KEBANYAKAN negara di dunia ketika ini masih lagi mengenakan perintah duduk di rumah bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Namun, pasti ada yang membuat keputusan untuk berpindah. Ia berkemungkinan selepas anda menyedari keadaan kewangan anda tidak mampu untuk menampung bayaran sewa rumah atau bayaran gadai janji.

Apatah lagi selepas kebanyakan orang kehilangan pekerjaan atau dikurangkan bayaran gaji.

Bagaimanapun, keputusan untuk berpindah juga bukanlah keputusan mudah untuk dilaksanakan terutamanya ketika kita masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pasti ada yang bimbang tentang keselamatan diri mahupun kebersihan sepanjang proses tersebut.

Jangan bimbang, jika anda akan mengambil keputusan untuk berpindah dalam masa terdekat, ini kami sediakan tujuh tip mudah untuk anda;

1) Sentiasa memakai topeng mulut dan hidung

Pastikan semua yang terlibat dalam proses pemindahan memakai topng mulut dan hidung sepanjang masa.

Sama ada anda membuat keputusan untuk melantik mana-mana agensi pindah rumah atau mendapat bantuan dari ahli keluarga atau kenalan rapat, pastikan semuanya memakai topeng mulut dan hidung.

Pastikan semua yang terlibat dalam proses pemindahan memakai topng mulut dan hidung sepanjang masa. -Gambar hiasan/ unplash

2) Hanya menggunakan kotak baru

Terdapat beberapa kajian yang mendapati virus COVID-19 mampu hidup selama 24 jam di atas permukaan kadbod.

Jadi sebagai langkah pencegahan, anda disarankan untuk menggunakan kotak baru berbanding kotak kitar semula.

Jadi sebagai langkah pencegahan, anda disarankan untuk menggunakan kotak baru berbanding kotak kitar semula. -Gambar hiasan/ unplash


3) Bungkus semua barang dengan kemas

Adalah penting untuk menyusun kesemua barangan anda yang telah dibungkus dengan rapi di dalam kotak tanpa ada tercicir apa-apa barangan.

Anda disarankan untuk melekatkan kotak dengan kemas agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini seperti kotak koyak atau barangan tercicir.

4) Elakkan mengemas pada saat akhir

Idea terbaik jika anda akan berpindah adalah memastikan kesemua barangan yang akan dibawa sekali sudah siap dibungkus 24 jam sebelum waktu berpindah.

Idea terbaik jika anda akan berpindah adalah memastikan kesemua barangan yang akan dibawa sekali sudah siap dibungkus 24 jam sebelum waktu berpindah. -Gambar hiasan/ unplash

Ia bagi memastikan tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

5) Sering berkomunikasi

Jika anda melantik mana-mana agensi pindah rumah, pastikan anda sentiasa berkomunikasi dengan mereka bagi memastikan segala proses berjalan dengan lancar.

Ia juga bagi memastikan kesemua langkah keselamatan dipraktikkan sebelum, semasa dan selepas proses memindah.

6) Keluarkan barang dengan teliti

Proses yang sama perlu dilakukan apabila anda selesai berpindah.

Di kediaman baharu nanti, anda boleh mula mengemas dengan menyusun semua peralatan yang penting dahulu.

Kemudian anda boleh mula membersihkan barangan sebelum menyusunnya.

7) Lap semua barangan

Selain menggunakan topeng mulut dan hidung dan membasuh tangan, pastikan semua yang terlibat dalam proses pemindahan ini membersihkan segala permukaan yang ada.

Ia termasuk trak yang digunakan, pintu masuk rumah, kotak penyimpanan barangan dan sebagainya.

Ia termasuk trak yang digunakan, pintu masuk rumah, kotak penyimpanan barangan dan sebagainya. -Gambar hiasan/ unplash

Walaupun proses ini dilihat lebih sukar daripada apa yang patut dilakukan sebelum ini, segala langkah keselamatan perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Namun, jika anda tidak perlu berpindah dengan segara, adalah lebih baik jika anda menunggu sehingga keadaan kembali terkawal.