Seramai 49 juta pengunjung dicatatkan mengunjungi perpustakaan di seluruh negara tahun lepas yang melibatkan lebih 13,000 perpustakaan sama ada awam, desa, jabatan kerajaan dan institusi pengajian awam dan swasta.
Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Nafisah Ahmad berkata angka tersebut menunjukkan peningkatan yakni membuktikan sifat membaca yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Malaysia.
"Selain daripada pengunjung fizikal, pengunjung maya juga mencatatkan penambahan dengan lebih daripada tiga juta pengunjung dan ia melepasi sasaran PNM bagi jumlah pengunjung maya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Buku Belajar Membaca Kaedah Ekspres-i di PNM pada Sabtu.
Katanya kajian menunjukkan purata pembacaan dalam kalangan masyarakat Malaysia kini adalah 10 hingga 20 buku setahun, namun masih kurang jika dibandingkan dengan jumlah di negara maju lain iaitu lebih 40 buku setahun.
"Sehubungan itu PNM mengendalikan pelbagai program bagi menarik minat orang ramai membaca antaranya pertandingan peminjam dan pembaca buku terbanyak," katanya.
Sementara itu penulis dan pengasas Buku Belajar Membaca Kaedah Ekspres-i, Norli Madlan, 40, dari Kuala Terengganu berkata buku itu lebih menggunakan kaedah pengecaman suku kata dan sesuai digunakan bagi kanak-kanak yang mula bercakap seawal dua atau tiga tahun.
"Mereka tidak perlu mengenal huruf atau mengetahui sebutan fonetik, hanya sebut bunyi perkataan dengan bantuan teknik imaginasi dan lenggok bunyi," katanya.
Satu set yang mengandungi empat buah buku dijual pada harga RM55 di Semenanjung dan RM60 di Sabah dan Sarawak dan mereka yang berminat boleh membeli set tersebut melalui laman blog http://bacaekspres-i.blogspot.my/.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 25 2016
Seramai 49 juta pengunjung dicatatkan mengunjungi perpustakaan di seluruh negara tahun lepas yang melibatkan lebih 13,000 perpustakaan. - Gambar hiasan
Pantau Agenda Reformasi: Hari Pendidikan Antarabangsa
UNESCO mengangkat tema AI and Education: Preserving human agency in a world of automation untuk sambutan tahun ini, apa yang dapat kita fahami. Ikuti perbincangan bersama pakar.
Saya yakin cek RM600,000 dikeluarkan najib adalah duitnya sendiri - Saksi
Ibrahim memberitahu bahawa sangat yakin bahawa cek RM600,000 yang diterimanya daripada Najib adalah wang peribadi beliau dan bukannya milik anak syarikat SRC International.
WEF2025: Rewriting Development
Some 6 billion people live in middle-income countries yet growth in many of these economies is stagnating or slowing due to global disruptions.
How can leaders challenge the status quo to overcome a premature slowdown in development?
How can leaders challenge the status quo to overcome a premature slowdown in development?
Pengarah syarikat bergelar 'Datuk' didakwa pecah amanah wang syarikat
Seorang pengarah syarikat pinjaman wang berlesen didakwa atas lima pertuduhan melakukan pecah amanah berjumlah RM551,130, antara 2020 hingga 2024.
Filipina mungkin guna platform antarabangsa saman Filipina
Filipina merancang memutuskan platform antarabangsa untuk menyaman China atas dakwaan kerosakan kepada persekitaran marin.
AS, Indonesia sepakat utamakan pertumbuhan ekonomi negara
Amerika syarikat dan Indonesia sepakat memperkukuh komitmen bersama bagi mengutamakan pertumbuhan ekonomi negara dan perdagangan serta pelaburan dalam bidang berkepentingan kepada kedua-dua negara.
Hampir 1 juta pelancong kunjungi Myanmar Jan-Nov 2024
Ketibaan pelancong asing tahun ini menurun berbanding lebih 1.1 juta pelancong asing yang melawat negara ini dalam tempoh yang sama tahun lepas.
650 ribu kanak-kanak di Indonesia terima manfaat setakat ini
Program makanan percuma Indonesia telah memanfaatkan 650,000 kanak-kanak sekolah di 31 wilayah. Memetik laporan Xinhua, Presiden Prabowo Subianto berkata, program ini menyasarkan tiga juta kanak-kanak dalam tempoh Januari hingga April depan.
Pencemaran udara: Thailand perkenal kaedah semburan ais ke udara
Thailand memperkenalkan kaedah baharu dengan menggunakan semburan kabus ais merentasi ruang udara Bangkok sebagai usaha menangani pencemaran udara melampau.
Ibu, anak ditemukan mati dalam kereta
Wanita berusia 42 tahun itu ditemukan dalam kereta miliknya bersama anak perempuan berusia 14 tahun dengan keadaan enjin masih hidup oleh orang awam pada 9.30 malam.
49 juta orang berkunjung ke perpustakaan di seluruh negara tahun lepas
Seramai 49 juta pengunjung dicatatkan mengunjungi perpustakaan di seluruh negara tahun lepas yang melibatkan lebih 13,000 perpustakaan.