Negara 'matahari terbit', Jepun sememangnya sudah lama dikenali dengan budaya dan sikap mereka yang amat berbudi pekerti tinggi serta saling menghormati antara satu sama lain.
Malaysia yang kini semakin mengorak langkah untuk menjadi negara maju seharusnya belajar dari negara ini.
Susulan itu 20 pensyarah muda universiti awam dari seluruh Malaysia telah dihantar bagi menyertai program Rangkaian Jepun dan Asia Timur daripada program Pertukaran Pelajar dan Pemuda (JENESYS 2017) yang diadakan pada 30 Januari hingga 5 Februari lalu di Jepun.
Program oleh kerajaan Jepun dan Pusat Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICE) memberi pendedahan kepada pensyarah-pensyarah terhadap sains dan teknologi selain menyisipkan pemahaman berkenaan politik, warisan dan budaya Jepun.
Antara lain, program telah mengubah persepsi awal sesetengah peserta yang pada mulanya berpandangan negara maju seperti Jepun mengabaikan budaya, etika dan warisan tradisional.
Sebaliknya mereka masih menjunjung tradisi dan mesyarakat negara itu yang mempunyai nilai sopan santun yang tinggi berbanding negara maju yang lain.
Selain itu budaya menepati masa dan pembersih yang ditonjolkan oleh masyarakat Jepun membuatkan para peserta begitu kagum walaupun Jepun bukan masyarakat yang mementingkan agama.
Meninjau teknologi Jepun dalam bidang Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi (ICT), para peserta program dibawa ke Institut Kebangsaan Teknologi Maklumat danTelekomunikasi (NICT) di Kobe, Hyogo.
Pelbagai kajian terkini yang telah diterbitkan di makalah yang berimpak tinggi dibentangkan kepada para peserta program ini.
Selain itu para peserta juga didedahkan dengan perkembangan ilmu sains foton ketika melawati Pusat Riken Spring-8.
Peserta juga melawat Istana Himeji dan kuil Engyo-Ji bagi mendalami sejarah Jepun.
Reka bentuk istana Himeji yang mampu mengelirukan musuh menggambarkan cara pemikiran rakyat Jepun yang teliti dan holistik dalam mempertimbangkan segala kemungkinan yang akan berlaku.
Pengalaman ketika berada di Jepun ini sememangnya sangat berharga buat semua pensyarah muda ini dan mereka berusaha untuk menerapkan budaya baik rakyat Jepun kepada pelajar mereka selain membuat hubungan penyelidikan antara pusat penyelidikan Jepun dan universiti masing-masing.
Semoga Malaysia juga mampu menjadi hebat seperti negara Jepun bukan sahaja dari segi teknologi, tapi juga dari segi budaya dan peradaban yang tinggi!
_________________________________________________________________________
* Laporan ini disediakan oleh AWANI Rangers, Anbia Adam dan Zulfadli Rozali dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Suntingan oleh Puan Suriayati Baharom.
**Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkogsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.
***Awani Rangers UTHM ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM).
Awani Rangers UTHM
Sun Mar 11 2018
Program ini telah mengubah persepsi awal para peserta - Foto AWANI Rangers UTHM
WhatsApp mudahkan anda beri emoji reaksi dengan hanya ketik dua kali pada mesej
Pengguna hanya perlu mengetik dua kali pada sesuatu mesej, dan tetingkap untuk emoji akan hadir sebelum anda memilih.
[TERKINI] Presiden Korea Selatan ditahan, didakwa salah guna kuasa
Pihak berkuasa Korea Selatan telah menahan Presiden Yoon Suk Yeol hari ini atas tuduhan hasutan yang berkaitan dengan pengisytiharan perintah darurat pada 3 Disember lalu.
Lapor media antarabangsa, kenderaan rasmi Yoon meninggalkan kediaman berbukit yang telah menjadi tempat perlindungannya selama beberapa minggu.
Lapor media antarabangsa, kenderaan rasmi Yoon meninggalkan kediaman berbukit yang telah menjadi tempat perlindungannya selama beberapa minggu.
TSMC dibenar mengilang cip dengan teknologi 2nm di luar Taiwan
TSMC Dibenarkan Mengilang Cip Dengan Teknologi 2nm Di Luar Taiwan
Jumlah mangsa banjir meningkat sedikit di Johor, tiga negeri kekal
Jumlah mangsa banjir di Johor sedikit meningkat pagi ini berbanding malam tadi manakala situasi di Perak, Pahang dan Sarawak tidak berubah.
Bursa Malaysia meningkat semula didorong momentum belian berterusan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.60 mata kepada 1,580.06 daripada 1,576.46 semalam.
Prince Court hospital swasta pertama di Malaysia berjaya lakukan prosedur ESG
Endoscopic Sleeve Gastroplasty (ESG) merupakan rawatan baharu inovatif untuk masalah obesiti.
Lokasi proses air ketum diserbu, dua ditahan
PGA menahan dua lelaki masing-masing berusia 24 dan 23 tahun bagi membantu siasatan.
Presiden ICJ Nawaf Salam letak jawatan, galas jawatan PM Lubnan
Salam secara rasmi meletak jawatan sebagai anggota mahkamah itu berkuat kuasa serta-merta.
Kerana ‘Brad Pitt,’ wanita Perancis kemurungan, bercerai dan wang RM3.85 juta lesap
Scammer reka cerita Brad Pitt terdesak perlukan wang untuk rawatan buah pinggang, wang simpanannya dibekukan susulan kes cerai dengan Angelina Jolie.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini berikutan mata wang AS itu merosot.
#AWANIrangers: Mahu maju beradab cara Jepun
Malaysia juga mampu menjadi hebat seperti negara Jepun bukan sahaja dari segi teknologi, tapi juga dari segi budaya dan peradaban yang tinggi.