Jabatan Perubatan Psikologi Universiti Malaya akan mengadakan sambutan bulan kesedaran kesihatan mental pada Oktober ini dengan kerjasama beberapa persatuan kesihatan seperti Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, Malaysian Psychiatric Association dan Befrienders Kuala Lumpur.

Kempen ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai berkenaan masalah kesihatan mental yang semakin membimbangkan.

Pelbagai aktiviti akan dijalankan di Galeri Seni Universiti Malaysia dan di juga di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 1 Oktober, 10 Oktober dan 22 Oktober ini.

Orang ramai dijemput untuk menyertai sambutan ini untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut berkenaan kesihatan mental.

Antara aktiviti menarik ialah ceramah berkenaan bunuh diri dan kesihatan mental, forum pengurusan stress dan ceramah isu-isu berkaitan kesihatan mental.

Selain itu, pengunjung juga mempunyai peluang untuk bertemu pakar psikiatri, ahli psikologi dan juga jururawat kesihatan mental.

Yuran pendaftaran adalah percuma dan tempat adalah terhad.

Selain forum, satu pameran seni juga akan berlangsung sepanjang bulan Oktober di Tingkat 5, Galeri Seni Universiti Malaya bagi menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia.

Untuk maklumat lanjut atau bagi pendaftaran, anda boleh menghubungi 03-79492854.

kesihatan mental



Isu kesihatan mental semakin membimbangkan di kalangan rakyat Malaysia dan orang ramai gagal memandang serius perkara ini.

National Morbidity Health Survey pada tahun lalu melaporkan bahawa kira-kira 30 peratus daripada rakyat Malaysia mengalami masalah kesihatan mental.

Ini bermaksud hampir 9 juta rakyat sedang berhadapan dengan isu kesihatan mental seperti kemurungan, gangguan bipolar, dan gangguan emosi.

Berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh seorang Profesor Madya Universiti Malaya, Dr Koh Ong Hui, pesakit mental pada lazimnya hanya mendapatkan bantuan selepas menghidapinya untuk beberapa tahun.

Tambah beliau, kesan rawatan lambat boleh mengancam nyawa.