TINJAUAN Pengguna Mudah Alih Global 2015 edisi Asia Tenggara mendapati 51 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan kelajuan internet pada telefon pintar mereka.
Firma antarabangsa Deloitte mengendalikan tinjauan itu ke atas 5,000 responden dari lima negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina, dan Thailand.
Sebanyak 51 soalan mengenai peranti dan perkhidmatan mudah alih dikemukakan kepada responden, dari kawasan bandar dan luar bandar, yang berusia di antara 16 hingga 44 tahun.
Kami mahu lebih data
Walaupun rakyat Malaysia rata-rata berpuas hati dengan kelajuan internet, hanya 31 peratus yang berpuas hati dengan jumlah data yang dibekalkan.
Hal ini sekaligus menghantar isyarat kepada syarikat telekomunikasi untuk terus melabur dalam infrastruktur rangkaian bagi meningkatkan kepuasan pelanggan.
BACA: Perkhidmatan penstriman video naik taraf kualiti jalur lebar
BACA: Kerajaan tumpu kepada kelajuan, liputan dan kemampuan internet negara - Salleh
BACA: Kit Siang tidak sedar tentang pelbagai kelajuan internet di Malaysia - Salleh
WhatsApp paling popular
80 peratus pengguna aplikasi pemesejan segera atau Instant Messaging (IM) di Malaysia memilih WhatsApp sebagai aplikasi IM.
Hal ini berbeza dengan para pengguna IM di Thailand yang memilih LINE, Indonesia (BlackBerry Messenger), dan Filipina (Facebook Messenger).
Sistem bayaran atas talian
Tinjauan ini turut mendapati 78 peratus pengguna teknologi mudah alih Malaysia sanggup menggunakan sistem bayaran dalam talian yang disediakan oleh peniaga, jumlah tertinggi berbanding negara lain seperti Indonesia (68%), Filipina (62 peratus), Thailand (55 peratus), dan Singapura (51 peratus).
Zaman media sosial
Rantau Asia Tenggara juga menyaksikan penggunaan media sosial yang meluas. Dalam 15 minit pertama selepas bangun tidur, lebih separuh pengguna rantau ini telah selesai menyemak telefon pintar dan jumlah ini mencecah 80 peratus di Indonesia dan Filipina.
46 peratus pengguna Singapura pula dilaporkan melihat skrin telefon mereka lebih 50 kali sehari.
Tinjauan kendalian Deloitte ini diadakan secara tahunan dan sudah memasuki tahun kelima.
BACA: KKMM kaji internet jalur lebar berkelajuan tinggi yang mampu dimiliki
BACA: Malaysia duduki ranking keempat dalam indeks internet mampu milik - Salleh
BACA: Seluruh Perlis bakal dapat perkhidmatan internet sepenuhnya menjelang akhir 2016
Sertai undian kami:
Nizam Bakeri
Tue Feb 02 2016
Tinjauan tersebut turut melaporkan 18 peratus pengguna mudah alih Asia Tenggara memuat naik foto ke laman sosial setiap hari - Foto fail
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.
Netizen mahu caj penggunaan internet lebih rendah
Undian Astro AWANI mendapati majoriti netizen mahu penurunan caj internet sebagai penambahbaikan paling kritikal yang diperlukan pada masa ini.
51 peratus rakyat Malaysia puas hati dengan kelajuan internet - Deloitte
Tinjauan Deloitte itu melibatkan 5,000 responden di Asia Tenggara termasuk Malaysia dalam aspek peranti dan perkhidmatan mudah alih.