Hari ini, sejumlah 443,883 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lalu menerima keputusan peperiksaan mereka.

Sememangnya pelajar itu sendiri, keluarga mahupun guru, amat berharap agar keputusan cemerlang dapat dicapai. Ramai yang akan mula memikirkan tentang peluang melanjutkan pengajian peringkat seterusnya di institusi pengajian tinggi.

Namun bagaimana pula dengan sebahagian lain yang mendapat keputusan kurang memberangsangkan?

Satu pesanan daripada kami di Astro AWANI - jangan berputus asa kerana perjalanan hidup masih panjang dan banyak perkara bermanfaat boleh dilakukan mulai hari ini!

Sejak dua hari lalu, Astro AWANI menerusi hashtag #HidupDiteruskan mengajak orang ramai khususnya pengguna media sosial untuk berkongsi nasihat dan motivasi kepada kumpulan tersebut.

Berikut adalah antara beberapa komen menarik yang dikongsikan netizen di ruang maya:

Ada juga yang memberi cadangan tentang aliran kursus pendidikan yang boleh mereka mohon:

Sementara itu, ramai juga yang memberi nasihat dari sudut agama. Mereka mengajak para pelajar mengenal erti redha, tawakal dan bersyukur, kerana rezeki dan ketentuan pada masa akan datang disusun oleh Allah SWT:



Seramai 443,883 calon telah menduduki peperiksaan SPM 2017 pada tahun lalu di 3,363 pusat peperiksaan seluruh negara.

Daripada jumlah itu, seramai 386,331 calon atau 87 peratus adalah dari calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya berkata, calon-calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi.

Bagi calon persendirian, keputusan akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mereka mendaftar dahulu.

Bagi calon persendirian, keputusan mereka akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar peperiksaan dahulu.

Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2017 melalui mySMS 15888 yang perkhidmatannya akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi pada 15 Mac dan ditamatkan pada 6 petang 21 Mac.

Semakan juga boleh dibuat melalui aplikasi e-Lembaga Peperiksaan.

Ingat, walau apapun keputusan yang diperoleh hari ini, teruskan usaha anda!