BIASA dengar yang tekanan akan buat rambut kita cepat beruban?
Ia bukan sekadar kata-kata kerana tekanan benar-benar akan membuat anda cepat beruban - dan apabila rambut anda sudah memutih, ia tidak akan kembali ke warna asal.
Kajian sekumpulan penyelidik Universiti Harvard mendapati hormon norepinephrine dibebaskan ketika badan berada dalam keadaan fight or flight.
Di bawah tekanan yang luar biasa, norepinephrine dibebaskan ke dalam saluran darah di mana ia meningkatkan kadar denyutan jantung dan menyediakan tubuh bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Tetapi keadaan itu merosakkan sel stem melanocyte (MSC), iaitu sel kulit yang menghasilkan pigmen yang turut berfungsi memberikan warna pada rambut.
Umumnya manusia akan mula beruban pada usia 30-an, dan rambut akan putih keseluruhan ketika usia menjangkau 50 tahun.
Mereka yang beruban pada usia remaja kebiasaannya adalah disebabkan faktor genetik.
Dalam hasil penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal Nature menyebut, kebanyakan kita mempunyai anekdot tentang bagaimana tekanan memberi reaksi terhadap tubuh mereka.
"Paling utama pada kulit dan rambut mereka, satu-satunya tisu yang dapat kita lihat dari luar.
"Kami mahu memahami jika hubungan ini adalah benar, dan jika ya, bagaimana tekanan membawa perubahan dalam tisu yang pelbagai," kata Dr Ya-Chieh Hsu, profesor sel stem dan biologi regeneratif di Harvard.
Sudah diketahui sebelum ini, hormon yang dihasilkan sebagai tindak balas kepada tekanan memberi kesan kepada sel stem yang memberi warna rambut.
Tetapi apa yang ingin ditentukan ialah hormon manakah yang sering diperkatakan dan dari mana ia datang.
Para penyelidik mendapati bahawa tekanan menyebabkan sistem saraf mengeluarkan norepinephrine ke salur darah.
Norepinephrine dihasilkan otak dalam keadaan tertekan menjadikan tubuh lebih berjaga-jaga dan bersedia untuk melawan tekanan.
Tetapi ia juga menyebabkan sel stem dalam folikel rambut diaktifkan secara berlebihan, menurut kajian itu.
"Apabila kita memulakan kajian ini, saya tahu tekanan beri kesan buruk. Tetapi rupa-rupanya ia jauh lebih teruk daripada yang saya bayangkan.
"Selepas beberapa hari saja, semua sel pemulihan stem hilang dan anda tidak boleh menghasilkan semula pigmen lagi. Kerosakan itu kekal," tambah Cheih Hsu.
Agensi
Thu Jan 23 2020
Umumnya manusia akan mula beruban pada usia 30-an, dan rambut akan putih keseluruhan ketika usia menjangkau 50 tahun. Mereka yang beruban pada usia remaja kebiasaannya adalah disebabkan faktor genetik. - Gambar hiasan
Pekerja Sri Lanka kirim lebih AS$6.57 bilion pada 2024
Rakyat Sri Lanka yang bekerja di luar negara mengirim pulang lebih AS$6.57 bilion pada 2024, meningkat 10.1 peratus berbanding 2023.
Produktiviti buruh kunci pertumbuhan ekonomi Indonesia - Menteri
Menurut Yassierli, program skilling direka untuk melengkapkan pencari kerja dan siswazah baharu.
Australia Selatan larang iklan makanan rapu di pengangkutan awam
Larangan itu, yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025, melibatkan pengharaman imej produk tidak sihat.
Penerbangan Moscow-Dubai UTair berpatah balik kerana kemungkinan masalah teknikal
Syarikat penerbangan Rusia, UTair, pada Sabtu memaklumkan bahawa pesawatnya yang sedang dalam penerbangan dari Moscow ke Dubai telah berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo selepas men
Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan
Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga pada Sabtu.
Terbuka Malaysia: Impian wakil tunggal negara di final tidak kesampaian
Pemain Malaysia terakhir yang berjaya melangkah ke final dan memenangi Terbuka Malaysia adalah Datuk Lee Chong Wei pada 2018.
Terbuka Malaysia: Aksi ulangan final Antonsen-Yu Qi
Tahun lepas, Antonsen menumpaskan jaguh China itu dalam straight set 21-14, 21-13 di pentas final.
Kembar karate Terengganu tekad cipta kejayaan pada debut Sukan SEA
Pasangan kembar berusia 19 tahun itu mendapat tawaran ke skuad kebangsaan selepas hanya dua tahun mempelajari karate.
Orang Asli: Melaka perluas skim insurans kepada Tok Jenang dan Tok Jekerah
Seramai 28 Tok Jekerah dan Tok Jenang daripada 14 perkampungan Orang Asli di seluruh Melaka akan mendapat manfaat daripada inisiatif berkenaan.
Abang Johari yakin keutuhan parti tidak tergugat
Katanya, peralihan kepimpinan dari Taib Mahmud kepada Adenan Satem dan seterusnya kepada beliau, telah berlaku tanpa sebarang masalah.
Aplikasi percubaan Singapura tawar pemeriksaan kesihatan mini
Aplikasi itu dapat memberitahu mengenai kadar denyutan jantung, kadar oksigen dan juga tahap tekanannya.
Benar, tekanan buat rambut cepat beruban - Kajian
Kajian sekumpulan penyelidik Universiti Harvard mendapati hormon norepinephrine dibebaskan ketika badan berada dalam keadaan 'fight or flight'.
Kawal denyutan, ini formula untuk anda kira had denyutan jantung!
Apa yang dimaksudkan kegagalan jantung berfungsi dengan baik ini adalah disebabkan, denyutan jantung melebihi had maksimum seseorang individu