Musim bunga “Sakura Kedah” kembali menghiasi landskap di bandaraya ini apabila pokok-pokok tecoma mula mewarnai persekitaran dengan bunga-bunga berwarna merah jambu dan putih.
Berbunga lebat sejak minggu lepas, tecoma lebih dikenali sebagai Sakura Kedah oleh penduduk tempatan kerana bunga dan pokoknya seakan-akan sakura di Jepun..
Pemandangan indah yang bermusim ini menjadikan salah satu tarikan pelancong ke Kedah.
Ramai penduduk tempatan dan pelancong dalam negeri mengambil kesempatan untuk merakamkan kenangan mereka dengan bergambar bersama ribuan bunga tecoma.
Namun bagi jurufoto, musim bunga tecoma merupakan lubuk rezeki mereka untuk menambah pendapatan kerana pada waktu itu, tempahan untuk sesi fotografi perkahwinan lebih banyak berbanding musim perkahwinan biasa..
Selain fotografi perkahwinan, ramai juga yang mendapat habuan daripada butik-butik yang berminat untuk memperagakan busana mereka bersama model-model.
Bagi jurugambar sambilan Dinsyah Ahmad, persekitaran bunga tecoma boleh dijadikan medium untuk mereka menyertai pertandingan fotografi, aktiviti seperti ini boleh mendatangkan pendapatan bagi mereka.
"Kalau banyak lagi bunga tecoma mungkin boleh tambah agro pelancongan. Boleh jadi sumber pendapatan juga lah untuk jurugambar macam kami," kata Dinsyah.
Bagi seorang pengusaha studio fotografi dari Sungai Petani, Amir Mustafa pula, dia menerima beberapa tempahan untuk merakamkan sesi fotografi untuk pengantin di kawasan bunga tecoma.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Mar 13 2019
POKOK tecoma yang menghiasi landskap bandaraya Alor Setar menjadi tarikan ramai. - Gambar ihsan Halil Ismail
GV - 'Kembali menyengat', 14 peserta bawakan lagu hit pertama mereka
Pentas Gegar Vaganza musim ke-11 akan membuka tirainya malam ini.
Bertemakan kembali menyengat, 14 peserta yang bersaing akan membawakan lagu hit pertama mereka dalam industri seni suara.
Bertemakan kembali menyengat, 14 peserta yang bersaing akan membawakan lagu hit pertama mereka dalam industri seni suara.
[LAPORAN KHAS] Kita perlu selamatkan lebah, bukan bunuh atau hapuskan (Siri 2)
Bila anda nampak sarang lebah, apa perkara pertama bermain di fikiran anda?
Biasanya, pasti kita akan bakar, seterusnya menghapuskan sarang lebah itu. Bukan?
Tahukah anda, ada cara lebih baik untuk menanganinya?
Tak perlu bunuh, tapi selamatkan.
Ikuti siri akhir, laporan Ridauddin Daud, bercakap dengan lebah.

Muzik Ahmad Nawab akan kekal selama-lamanya - Freddie Fernandez
Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez menyifatkan Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab seorang pemurah dan sentiasa memberi panduan kepada penyanyi di bawah bimbingannya.
Tingkatkan mutu kerja, tiada ruang untuk penjawat awam malas dan cuai - KSN
Warga perkhidmatan awam diseru supaya meningkatkan mutu kerja, komitmen dan dedikasi selaras pengenalan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
[TERKINI] Mangsa banjir hilang IC, surat beranak dikecualikan denda
Mangsa banjir yang kehilangan dokumen termasuk kad pengenalan dan surat beranak dikecualikan denda ketika memohon gantian.
PM tiba di Korea Selatan, rakan dagang kelapan terbesar negara
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi Malaysia tiba di Seoul, Korea Selatan untuk lawatan rasmi atas jemputan Presiden Yoon Suk Yeol pada Ahad.
Jadual padat akan ditempuhi delegai Malaysia termasuk pertemuan empat Mata Anwar-Yoon, pertemuan bersama kapten industri dan program santuni Diaspora Malaysia.
Untuk laporan hari pertama lawatan perdana menteri ke Republik Korea, kita bersama rakan setugas, Irfan Faruqi.

Kahwin tanpa anak, jejaskan struktur penduduk Malaysia
Trend pasangan berkahwin yang memilih untuk tidak mempunyai anak atau childfree, membimbangkan kerana boleh memberi kesan jangka panjang kepada struktur penduduk Malaysia, termasuk mempercepatkan proses negara menua.
Maestro muzik tanah air, Ahmad Nawab meninggal dunia pada usia 92 tahun
Komposer veteran, Tan Sri Ahmad Nawab menghembuskan nafas terakhir pada usia 92 tahun pada Ahad.
Allahyarham atau nama asal, Ahmad Khan Nawab Khan dilaporkan meninggal dunia di kediaman beliau di Taman Melewar, Gombak sekitar pukul 3.15 petang.
Allahyarham atau nama asal, Ahmad Khan Nawab Khan dilaporkan meninggal dunia di kediaman beliau di Taman Melewar, Gombak sekitar pukul 3.15 petang.
Allahyarham Ahmad Nawab meninggal dunia
Patah tumbuh, hilangnya tidak berganti. Kerana dialah satu satunya.
Legenda muzik, Tan Sri Ahmad Nawab, 92 tahun, meninggal dunia di kediaman di Taman Melewar, Batu Caves pada pukul 3.15 petang tadi.
Pastinya, ini kehilangan besar buat negara, terutamnya dalam seni muzik tanah air.
Bersama Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim.

Lagu 'Malaysia Truly Asia' sentuhan Ahmad Nawab dapat perhatian dunia - Khatijah Ibrahim
Menurut Datuk Khatijah Ibrahim ketika diminta menyampaikan lagu "NAM Shall Lead The Way" (untuk Persidangan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali - NAM XIII) ciptaan arwah Tan Sri Ahmad Nawab ia merupakan anugerah tidak terhingga buat dirinya.
Bersiar-siar di Alor Setar terasa seperti di Jepun
Musim bunga -Sakura Kedah- kembali menghiasi landskap di bandaraya ini apabila pokok-pokok tecoma mula mewarnai persekitaran dengan bunga-bunga berwarna merah jambu dan putih.