Bilangan individu amat kaya (UHNWI) Malaysia meningkat sebanyak tiga peratus atau 30 orang pada 2016 berbanding penurunan 15 peratus pada 2015, demikian menurut Laporan Kekayaan Knight Frank 2017 yang diumumkan pada Khamis.
Malaysia mempunyai seramai 1,020 UHNWI pada tahun lepas berbanding 990 orang pada 2015.
Firma perunding hartanah global itu merujuk UHNWI sebagai individu yang memiliki kekayaan atau aset bersih sekurang-kurangnya AS$30 juta (AS$1 = RM4.41) atau lebih.
Mengulas lanjut, Ketua Penyelidikan Knight Frank bagi Asia Pasifik, Nicolas Holt, berkata antara faktor pertambahan golongan itu adalah pengukuhan pasaran saham selepas kemenangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump serta pemulihan pasaran komoditi.
"Di peringkat global pula, kelompok UHNWI ini bertambah sebanyak 6,340 orang yang menjadikan jumlah keseluruhannya 193,490 orang dan majoritinya dari Amerika Utara dan Eropah," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan hasil Laporan Kekayaan 2017 itu di sini.
Bagaimanapun, kata Holt, rantau Asia berkemungkinan mencabar kedudukan teratas senarai UHNWI berkenaan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Ini berikutan ia cuma kekurangan 27,020 orang UHNWI berbanding Amerika Utara dan perbezaan itu dijangka mengecil kepada 7,680 individu menjelang 2026.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Capital Markets, James Buckley berkata kalangan UHNWI Malaysia memperuntukkan kira-kira 23 peratus daripada portfolio mereka kepada sektor hartanah dan ini tidak termasuk kediaman utama dan rumah kedua.
"Memandangkan aspek mengekalkan kekayaan itu menjadi keutamaan, kalangan UHNWI Malaysia berkemungkinan besar melabur dalam pasaran Asia kerana memudahkan mereka menyambung pelajaran dan tidak ketinggalan dari segi perubahan peraturan atau aliran ekonomi," katanya.
Buckley berkata UHNWI Malaysia juga lebih berminat untuk melabur dalam hartanah di United Kingdom atau Australia dengan seramai 72 responden menyifatkan pendidikan adalah antara alasan utama yang mempengaruhi keputusan mereka.
Pada masa ini, Kuala Lumpur disenaraikan di tempat ke-31 daripada 40 negara di seluruh dunia dalam Indeks Kekayaan Bandar Knight Frank 2017 dengan London dan New York masing-masing di tangga pertama dan kedua.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2017

Pada masa ini, Kuala Lumpur disenaraikan di tempat ke-31 daripada 40 negara di seluruh dunia dalam Indeks Kekayaan Bandar Knight Frank 2017. - Gambar hiasan

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Bilangan individu amat kaya Malaysia meningkat tiga peratus pada 2016
Bilangan individu amat kaya (UHNWI) Malaysia meningkat sebanyak tiga peratus atau 30 orang pada 2016 berbanding penurunan 15 peratus pada 2015.