JIKA semalam kecoh dengan tawaran palsu beg tangan jenama Louis Vuitton yang kononnya ingin diberikan oleh pemilik Qu Puteh, Datuk Seri Vida, hari ini nampaknya ada berita baik untuk mereka yang masih menyimpan keinginan untuk memiliki beg berjenama mewah itu.

Melalui akaun Instagram dan Facebook miliknya, Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr. Hasmizah Othman, memaklumkan beliau ada berniat untuk memberikan beberapa barangan koleksi peribadinya, namun belum menetapkan bila akan berbuat demikian.

Thank you sayangggg sayanggg semua yang share dgn saya story Account Fake FB saya..... Mmuahhh Mmmuahhh

A video posted by Dato Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on



Ikuti perkembangan saya di IG saya.. Insyaallah... Siapalah yang bertuah tu ya...

A video posted by Dato Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on



Kata Vida, mereka yang mahu memiliki barangan tersebut perlulah mengikuti perkembangan beliau di laman sosial, khususnya Instagram.

Menariknya, bukan seorang, sebaliknya beliau akan memilih beberapa orang yang bertuah untuk tujuan tersebut.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan barangan yang ingin dihadiahkan, namun ada menyatakan barangan-barangan tersebut adalah daripada koleksi kegemarannya.

Dalam masa yang sama, beliau turut meminta maaf atas kekeliruan yang timbul berkenaan akaun Facebook palsu itu.