Sat Jul 25 2015


Pemain-pemain dari pasukan liga gergasi Inggeris, Liverpool's FC ketika sesi memanaskan badan sebelum perlawanan persahabatan dengan Harima Malaya berlangsung di Stadium Nasional, di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Jumaat. Perlawanan tersebut menyaksikan pungutan mata seri 1-1. - Foto AP /Vincent Thian

Ribuan penyokong kedua-kedua pasukan bola sepak membanjiri Stadium Nasional di Bukit Jalil pada Jumaat untuk menyaksikan perlawanan persahabatan yang melakar sejarah dalam liga bola sepak tanahair. Kali terakhir Liverpool beraksi di Malaysia adalah pada 2011 apabila skuad bimbingan Datuk K Rajagobal memberikan aksi membanggakan di Stadium Nasional yang dipenuhi penonton sebelum tewas 3-6. - Foto EPA/Fazry Ismail

Walau diasak pemain The Reds, Alberto Moreno, pemain Harimau Malaya Mohammad Azammuddin Mohammad Akil tetap mempamerkan corak permainan memukau apabila beliau berjaya menangkis serangan bertalu-talu dari pemain terkenal dari liga gergasi kelab Inggeris tersebut dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Jumaat. - Foto EPA/Fazry Ismail

Bukan mudah untuk menundukkan pemain dari skuad gergasi Inggeris, Liverpool FC player Divock Origi (kiri) kerana pengalaman dan skil permainan yang kemas. Namun, pemain Harimau Malaya Thiago Junior De Aquino (kanan) membuktikan tiada apa yang dapat menjadi penghalang untuk beliau mematahkan serangan pasukan lawan ketika perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil di Kuala Lumpur pada Jumaat. - Foto AP/Vincent Thian

Penyokong Liverpool FC tersenyum ketika diambil gambarnya ketika perlawanan persahabatan di antara kumpulan liga Inggeris gergasi tersebut dan skuad tuan rumah, Harimau Malaya yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil di Kuala Lumpur pada Jumaat. - Foto EPA/Fazry Ismail

Pemain Liverpool, Divock Origi (tengah) begitu bersemangat dalam cubaannya untuk merebut bola dari pemain skuad Malaysia XI Vincent Bikana (kiri) dan rakannya, Muhammad Zubir dalam satu perlawanan persahabatan di antara pasukan terkenal dunia, Liverpool dan tuan rumah yang berlangsung di Stadium Nasional di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Jumaat, 24 Julai, 2015. Dalam perlawanan yang berakhir dengan mata seri satu sama, Bikana dianggap sebagai penyelamat skuad tuan rumah apabila beliau berjaya membaca taktik serangan pasukan lawan. - Foto AP/Vincent Thian

Pemain tengah The Reds, Jordan Henderson dengan aksinya yang tersendiri ketika perlawanan persahabatan di antara Liverpool FC dan Malaysia XI yang berlangsung di Stadium Nasional di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Jumaat. Jurulatih Harimau Malaya bukan sahaja terkejut dengan keputusan malah beliau dipetik sebagai berkata amat berbangga dengan mutu permainan yang dipamerkan pemain-pemain muda Harimau Malaya pada Jumaat. - Foto EPA/Fazry Ismail

Pemain Malaysia XI Patrick Wleh (kanan) meraikan gol asakannya sambil disambut oleh laungan sokongan dari puluhan ribu peminat bola sepak yang membanjiri Stadium Nasional di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Jumaat. Perlawanan persahabatan antara Harimau Malaya dan The Reds tersebut menyaksikan pungutan mata seri 1-1. - Foto EPA/Fazry Ismail

Pemain Liverpool, Martin Skrtel (kanan), sedang merebut bola dari pemain Malaysia XI Thiago Junior De Aquino ketika perlawanan persahabatan yang diadakan di Stadium Nasional di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Jumaat, 24 Julai, 2015. Pengurus skuad Liverpool, Brendan Rodgers turut memuji skuad Pilihan Malaysia kerana memperagakan persembahan cemerlang menentang barisan mudanya. - Foto AP/Vincent Thian

Pemain kelahiran Brazail, Lucas Leiva terpaksa meninggalkan padang gara-gara tercedera ketika perlawanan the pitch due to an injury during a friendly match between Liverpool FC and Malaysia XI. Kali terakhir The Reds beraksi di Malaysia adalah pada 2011 apabila skuad bimbingan Datuk K Rajagobal memberikan aksi membanggakan di Stadium Nasional yang dipenuhi penonton sebelum tewas 3-6. - Foto EPA/Fazry Ismail

Pemain tengah The Reds Adam Lallana (kedua dari kanan) dengan aksinya yang tersendiri merebut bola dari pemain Malaysia XI, Kumaahran Sathasivam (kanan) dan Yong Kuong Yong (kedua dari kiri) dan Baddrol Bakhtiar ketika satu perlawanan persahabatan yang diadakan di Stadium Nasional di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Jumaat. Perlawanan tersebut menyaksikan kedudukan mata seri 1-1. - Foto AP/Vincent Thian

Pemain-pemain Liverpool turut mendapat sokongan meriah dari peminat-peminat tanahair yang tidak putus-putus melaungkan nama pemain kegemaran mereka. Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil di Kuala Lumpur pada Jumaat telah menyaksikan keputusan seri satu sama. - Foto AP/Vincent Thian

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
