Malaysia mensasarkan menjadi sebuah negara maju dalam masa lima tahun lagi. Dan biarpun rakyat negara ini semakin celik IT, hakikatnya kadar kelajuan jalur lebar di negara ini masih rendah. Ini diburukkan lagi dengan kos langganan jalur lebar yang dilihat tinggi berbanding negara-negara serantau.
Jika dilihat pada kajian-kajian yang dijalankan sebelum ini, negara-negara seperti Singapura dan Thailand lebih ke hadapan dari segi kos dan kepantasan jalur lebar. Singapura dan Thailand, masing-masing secara purata memiliki kepantasan jalur lebar 61 megabits per saat (Mbps) dan 17.7Mbps. Ini diikuti Vietnam (13.1Mbps) dan Kemboja (5.7Mbps). Malaysia pula, mempunyai kepantasan 5.5Mbps.
Kadar purata kepantasan Internet di negara-negara Asia Tenggara ialah 12.4Mbps, dan ini meletakkan negara kita di bawah kadar purata.
Kos jalur lebar 10Mbps di Malaysia dianggarkan RM199 (TM, September 2014). Di Singapura, kos jalur lebar 15Mbps ialah RM95.15 manakala di Thailand, kos jalur lebar 12Mbps ialah RM79.30.
Agak menarik juga untuk melihat bagaimana perkembangan jalur lebar di Korea Selatan yang diiktiraf negara dengan kelajuan Internet terpantas.
Korea Selatan tahun lalu, memperkenalkan jalur lebar dengan kelajuan 10Gbps, yang berupaya memuat turun fail dengan saiz 1GB dalam masa 0.8 saat.
Secara purata, kos jalur lebar 100Mbps di Korea Selatan ialah US$27 (RM98.88).
Amerika Syarikat pula, biarpun memegang status negara maju, turut berdepan situasi yang sama dengan Malaysia. Untuk jalur lebar dengan kelajuan 45Mbps, pengguna di sana perlu membayar kira-kira US$90 (RM330).
ARTIKEL BERKAITAN: '1GB mana cukup' - Media Sosial
ARTIKEL BERKAITAN: Shabery umum pengurangan harga pakej asas jalur lebar
Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, mengumumkan penuurunan kadar kos jalur lebar dalam masa dua bulan lagi.
Kadar terbaharu itu menyaksikan penurunan di antara 10 peratus dan 57 peratus dari kadar sedia ada.
Tarif asas berharga RM25 untuk 1GB akan ditawarkan oleh semua pembekal perkhidmatan.
Madiha Abdullah
Thu Apr 16 2015
Kadar purata kepantasan Internet di negara-negara Asia Tenggara ialah 12.4Mbps, dan ini meletakkan negara kita di bawah kadar purata. - Gambar Hiasan
Xiaomi dilapor akan lancar cip 3nm sendiri pada tahun 2025
Kerana ia merupakan cip 3nm, besar kemungkinan cip ini akan digunakan pada peranti mercu seperti siri Xiaomi 16 kelak.
AWANI Ringkas: Lima pegawai kadet dibuang, diarah bayar ganti rugi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PILKADA 2024: Kawasan panas & figura politik tumpuan
Eksekutif, Penyelidikan & Khidmat Nasihat, KRA Group Ahmad Fedullah berkongsi unjuran beliau berkenaan kawasan-kawasan panas dan figura politik yang menjadi tumpuan pada Pemilihan Kepala Daerah (PILKADA) 2024.
Tambah baik fasiliti, Jadikan Ngoca bertaraf antarabangsa
Ahli Parlimen Kuala Pilah mencadangkan kementerian menyediakan peruntukan bersesuaian untuk naik taraf stadium bola ngoca di Kuala Pilah. “Jadikan Pesta Bola Ngoca acara sukan bola antarabnagsa bagi merancakkan ekonomi dan peluang pendapatan untuk masyarakat setempat” Katanya.
Kes IPIC: Najib, Mohd Irwan lepas tanpa bebas pertuduhan pecah amanah RM6.6 bilion
Hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Datuk Seri K.Kumaraendran.
Ciri Recents di Spotify diperkenal, simpan sejarah dengar lagu selama 90 hari
Recents akan mengintegrasikan sejarah mendengar lagu, podcast, dan buku audio.
Pulau Pinang akan tubuh jawatankuasa, garis panduan khusus tangani gelandangan
Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam proses untuk menubuhkan jawatankuasa dan mengembangkan garis panduan khusus bagi menangani serta membantu populasi gelandangan di negeri ini.
Bencana banjir: Jambatan Teladas Lama penanda aras untuk Kemaman
Bagi meninjau situasi banjir di Kemaman, Terengganu, kita bersama dengan wartawan Firdaus Azil.
Kerajaan sasar tingkat pengecas DC hingga 1500 unit
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri telah meningkatkan sasaran untuk pengecas arus terus (DC) kenderaan elektrik (EV) dari 1000 ke 1500 unit.
Menurut Timbalan Menterinya i Liew Chin Tong, perkara itu disasar kerajaan untuk dicapai menjelang 2025.
Menurut Timbalan Menterinya i Liew Chin Tong, perkara itu disasar kerajaan untuk dicapai menjelang 2025.
Bencana banjir: Mangsa di Kelantan meningkat mendadak, negeri lain terkawal
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
Lagi Power Win Gold: Menangi 1gm emas dengan Astro & Broadband!
Bukan sahaja dapat menikmati internet berkelajuan tinggi dan hiburan tanpa had dalam satu bil, malah anda berpeluang memenangi 1 gram emas!
Ultra Plug & Play Box baharu, kini boleh tonton Astro tanpa piring satelit
Kotak ini tidak memerlukan sebarang piring satelit kerana sajian kandungan Astro disiarkan secara perkhidmatan strim menerusi jalur lebar.
Masalah rangkaian dan harga aduan tertinggi 2018
Aduan daripada pengguna perkhidmatan komunikasi dan multimedia mengenai rangkaian dan harga adalah antara yang tertinggi bagi 2018.
Astro-Maxis IPTV tawar pelan lebih berbaloi serendah RM89
Pelanggan boleh menikmati 30Mbps pada RM89 sebulan atau 100Mbps pada RM129 sebulan, untuk pakej saluran Astro serendah RM39.95 sebulan.
TM perlu cari penyelesaian tingkatkan akses internet ke seluruh negara - Gobind
Beliau berkata menjadi dasar kerajaan untuk membekalkan akses Internet jalur lebar kepada semua dan memberi penekanan kepada kualiti perkhidmatan yang terbaik.
'1GB mana cukup' - Media Sosial
Ramai warga media sosial berpendapat kadar pakej jalur lebar baharu tetap mahal kerana mereka menggunakan lebih dari 1GB.