TIDAK keterlaluan jika dikatakan nama Bijan (disebut sebagai biːʒæn/bi-shxan) adalah topik paling hangat diperkatakan rakyat Malaysia hari ini.

Namanya mungkin tidak begitu dikenali, namun jangan terpedaya kerana ia sebuah jenama dengan nilai yang sangat tinggi.

Disenaraikan di sini adalah tujuh fakta tentang jenama mewah ini yang perlu anda tahu.


Bijan bukan sahaja mahal, tetapi sangat eksklusif. - Instagram/houseofbijan

1. House of Bijan yang terletak di Los Angeles dibuka oleh pengasas jenama ini, Bijan Pakzad, pada tahun 1976, selepas berpindah dari negara asalnya, Iran.

2. Butik ini telah menghasilkan rekaan pakaian, kasut, wangian dan aksesori yang paling mahal di dunia untuk ramai personaliti antaranya Barack Obama, Bill Clinton, Putera Charles, Pierce Brosnan, Arnold Schwarzenegger, Hugh Hefner dan Putera Rainier dari Monaco.

3. Mahu melawat butik ini? Lupakan sahaja, kerana hanya untuk masuk sahaja tanpa membuat pembelian, anda terlebih dahulu perlu membuat temujanji.

4. Jenama ini dikenali bukan sahaja sebagai jenama mewah, tetapi juga eksklusif. Setiap produk yang dihasilkan, akan dihasilkan dalam kuantiti yang terhad, dan dijual kepada golongan yang disasarkan sahaja.

Setiap koleksi yang dihasilkan, hanya dikeluarkan sebanyak satu atau dua sahaja.


5. Kebiasaannya, jumlah paling banyak dihasilkan untuk satu koleksi adalah dua atau tiga sahaja.

6. Kebanyakan beg tangan yang dihasilkan adalah dari kulit buaya berharga sekitar AS$65,000 (RM262,063) dan AS$175,000 (RM705,468).

7. Selain beg tangan, antara barangan lain yang boleh didapati di butik ialah kot vicuña (AS$15,000/RM 60,469), cadar chinchilla (AS$120,000/RM 483,755 ) dan set bagasi kulit buaya (AS$ $65,000/ RM 262,063).