Cabaran ini hangat dibicarakan di laman Weibo China sehinggalah ia menjadi topik trending paling popular selama seminggu.
Caranya adalah dengan menggunakan sebelah tangan dan cuba menyentuh lubang pusat dari arah yang bertentangan.
Kononnya, sekiranya seseorang itu mampu melakukan cabaran sentuh lubang pusat terbabit, dia mempunyai saiz dan bentuk badan yang ideal.
Populariti cabaran ini menular ke serata dunia sehingga ada beberapa selebriti turut mencubanya.
Foto – Twitter EXO_ByunB
Ahli kumpulan K-Pop, EXO iaitu Sehun dan Baekhyun menerima cabaran tersebut dan melakukannya semasa mengadakan persembahan.
Foto – Twitter Napatip_TPradio
Penyanyi dan pelakon China, Jenny Zhang memuat naik hasil cabaran di akaun Weibonya.
Penghibur dari Vietnam, Nhung Gumiho turut berjaya melakukan cabaran tersebut!
Foto – Weibo Ace of Angels
Kesemua ahli kumpulan Ace of Angels atau AOA turut berjaya menyempurnakan cabaran unik ini.
Meskipun tiada kajian saintifik yang memastikan kesahihan teknik itu, sesetengah pengguna media sosial menyifatkan cabaran ini sebagai satu cara termudah untuk mengukur saiz badan.