Rayouf Alhumedhi sedang berbalas teks ringkas bersama teman-temannya di WhatsApp apabila dia menyedari satu perkara -- tidak ada emoji untuk mewakili dirinya, wanita bertudung.

Gadis berusia 15 tahun yang menetap di Berlin itu seterusnya merangka kertas cadangan untuk penggubal emoji antarabangsa Unicode Consortium agar emoji wanita bertudung diwujudkan.

Kertas cadangannya yang dikongsi di Reddit meraih tumpuan ramai sehingga mendapat sokongan pengasas bersama laman sosial tersebut, Alexis Ohanian.

“Betapa ramai wanita yang bertudung hari ini, sekurang-kurangnya ada satu tempat untuk mereka di papan kekunci emoji,” jelas Rayouf dalam kirimannya di Reddit.

Emoji yang disertakan dalam kertas cadangannya direka oleh Aphelandra Messer, pereka grafik bebas di Nebraska, Amerika Syarikat.

Kertas cadangan Rayouf turut menjelaskan bahawa tudung tidak semestinya mewakili wanita Muslim semata-mata.

Terdapat juga kepercayaan lain yang menggalakkan para penganut tudung. Skaf kepala juga merupakan fesyen wanita tanpa mengira agama.

Kertas kerja penuh boleh dibaca di sini.

Emoji hijab cadangan Rayouf direka oleh Aphelandra Messer