Rakyat seharusnya mengambil peluang melancong ke destinasi menarik dalam negara selepas kerajaan memutuskan memansuhkan Cukai Pelancongan kepada warganegara Malaysia.
Presiden Majlis Pelancongan Malaysia Uzaidi Udanis berkata, ia sekali gus bukti keprihatinan kerajaan dalam mendengar pandangan sebelum membuat sebarang keputusan berkenaan rakyat.
"Keputusan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz untuk memansuhkan Cukai Pelancongan ke atas warganegara menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa mendengar pandangan semua pihak terutama dari penggiat industri pelancongan.
"Saya harap dengan ada pemansuhan ini, lebih ramai rakyat mengambil peluang untuk bercuti dalam negara. Ini akan menolong memantapkan ekonomi tempatan," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Rabu.
BACA: Kerajaan mansuh cukai pelancongan ke atas warganegara - Nazri
BACA: Cukai Pelancongan mekanisme promosi negara di mata dunia - Uzaidi
Uzaidi mengulas mengenai keputusan kerajaan memansuhkan Cukai Pelancongan ke atas rakyat Malaysia berkuat kuasa 1 Ogos ini.
Cukai itu juga hanya dikenakan kepada pelancong asing pada kadar purata RM10 bagi semua kelas hotel.
Uzaidi yang juga Presiden Malaysia Inbound Tourism Association (MITA) menjelaskan, tujuan utama wujudnya cukai pelancongan itu untuk industri mempunyai satu dana promosi yang akan melastarikan industri pelancongan negara.
"Dengan adanya Cukai Pelancongan ini, kementerian boleh merancang aktiviti promosi dengan lebih agresif seluruh dunia untuk menambahkan kedatangan pelancong ke Malaysia," ujarnya.
Mohamed Nazri pada Rabu menjelaskan, Kerajaan menyasarkan anggaran kira-kira RM211 juta setahun menerusi pelaksanaan Cukai Pelancongan.
Tambahnya, RM1 daripada RM10 yang dikutip akan dipulangkan kepada Kerajaan Negeri bagi menggalak dan melaksanakan promosi pelancongan.
Cukai Pelancongan akan menyaksikan kadar antara RM2.50 dan RM20 untuk penginapan semalam.
Jelasnya, pelaksanaan kutipan cukai akan mula dikenakan terhadap hotel dan rumah penginapan yang berdaftar.
Pada sidang Parlimen yang lepas, Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan 2017, yang dibentangkan Mohamed Nazri, diluluskan dengan undian majoriti.
Astro Awani
Wed Jul 26 2017

UZAIDI: Rakyat seharusnya mengambil peluang melancong ke destinasi menarik dalam negara selepas kerajaan memutuskan memansuhkan Cukai Pelancongan kepada warganegara Malaysia. - Gambar fail

Penghuni pulau di Australia dipindahkan akibat Siklon Tropika Alfred
Penduduk dan pelancong di sebuah pulau di luar pantai timur laut Australia akan mula dipindahkan ke tanah besar susulan ancaman yang ditimbulkan oleh Siklon Tropika Alfred, lapor Xinhua.

PM Anwar tegas tolak rasuah dalam pertahanan negara
Beliau berkata perbuatan sedemikian bukan sahaja mengkhianati amanah yang diberikan, tetapi juga merosakkan keselamatan serta keamanan negara.
Seniman jalanan dicadang pakai batik, Jadikan sebagai anak angkat DBKL
Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah mencadangkan seniman jalanan dijadikan sebagai anak angkat kepada DBKL dan memperkenalkan pakaian batik sebagai identiti mereka.
Seniman jalanan diharap tidak hanya main lagu 'tangkap leleh'
Kerajaan berharap seniman jalanan khususnya di ibu negara supaya tidak hanay memainkan lagu-lagu jiwang atau tangkap leleh sahaja.

Polis siasat ibu ayah Hud Aryan
Polis Kelantan melakukan siasatan lanjut terhadap ibu ayah Hud Aryan Mohd Nor Hafifi berusia 19 bulan yang ditemukan meninggal dunia tersangkut pada pokok di tepi sungai.
Kilang proses minyak sawit tidak berlesen diserbu
Sebuah kilang dipercayai memproses minyak sawit tidak berlesen di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor, pada Rabu.

PM Anwar umum peruntukan RM35 juta sokong ekosistem wakaf Malaysia
RM30 juta disalurkan untuk menyokong program myWaqafPTPTN dan RM5 juta lagi untuk pembentukan Permodalan Wakaf Nasional Bhd.
[TERKINI] Penganggur didakwa bunuh peniaga wanita
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan atas pertuduhan membunuh seorang peniaga wanita, Norshamira Zainal di kawasan jeti Sungai Kuantan, pada awal Februari lalu.

Pembantu maya Alexa+ dilancar, diperkasa kecerdasan buatan
Perkhidmatan baharu Alexa boleh berinteraksi dengan pengguna sama seperti ChatGPT dan Gemini.

Anwar terima kunjungan hormat Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia Sergei Shoigu di Perdana Putra hari ini.

Kutipan cukai pelancongan RM308 juta bagi tempoh 2018 hingga 2022
Bagi separuh pertama 2020, kutipan itu berjumlah RM37.90 juta dengan agihan sebanyak RM18.95 juta kepada Kerajaan Negeri.

Dewan Negara lulus empat rang undang-undang
Dewan Negara hari ini meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan kastam, eksais, zon bebas dan cukai pelancongan.

Sabah terima RM20 juta hasil cukai pelancongan kerajaan pusat
Sabah menerima lebih RM20 juta hasil cukai pelancongan kerajaan pusat bagi 2019, iaitu yang tertinggi dalam kalangan semua negeri, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.

Airbnb mahu panduan lebih jelas mengenai cukai pelancongan
Pengurus Besar Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan Mike Orgill berkata terdapat beberapa isu mengelirukan pada masa ini termasuk pendaftaran dan kutipan cukai.

Pengagihan hasil kutipan cukai pelancongan kepada negeri akan diteruskan setiap tahun
Pengagihan untuk kutipan cukai pelancongan pada tahun 2019 dijangka diberikan kepada setiap negeri pada suku pertama tahun 2020.

Tiada diskriminasi dalam agihan cukai pelancongan - Chieng Jen
Kementerian Kewangan tidak mengamalkan sebarang diskriminasi berhubung agihan perolehan cukai pelancongan antara Sabah, Sarawak dan negeri lain di Malaysia, kata Pengerusi DAP Sarawak.

Sarawak buat dakwaan palsu tentang hasil cukai pelancongan - Guan Eng
Dakwaan kerajaan negeri Sarawak bahawa Kerajaan Persekutuan telah membayar hasil cukai pelancongan 2018 kepada Sabah adalah tidak benar.

'Rizab Sarawak banyak, kenapa tak bayar hutang?' - Guan Eng
Guan Eng menempelak dakwaan bahawa kerajaan persekutuan berhutang RM2.7 juta dengan Sarawak dalam bentuk hasil cukai pelancongan.

Kerajaan akan bayar separuh hasil cukai pelancongan kepada setiap negeri
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng turut menafikan dakwaan bahawa kerajaan berhutang hasil cukai pelancongan dengan kerajaan negeri Sarawak.

Johor sambut baik pemberian 50 peratus hasil pelancongan kepada negeri
Datuk Osman Sapian berkata langkah itu akan menggalakkan usaha kerajaan Johor untuk meningkatkan hasil pendapatan melalui sektor pelancongan di negeri ini.