DI NEGARA mana pun pasti ada tabiat warganya yang negatif atau positif. Namun apa yang penting adalah tabiat yang tidak elok perlulah diubah agar imej sesebuah negara lebih cantik di mata orang ‘luar’ yang datang ke negara kita.
Ini adalah 10 tabiat orang kita yang perlu kita ubah:
1. Membuang sampah ke luar dari kenderaan.
Pasti ramai yang berhadapan dengan situasi begini atau ramai yang turut melakukan tabiat yang sama. Bukan sahaja perkara ini turut menjadi ‘ngomelan’ di sosial media, tetapi ia dikhuatiri sukar diubah kerana bakal diwarisi oleh anak-anak yang melihat tindakan berkenaan.
2. Berebut masuk lif / berebut masuk tren
Cara yang betul kita menunggu giliran memasuki lif atau menaiki tren, adalah dengan menunggu penumpang atau orang untuk keluar dahulu dari lif atau tren. Kemudian, selepas semua sudah keluar barulah tiba giliran anda untuk masuk ke dalam lif atau tren.
3. Suka baca ‘headline’ sahaja
Menarik juga mengenai tabiat ‘baru’ ini, apabila ramai yang terburu-buru melenting tanpa mengetahui kejadian sebenar. Ini disebabkan tabiat hanya membaca tajuk berita di media sosial tanpa membaca laporan penuh sesuatu berita. Tidak salah kalau luangkan seminit dua untuk membaca dan memahami tanpa melenting secara melulu.
4. Berkongsi masalah peribadi di media sosial
Media sosial kadangkala menjadi diari atas talian tanpa disedari kita semua. Namun, berhati-hati tidak semua perkara peribadi boleh dikongsikan kepada orang ramai. Bukan apa, selain ia bagai ‘membuka pekung di dada’ ia juga boleh menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan ramai.
5. Menggunakan lorong kecemasan
Penggunaan lorong kecemasan sudah diperbincangkan ramai sebelum ini. Malah beberapa tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab sempat juga dirakamkan oleh beberapa individu. Kepada mereka yang masih melakukan perkara ini diharap berubah, kerana kerjasama anda memberi kebaikan kepada mereka yang memerlukan.
6. Kurang senyuman
Dahulu Malaysia sangat dikenali sebagai negara yang murah dengan senyuman, namun sejak akhir-akhir ini, kita hanya menghadiahkan senyuman kepada individu yang kita kenali. Cuba kita amalkan cara positif orang barat yang sering mengucapkan ‘hello’ dan ‘selamat pagi’ kepada sesiapa sahaja yang mereka jumpa sebagai tanda ramah.
7. Bergurau tentang kelemahan orang
Bergurau tentang kelemahan dan paras rupa orang sememang sudah menjadi tabiat berzaman orang kita. Kadangkala perkara itu boleh menimbulkan salah faham dan akhirnya mencetuskan pergaduhan. Apa kata kurangkan melihat setiap kelemahan orang sebagai satu jenaka, terima setiap apa pun perkara sebagai ciptaan terindah Yang Maha Esa.
8. Bergaduh hanya kerana fahaman politik berlainan
Sejak akhir-akhir ini, rakyat Malaysia sering mengutarakan pendapat tentang politik. Sudah tentulah kerana isu berkenaan merupakan perkara yang sering menjadi tumpuan ketika ini. Kalau boleh jangan menjadikan fahaman politik sebagai punca pergaduhan sehingga menyebabkan kita kehilangan kawan dan saudara mara.
9. Parkir secara ‘double park’
Meletakkan kereta di belakang kereta orang, itu merupakan satu pandangan biasa di negara kita. Walaupun ada petak parkir yang kosong, ada juga yang masih sanggup untuk ‘double park’. Walaupun sekejap urusannya, belajarlah untuk meletakkan kereta di pakir yang disediakan. Jangan pula di ruang OKU ya.
10. Beg tangan pun ada tempat duduk
Sudah menjadi kebiasaan, beg tangan atau beg yang dibawa akan mendapat tempat duduknya sendiri. Perkara berkenaan sekaligus menyebabkan ramai yang tidak dapat duduk kerana kepentingan diri kita sendiri. Paling mudah, sekiranya ada yang berperangai begitu, anda tegur dan minta untuk dikosongkan kerusi berkenaan dari beg tangan sesiapa supaya ada pihak yang boleh duduk.
Selain 10 perkara di atas, apa lagi tabiat buruk orang kita yang patutnya dah lama diubah. Berikan komen anda di bawah:
Azyyati Ahmad
Wed Oct 10 2018
Kalau kita jaga adab dan tertib beratur sebelum memasuki tren, semua orang akan rasa selesa. - Gambar hiasan
Manchester United lantik Ruben Amorim sebagai ketua jurulatih baharu
Jurulatih dari Portugal, Ruben Amorim, dilantik sebagai Ketua Jurulatih Manchester United, pasukan Liga Perdana Inggeris, menurut pengumuman kelab itu pada Jumaat.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 1 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
SPRM mulakan siasatan berhubung kerugian pelaburan FashionValet
SPRM memulakan siasatan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta yang dialami Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet.
Kerajaan seru usahawan muda perlu berani ambil risiko - Fadillah
Kerajaan sentiasa membuka ruang kepada usahawan muda untuk mengembangkan potensi mereka ke tahap yang lebih tinggi.
Menteri Korea Utara janji sokong penuh Rusia dalam perang di Ukraine
Menteri Luar Korea Utara Choe Son Hui berjanji untuk membantu Rusia dalam perang melawan Ukraine "sehingga hari kemenangan" semasa perbincangan dengan rakan sejawatnya Sergei Lavrov di Moscow.
Enam ditahan terlibat pergaduhan hingga sebabkan kematian
Lima lelaki dan seorang wanita berusia belasan tahun hingga 40 tahun ditahan kerana terlibat dalam pergaduhan sehingga menyebabkan kematian di Taman Sejati, Batu Anam di sini semalam.
Pembantu kedai makan didakwa tipu dalam penjualan kenderaan
Seorang pembantu kedai makan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu dalam penjualan kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard bulan lepas.
Tanah runtuh Bukit Wawasan: Kawasan terjejas diisytihar selamat didiami
Kawasan kejadian tanah runtuh yang berlaku pada 16 Dis tahun lepas di Taman Wawasan, di sini sudah boleh kembali didiami oleh penghuni sembilan kediaman yang terjejas berikutan insiden itu.
Empat anggota polis direman, disyaki terlibat dalam kecurian barang kemas
Empat anggota polis ditahan bagi membantu siasatan kes kecurian barang kemas milik seorang wanita yang ditemukan meninggal dunia dalam kereta di pakir sebuah kondominium di Setapak.
Pengusaha perigi terapi dinasihatkan henti sementara operasi - Pegawai Daerah Rembau
Pejabat Tanah dan Daerah Rembau menasihati pengusaha perigi terapi ion di Ulu Sepri agar menghentikan sementara operasi sehingga siasatan Kementerian Kesihatan (KKM) selesai dijalankan.
JKNNS siasat dakwaan air perigi mampu ubati pelbagai penyakit
Pejabat Kesihatan Daerah Rembau sedang melaksanakan pemeriksaan menyeluruh isu ini yang telah mendapat perhatian meluas dalam media sosial.
Perlu barisan pelapis martabatkan seni kaligrafi Islam
Khat bermaksud tulisan tangan yang cantik menggunakan berus atau pen khas, justeru kecekapan tangan dan ketajaman mata penulis amat perlu dalam menghasilkan seni kaligrafi yang indah ini.
Jadual kerja Fattah Amin penuh hingga Februari depan
Kelibat Fattah Amin semakin menjadi tumpuan peminat dunia seni tanah air, khususnya wanita.
Polis siasat kewujudan kumpulan 'sexual grooming' - KPN
PDRM sudah memulakan siasatan berhubung kewujudan kumpulan pengantunan kanak-kanak (sexual grooming) di akaun media sosial.
India ambil tindakan bendung penyebaran ugutan bom palsu di media sosial
Kerajaan India mengarahkan platform media sosial untuk mencegah penyebaran ugutan bom palsu.
Ibu tunggal didenda RM4,000 buat kenyataan palsu di TikTok
Wan Ainsyatul Mime Wan Yuszaidi, 26, membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret, Siti Nurul Suhaila Baharin pada Jumaat.
Lelaki rugi lebih RM200,000 kerana pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki tempatan mengalami kerugian berjumlah RM202,000 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan yang tidak wujud diterima melalui aplikasi WhatsApp pada awal bulan lepas.
Enam ditahan terlibat sindiket pelaburan 'Kakaue', kerugian cecah RM18 juta
Polis menahan enam rakyat tempatan disyaki terlibat dalam sindiket penipuan pelaburan "Kakaue" melibatkan nilai kerugian RM18 juta.
Negeri Sembilan terus pelihara pokok getah tertua
Pokok getah tertua di Negeri Sembilan masih subur berdiri teguh di tengah bandar raya ini walaupun berusia lebih seabad sekali gus menjadi daya tarikan kepada pelancong.