[Artikel ini telah dikemaskini untuk memperbetulkan kesalahan fakta pada item 11 yang disiarkan pada Sabtu. Kesilapan tersebut amat dikesali.]
Sejak kebelakangan ini, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid yang menyelar perhimpunan Bersih 4 yang berlangsung hujung minggu lalu dan menganggap sebagai satu 'kerja bodoh' menjadi perhatian rakyat Malaysia.
Malah, selepas perhimpunan Bersih 4 yang dikategorikan haram oleh kerajaan itu, beliau menjadi perbualan orang ramai sehingga status dan gelaran Datuk yang dibawanya menjadi persoalan netizen di media sosial.
BACA: Bekas pendebat terbaik Asia balas kenyataan anak Zahid Hamidi
Tetapi, sejauh manakah anda mengenali Nurulhidayah?
Berikut adalah 13 perkara yang anda perlu tahu mengenai Nurulhidayah.
1. Nurulhidayah Ahmad Zahid merupakan anak perempuan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
2. Beliau berusia 36 tahun dan dilahirkan pada tahun 1979.
3. Nurul memperolehi ijazah Sarjana Komunikasi Korporat dari UPM pada tahun 2012.
4. Anak TPM itu menyandang jawatan sebagai Ketua Komunikasi Bahagian Korporat di Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
5. Beliau pernah mengacara rancangan Inspirasi Ramadan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
6. Gelaran Datuk diterima berasaskan kerjaya beliau sebagai Ketua Komunikasi Korporat di Syarikat Perumahan Negara Berhad.
7. Nurul juga pernah menyertai Rejimen Askar Wataniah sebagai seorang sukarelawan ketika ayahnya, Ahmad Zahid berperanan sebagai Menteri Pertahanan.
8. Datuk Siti Nurhaliza, Shaheizy Sam, Intan Ladyana, David Teo, Ana Raffali dan Aizat Amdan merupakan antara selebriti tempatan yang turut menyertai Askar Wataniah bersama Nurul.
9. Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza merupakan antara rakan karib Nurul.
10. Selain penglibatan aktif dalam bidang sukarelawan, Nurul juga mempunyai bakat dalam bidang fesyen. Beliau merupakan seorang pereka fesyen hijab di Couverture KL.
11. Berusia 36 tahun, Nurul merupakan seorang ibu dan mempunyai tiga orang anak.
12. Nurul mempunyai seorang adik lelaki, Ahmad Khairul Hafiz.
13. Beliau juga pernah memiliki sebuah syarikat pengurusan acara, Karya Bonda Sdn Bhd dari tahun 2007 hingga 2012.
Kohilah Sekaran
Mon Sep 07 2015
![[Kemaskini] 13 perkara tentang Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid [Kemaskini] 13 perkara tentang Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71438138480_NURHIDAYAH.jpg)
Gelaran Datuk diterima berasaskan kerjaya Nurul sebagai Ketua Komunikasi Korporat di Syarikat Perumahan Negara Berhad. - Foto: Instagram Nurulhidayah Zahid
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaiki dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 km atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.

Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.

Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.

KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.

Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.

Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.

'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.

Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.

Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.

7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?