Datuk Ramli MS. - fotoBERNAMA (2017)
KUALA LUMPUR, 8 Ogos - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melihat persiapan atlet gimnastik negara menjalani latihan selepas merasmikan Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) malam ini. MITEC merupakan lokasi kluster Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang menempatkan sembilan acara pada temasya bermula 19 hingga 30 Ogos ini. - fotoBERNAMA (2017)
NILAI, 8 Ogos - Pelumba-pelumba basikal negara sedang menjalani latihan menjelang Sukan Sea Ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang bakal berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos di Velodrom Nasional di sini hari ini. - fotoBERNAMA (2017)
KUALA LUMPUR, 7 Ogos - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyampaikan amanat pada Perhimpunan Akhir Kontinjen Malaysia Sukan SEA KL2017 malam ini. - fotoBERNAMA (2017)
KUALA LUMPUR, 7 Ogos - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin (dua, kanan) disambut oleh atlet yang hadir pada majlis penyampaian amanat di Perhimpunan Akhir Kontinjen Malaysia Sukan SEA KL2017 malam ini. - fotoBERNAMA (2017)
KUALA LUMPUR, 7 Ogos - Pusat media yang akan memuatkan lebih 1,000 petugas media dari seluruh Asia Tenggara bagi membuat liputan Sukan SEA di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). - fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 7 Ogos - Pekerja kontraktor memasang Jalur Gemilang bagi persiapan akhir sempena majlis perasmian Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) yang akan disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak esok. - fotoBERNAMA (2017)
KUALA LUMPUR, 7 Ogos - Pekerja kontraktor memeriksa skrin gergasi bagi persiapan akhir sempena majlis perasmian Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) yang akan disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak esok. - fotoBERNAMA (2017)
KUALA LUMPUR, 8 Ogos - Suasana sekitar Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) ketika tinjauan Bernama mengenai venue Sukan SEA Ke-29 atau Kuala Lumpur 2017 di Jalan Duta hari ini. MITEC merupakan salah satu daripada venue utama Sukan SEA ke-29 yang menempatkan tujuh acara tertutup daripada 38 acara yang dipertandingkan dalam temasya sukan terbesar di Asia Tenggara itu. - fotoBERNAMA
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi