Siapa sangka seorang ibu empat anak mampu mengetuai sebuah balai bomba yang mempunyai 37 anggota yang didominasi kaum lelaki?
Gender dan pilihan kerjaya ternyata bukan lagi satu persoalan. Itulah rutin harian bagi Agustavia Joe Guasi, 37, yang bertugas sebagai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas.
Sejak dilantik menggalas tanggungjawab berat tersebut pada 1 Ogos lalu, Agustavia yang merupakan anak kelahiran Kampung Nalapak, Ranau, itu hanya mampu tersenyum apabila ditanyakan mengenai perasaannya menjadi Ketua Balai.
Untuk rekod, 'Puan Abby' iaitu panggilan dalam kalangan teman rapatnya, merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai Ketua BBP pertama di Sabah.
Baginya, perasaan kekok untuk berinteraksi dengan anggota jagaannya tidak pernah wujud, apatah lagi pernah bertugas di Cawangan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah kira-kira sembilan tahun lalu.
"Mungkin seorang dua yang baru bertugas di Balai Bomba Lintas, tapi itu tidak menjadi satu masalah sebab saya telah menjalankan sesi suai kenal.
"Saya minta pandangan mereka apa yang perlu diperbaiki untuk balai ini, apa harapan mereka. Saya minta suntikan motivasi kerana merekalah menjadi penggerak saya di balai ini," katanya ketika ditemui pada Jumaat.
Baginya, meskipun tugasnya sentiasa berdepan dengan situasi kecemasan dan bencana seperti cabaran memadamkan kebakaran atau banjir mahupun kecemasan lain, Agustavia rasa bersyukur kerana keluarganya amat memahami tuntutan kerjaya yang diceburinya.
Jelas Agustavia, empat anaknya yang berusia antara lapan hingga 19 tahun itu sudah biasa dengan kesibukan dan komitmen ibu mereka, malah disokong oleh suaminya yang tercinta.
Bagi yang belum pernah mengenalinya, mungkin agak sukar untuk membayangkan wanita ini menyesuaikan masanya untuk keluarga dan kerjaya yang lasak itu.
"Sebagai seorang ibu kepada empat orang anak, saya harus membahagikan masa antara kerjaya dan juga menguruskan rumah tangga di mana keluarga saya cukup memahami.
"Mereka sedar tanggungjawab saya sebagai ketua balai ini besar, mereka juga bagi dorongan dan sokongan yang bagus," katanya.
Bagi wanita kental itu, dia tidak pernah sedetik pun berasa menyesal memikul tugas sebagai ahli bomba sejak tahun 2001, malah kini kerjaya lasak itu diibaratkan sebagai sebahagian daripada jiwanya.
Secara kebetulan bersempena sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan 2019, Agustavia yang berkongsi tarikh hari bersejarah itu dengan hari kelahirannya, berharap supaya golongan wanita di Sabah terus yakin pada kerjaya yang mereka ceburi.
"Bersempena Hari Kemerdekaan ini, saya berharap kisah saya menjadi inspirasi golongan wanita di luar sana. Jangan cepat mengalah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
"Selamat menyambut 62 tahun kemerdekaan, Malaysiaku," katanya.
Ruzaini Zulkepli
Fri Aug 30 2019
Agustavia mahu setiap wanita terus yakin dan bersemangat dalam bidang yang diceburi. - Astro AWANI
Serangan berulang Israel ke atas hospital Gaza disifatkan hina kemanusiaan - Hamas
Hamas semalam mengutuk serangan berulang Israel ke atas Hospital Kamal Adwan di utara Gaza, dengan menyifatkannya sebagai 'penghinaan yang memalukan terhadap kemanusiaan dan norma antarabangsa'.
Conor Mcgregor disabit bersalah lakukan serangan seksual
Petinju MMA, Conor Mcgregor, telah diperintahkan membayar ganti rugi EURO248,000 (RM1.23 juta).
Menurut BBC, keputusan dikeluarkan selepas juri Mahkamah Tinggi di Dublin memutuskan dia melakukan serangan seksual terhadap Nikita Hand di sebuah hotel pada Disember 2018.
Menurut BBC, keputusan dikeluarkan selepas juri Mahkamah Tinggi di Dublin memutuskan dia melakukan serangan seksual terhadap Nikita Hand di sebuah hotel pada Disember 2018.
MCMC teliti notis bencana terus ke telefon tanpa SMS
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menyiapkan satu sistem yang boleh menghantar notis amaran secara terus ke telefon bimbit orang ramai sebagai persiapan menghadapi suatu bencana.
Lee Hsien Loong lepaskan jawatan Setiausaha Agung PAP selepas 20 tahun
Hsien Loong akan serah jawatan tertinggi parti politik itu kepada penggantinya, Lawrence Wong hari ini pada sambutan ulang tahun ke-70 PAP.
Mangsa menurun 481 orang di enam negeri pagi ini
Mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 809 orang daripada 205 keluarga di enam negeri setakat jam 11 pagi, pada Sabtu.
KPT serah kepada polis siasat pensyarah didakwa hina Nabi
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa berhubung tindakan seorang pensyarah didakwa menghina Nabi Muhammad SAW ketika berceramah di sebuah konvensyen, baru-baru ini.
Kritik kerajaan: PKR putuskan nasib Hassan Karim Hari Ini
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim terbuka menerima sebarang tindakan termasuk risiko keahlian digantung dari Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijangka diputuskan, pada Ahad.
Kes simbah asid: Kertas Siasatan kes Faisal Halim sudah dirujuk ke Peguam Negara
Kertas siasatan kes simbah asid membabitkan pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim sudah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara (AGC).
Penunggang motosikal terbunuh dilanggar lori berundur secara tiba-tiba
Seorang penunggang motosikal terbunuh selepas sebuah lori yang sedang mengisi petrol tiba-tiba berundur dan melanggar mangsa dalam kejadian di Jalan Kerinchi menghala Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Trump rancang pecat peguam penyiasat berkaitan rusuhan di Capitol, dokumen sulit
Trump turut bercadang memecat peguam kerajaan berpengalaman yang biasanya dilindungi daripada tindak balas politik.
Agustavia wanita kental dalam kelasakan kerjaya bomba
Ibu kepada empat anak itu merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat di Sabah.