Bandar di Malaysia perlu bersedia untuk menghadapi cabaran masa depan sejajar dengan urbanisasi yang pesat dan kemajuan dalam bidang teknologi dan inovasi.
Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata penyelidikan dan perancangan bagi bandar masa depan adalah perlu untuk menangani cabaran urbanisasi dan inovasi global yang lain termasuk dalam bidang teknologi, pengetahuan dan perdagangan.
"Dengan urbanisasi pada masa ini sebanyak 76 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia, dan kadar urbanisasi tahunan sebanyak 2.19 peratus, bandar kita perlu bersedia untuk menghadapi cabaran masa depan.
"Memandangkan kita bergerak ke arah 2050, bandar kita akan menjadi cerminan aspirasi negara dan kita perlu memastikan bahawa kita melaksanakan langkah-langkah yang terbaik untuk mengukuhkan kedudukan kita di dunia," katanya dalam ucapan pada Forum Shaping Smart Cities and Future Lifestyles di sini pada Jumaat.
Madius berkata kemajuan dalam sains, teknologi dan inovasi mempunyai potensi untuk mengubah industri sedia ada dan mewujudkan yang baharu, termasuk pembuatan bandar, projek tenaga boleh baharu, penggunaan secara meluas dron dan robot serta Internet of Things.
"Dari segi bandar raya seperti Greater Kuala Lumpur, yang kini mempunyai penduduk sebanyak 7.25 juta dan menyumbang RM263 bilion kepada pendapatan negara kasar negara, kita perlu berhati-hati dengan trend masa depan dan inovasi global untuk menyediakan industri, pengurus bandar, pemaju dan rakyat kita dengan lebih baik," katanya.
Sementara itu, pada sidang media, Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Sains Malaysia Hazami Habib berkata dengan urbanisasi sebagai trend global, kerajaan perlu mempunyai pelan yang amat bersepadu di bandar untuk memberi kehidupan yang berkualiti.
"Kepadatan bandar semakin tinggi dan tinggi. Di Malaysia, terdapat cabaran untuk menyepadukan semua megatrend, termasuk urbanisasi yang pesat, serta demografi dan perubahan sosial.
"(Pembangunan) tidak bersepadu dan dirancang dengan baik. Lebih banyak wang perlu dibelanjakan untuk menjadikannya lebih bersepadu. Memperbaikinya lebih rumit berbanding membinanya," katanya.
Dianjurkan oleh Malaysia Biennial 100YC, forum setengah hari itu menghimpunkan kira-kira 300 pemaju hartanah, ahli akademik dan wakil daripada pihak berkuasa tempatan.
Forum itu diadakan bersempena dengan ekspo Ekonomi Kreatif dan Inovasi Kebangsaan 2017 selama lima hari, yang bermula Khamis.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 13 2017

Wilfred Madius Tangau berkata penyelidikan dan perancangan bagi bandar masa depan adalah perlu untuk menangani cabaran urbanisasi dan inovasi global yang lain termasuk dalam bidang teknologi, pengetahuan dan perdagangan. -Gambar fail
CENTHRA Kecam Kegagalan Sidang Konvensyen Geneva Keempat, Desak Tindakan Segera
Menurut CENTHRA, keputusan Switzerland untuk tidak menganjurkan sidang tersebut atas alasan "ketiadaan konsensus" dalam kalangan Negara Pihak Berkontrak adalah satu bentuk kegagalan moral serta mencemarkan integriti undang-undang kemanusiaan antarabangsa
Orang ramai dijemput hadir berbuka puasa bersama PM di Putrajaya
Datuk Mohd Na'im Mokhtar mempelawa orang ramai hadir ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, esok 10 Mac

Wajibkan pemeriksaan kesihatan sebelum daki Gunung Kinabalu
Mewajibkan pemeriksaan kesihatan sebelum mendaki Gunung Kinabalu antara langkah terbaik dalam memastikan keselamatan setiap pendaki, terutamanya dalam kalangan warga emas.

Microsoft dilapor uji integrasi DeepSeek, xAI dan Meta pada CoPilot
Ujian ini dilihat sebagai ganti kepada model ChatGPT yang menguasakan CoPilot pada hari ini.
PGA perketat sempadan, kekang risiko dalang letupan Sungai Golok lari ke Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) memperketat kawalan sempadan Kelantan-Thailand susulan kejadian letupan dan tembakan yang mengakibatkan dua anggota sukarelawan pertahanan negara jiran itu maut di Sungai Golok, malam tadi.
Program SIM@PAX diperluas sempena Hari Raya Aidilfitri
Program servis Ihsan MadanI@Petronas Autoexpert (SIM@PAX) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah dengan penjimatan 10 hingga 30 peratus bagi perkhidmatan servis kenderaan di semua 96 bengkel Petronas Autoexpert di seluruh negara.
Jumlah dipindahkan di Sabah terus meningkat pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di negeri ini terus meningkat kepada 1,748 orang daripada 570 keluarga setakat 8 pagi Ahad, berbanding 1,010 orang daripada 325 keluarga pada 8 malam Sabtu.
[TERKINI] Empat pelajar Malaysia terbabit nahas di Jordan
Dua pelajar Johor terlibat dalam kemalangan di Jordan bersama dua lagi pelajar dari Selangor dan Wilayah Persekutuan, pada malam Sabtu.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, kedua-dua pelajar terbabit ialah Muhammad Zaqwan Azhar Masjudin dan Muhammad Ilham Dzurlkarnian @ Zulkarnian.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, kedua-dua pelajar terbabit ialah Muhammad Zaqwan Azhar Masjudin dan Muhammad Ilham Dzurlkarnian @ Zulkarnian.
Dasar Wanita Negara perkukuh dasar pemerkasaan dan perlindungan wanita
Dasar Wanita Negara 2025-2030 yang dilancarkan pada Sabtu memberi penekanan khusus kepada perlindungan wanita terutamanya mangsa keganasan rumah tangga

Usaha gencatan senjata Gaza berterusan, petanda positif rundingan fasa kedua - Hamas
Hamas mengesahkan bahawa usaha pengantaraan yang diketuai Mesir dan Qatar masih diteruskan bagi memuktamadkan pelaksanaan perjanjian gencatan senjata dengan Israel.

Bandar di Malaysia perlu sedia hadapi cabaran masa depan
Bandar di Malaysia perlu bersedia untuk menghadapi cabaran masa depan sejajar dengan urbanisasi yang pesat dan kemajuan dalam bidang teknologi dan inovasi.