Borneo Fashion Week 2019 (BFW 2019) membuka tirai penganjuran tahun ketiganya di sini pada Jumaat.
Bertemakan Bringing Borneo To The World, BFW 2019 yang menghimpunkan pereka fesyen tempatan termasuk Sabah dan Sarawak, diadakan di Oceanus Waterfront, Kota Kinabalu.
Memulakan acara pertunjukan, lapan pereka fesyen Bidwin Molundim, Asen, Augmenter, Classique by Maya, JK, Daling Borneo, Bobby B Garon dan Yuva, mempersembahkan koleksi masing-masing menerusi dua slot berbeza.
Menerusi kesemua koleksi yang diperagakan, pentas peragaan diserikan dengan pilihan warna-warna terang dan tidak kurang juga warna-warna pastel.
Menurut Pengasas BFW, Stephanie Alcantara, tujuan utama penganjuran acara berprestij ini adalah bagi membolehkan Sabah dan Sarawak menjadi hab fesyen terulung di Malaysia.
Penganjuran ini dilihat bukan sahaja membolehkan keunikan kedua-dua negeri ditonjolkan di peringkat antarabangsa malah menjadi platform untuk pereka tempatan berkarya dan lebih dikenali di masa akan datang.
“Penting untuk acara seperti ini diadakan supaya industri fesyen tempatan lebih terus menyerlah dengan kehadiran lebih ramai pereka fesyen tempatan yang berbakat besar,” katanya ketika ditemui Astro AWANI.
“Sokongan orang ramai juga penting dalam memastikan acara seperti ini boleh dijayakan dengan lebih baik di masa akan datang.”
Berlangsung selama tiga hari, BFW 2019 menghimpunkan 22 pereka fesyen dengan tiga tema berbeza iaitu Ready To Wear (RTW), Resort Wear dan Heritage Wear.
Syafik Shukri Jalil
Sat Oct 05 2019
BFW 2019 menghimpunkan 22 pereka fesyen dengan tiga tema berbeza iaitu Ready To Wear (RTW), Resort Wear dan Heritage Wear. Astro AWANI/SYAFIK SHUKRI JALIL
Jumlah dana iklim dtetapkan sebanyak 300 bilion dolar A.S
Sebanyak 300 bilion dolar Amerika setahun ditetapkan sebagai dana iklim bagi membantu negara miskin tangani kesan perubahan iklim.
Perkara itu diputuskan negara-negara yang menghadiri sidang kemuncak COP29 di Baku, Azerbaijan pada Ahad.
Perkara itu diputuskan negara-negara yang menghadiri sidang kemuncak COP29 di Baku, Azerbaijan pada Ahad.
Pelajar antara tujuh maut, 33 cedera
Sekurang-kurangnya tujuh maut manakala 33 yang lain cedera dalam satu kemalangan jalan raya di sebuah lebuh raya di utara Peru.
Isu calon PM PN: Wan Saiful jumpa Hashim Jasin
Datuk Wan Saiful Wan Jan mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin di kediamannya di Perlis pada Sabtu.
Filipina tingkat protokol keselamatan ke atas presiden
Agensi keselamatan Filipina mempertingkatkan protokol keselamatan ke atas Presiden Ferdinand Marcos Jr. selepas Naib Presiden, Sara Duterte dengan secara terbuka mengugut dan mengarahkan Presiden itu dibunuh jika beliau sendiri menjadi mangsa pembunuhan.
Lapan ditahan, tawar khidmat seks RM60
Polis menahan lapan individu termasuk enam wanita warga Indonesia kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran di Jalan Pudu, ibu negara.
Johor kekal larang penjualan vape, tidak pernah keluar lesen sejak 2016
Tiada sebarang lesen penjualan vape atau rokok elektronik dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor.
Final Masters China: Pang Ron-Su Yin hampir beri pasangan nombor dua dunia mimpi ngeri
Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin mempamerkan aksi menakjubkan walaupun terpaksa akur tewas kepada pasangan nombor dua dunia dalam final Kejohanan Badminton Masters China.
Lawatan PM ke Korea perkukuh jalinan menjelang ulang tahun hubungan diplomatik ke-65 – Duta Besar
Duta Besar Malaysia ke Republik Korea, Datuk Mohd Zamruni Khalid berkata Malaysia-Korea dijangka akan menegaskan komitmen untuk meningkatkan pelaburan dan kerjasama dalam sektor ekonomi dan jalinan antara rakyat.
Beri bantuan khas RM2,000 kepada penjawat awam
Kira-kira 5,376 penjawat awam di negeri Kedah bakal menerima bantuan khas kewangan berjumlah RM2,000 sebagai penghargaan atas dedikasi mereka.
[TERKINI] Hanya tiga pintu sempadan Kelantan-Thailand diwartakan
Bermula 1 Disember ini hanya tiga pintu sempadan Kelantan-Thailand yang diwartakan.
Pereka fesyen dari Sarawak tunjuk taring di BFW 2019
Itu dua istilah yang tepat untuk menggambarkan rekaan busana pereka fesyen dari Sarawak yang turut serta dalam Borneo Fashion Week 2019 (BFW 2019).
Borneo Fashion Week 2019 buka tirai penganjuran
Bertemakan Bringing Borneo To The World, BFW 2019 yang menghimpunkan pereka fesyen tempatan termasuk Sabah dan Sarawak, diadakan di Oceanus Waterfront, Kota Kinabalu.