Ramai beranggapan bahawa tidur yang berdengkur adalah kerana terlalu penat atau sedang nyenyak dibuai mimpi.
Malah, ada juga beranggapan tidur berdengkur itu adalah tidur yang berkualiti dan sekiranya anda merasakan tidur berdengkur itu normal, anda silap!
"Ia tidak normal, ya. Sebenarnya ia normal apabila tidak berdengkur. Tapi adakah berdengkur itu perkara biasa? Ya.
"Jika anda hanya berdengkur sekali dua dalam setahun, berdengkur kerana hadapi hari yang teruk di pejabat, ia tidak perlu dirisaukan.
"Tapi jika anda berdengkur setiap malam tanpa gagal, anda wajar jalani pemeriksaan," jelas Dr Han Hong Juan, Pakar Bedah Telinga, Tekak dan Hidung (ENT) Hospital Mount Elizabeth, Singapura.
Dr Han menjelaskan, berdengkur yang kritikal iaitu berterusan dan setiap malam tanpa gagal, adalah simptom kepada 'sleep apnea' atau gangguan tidur yang mengganggu pernafasan.
Lebih teruk, dengkuran itu boleh menyebabkan nafas anda terhenti untuk beberapa saat yang menyebabkan oksigen gagal sampai ke otak.
Ia boleh mengundang kepada beberapa penyakit kronik lain seperti strok, tekanan darah tinggi selain serangan jantung.
Antara lain, sleep apnea juga menyebabkan masalah sosial kepada penghidapnya.
Mereka yang tidak mendapat tidur yang berkualiti akan berasa penat atau letih pada waktu siang sekali gus menjejaskan kualiti kerja dan hidup secara keseluruhannya.
"Contohnya, jika si suami berdengkur dengan kuat, isteri akan meminta pasangannya itu keluar dari bilik dan jika bercuti, anak-anak dan isteri pastinya meminta bapa yang berdengkur itu tidur di bilik lain.
"Ia jelas memberi tamparan kepada si suami atau ayah yang bedepan situasi berkenaan," tambahnya lagi.
SLEEP APNEA DAN KANAK-KANAK
Adakah kanak-kanak juga berpotensi menghidap sleep apnea?
Ya, kanak-kanak juga tidak terlepas dari berdepan dengan penyakit ini.
Namun, Dr Han berkata, sekiranya anak anda hanya berdengkur ketika diserang selesema, hidung tersumbat, cuaca sejuk dan pulih selepas itu, usah bimbang kerana ia adalah normal.
"Tetapi jika setiap malam anak anda berdengkur, bernafas ikut mulut, anda perlu ambil perhatian dan buat pemeriksaan kerana kanak-kanak juga berpotensi menghidapi sleep apnea.
"Lebih membimbangkan ia akan menjejaskan keadaan di sekolah, penat kerana tidak cukup tidur, berdepan masalah emosi, gagal bergaul dengan orang sekeliling.
"Impak sleep apnea dalam kalangan kanak-kanak juga agak teruk," ujarnya.
ATASI SLEEP APNEA
Anda tidak boleh terus membiarkan suami anda berdengkur dan menganggu tidur anda.
"Anak yang berdengkur juga bukanlah sesuatu yang comel," tegas Dr Han.
Justeru katanya, isteri mahupun ibu bapa yang terlibat perlu bertindak bagi mengatasi masalah tersebut.
Kebiasaannya, punca berdengkur adalah disebabkan oleh berat badan yang berlebihan.
Berat badan bertambah, dengkuran juga akan lebih kuat dan risiko untuk mendapat sleep apnea tinggi.
"Jadi caranya adalah pastikan anda tidak mengalami berat badan berlebihan atau obes. Jalani gaya kehidupan yang sihat adalah bagus," tambahnya lagi.
DIAGNOS DAN RAWATAN
Bagaimanapun, bagi yang menghidapi masalah (dengkur) tersebut, mereka disaran menggunakan alat Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) yang berperanan memberi tekanan tinggi yang konsisten dan membuka saluran pernafasan bagi memudahkan individu terlibat memghembus angin keluar.
Dr Han berkata CPAP boleh membantu membuka saluran pernafasan yang tersumbat dan memudahkan pernafasan selain menghilangkan dengkuran yang membawa kepada tidur yang berkualiti.
Selain itu, masalah sleep apnea boleh diketahui melalui pemeriksaan yang dijalankan menggunakan peralatan yang betul.
Lebih menarik apabila Royal Philips membuka Pusat Pendidikan Pernafasan dan Tidur yang pertama di Asia Tenggara di Pusat Philips (APAC) Singapura.
Ia bertujuan melatih profesional dan pakar dan bidang kesihatan di rantau ini mendiagnosis dan merawat gangguan tidur dengan lebih baik.
"Kami berharap dengan program pendidikan klinikal yang dijalankan di Pusat Pendidikan Pernafasan dan Tidur ini akan membantu melatih lebih ramai professional dalam bidang penjagaan kesihatan dan membolehkan mereka mentafsir data dari ujian tidur dan kajian di makmal," ujar Dr Mok Ying Juan, Pengarah Pendidikan Awam dan Epidemiologi untuk pusat tidur Duke-NUS Singhealth dan Perunding Perubatan Pernafasan dan Rawatan Kritikal di Hospital Changi.
Sementera itu, Pengurus Negara, Philips Singapura, Ivy Lai berkata, misi mereka adalah untuk menaik taraf kehidupan menerusi inovasi.
"Tidur yang berkualiti adalah tonggak penting kesihatan dan kesejahteraan.
"Dengan teknologi terkini dan ujian yang dijalankan seperti di rumah, kami berhasrat menjadikannya lebih mudah buat mereka yang menghidapai gangguan tidur dan mencari bantuan dari pakar," katanya.
Dengan keluasan 38,000 meter persegi, pusat latihan bertaraf dunia ini turut menempatkan ruang inovasi termasuk Health Continuum Space yang dilancarkan pada 2017 bagi memudahkan kerjasama yang lebih baik antara pakar penjagaan kesihatan, kerajaan dan pihak berkepentingan.
KENAPA ANDA BERDENGKUR?
Dengkur berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung.
Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain.
SEBAB-SEBAB BERDENGKUR
• Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak. Apabila otot tidak tegang akibat arak atau ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas. Juga berlaku semasa waktu tidur yang nyenyak.
• Tisu tekak yang besar dan tebal. Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur. Orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar.
• Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang. Uvula yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran yang berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran.
• Saluran pernafasan tersekat. Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Ini mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak, dan mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam dan mengakibatkan dengkuran. Antara sebab lain adalah batang hidung yang bengkok, polip dan jangkitan sinus.
** Hari Tidur Sedunia disambut pada 16 Mac setiap tahun
Khairunnisa Kasnoon
Fri Mar 30 2018
Berdengkur yang kritikal berterusan dan setiap malam tanpa gagal, merupakan simptom kepada 'sleep apnea'. - Gambar hiasan
25 tokoh wanita dipilih menerusi inisiatif PERANTIS 2024 KPWKM - Nancy
Sebanyak 25 tokoh wanita yang berkelayakan daripada pelbagai latar belakang telah dipilih untuk menerima geran peruntukan menerusi Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) 2024.
Tumpuan Jumaat – 22 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (21 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih RM23 juta tunggakan premium oleh agensi pembangunan tanah persekutuan - MB Kelantan
Lebih RM23.4 juta jumlah tunggakan premium serta bayaran lain yang belum dijelaskan oleh agensi pembangunan tanah persekutuan di Kelantan.
Daftar Pemilih Tambahan Oktober 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Oktober Tahun 2024 (DPT BLN10/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 20 Dis.
Polis minta bantuan orang ramai kesan dua remaja perempuan hilang
Kedua-dua remaja berkenaan ialah K. Rimashini, 15, dan Nur Adleena Batrisyia Mohd Saiful Nourman, 16.
PM Anwar ajak orang ramai hadir ke Program Dua Tahun Kerajaan MADANI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai hadir ke Program 2TM dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 yang akan berlangsung bermula esok hingga Ahad di KLCC.
Malaysia kesal UNSC gagal lulus resolusi gencatan senjata di Gaza
Malaysia amat kecewa dengan kegagalan sekali lagi UNSC untuk menerima pakai resolusi bagi mengenakan gencatan senjata di Gaza.
Anak Malaysia pertama dinobat Juara Trader Dunia 2024 Kejohanan Dunia
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa tetapi juga memberikannya pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records.
Ancaman buaya, Melaka pastikan keselamatan penduduk lembangan Sungai Malim
Perhilitan Melaka terus diharapkan supaya dapat memasang perangkap di sungai tersebut bagi menangkap haiwan liar berkenaan.
Penyelidik di Australia temukan kaitan antara dengkur dan tekanan darah tinggi
Menurut kajian, individu yang kerap berdengkur pada waktu malam lebih cenderung mempunyai tekanan darah tinggi dan hipertensi tidak terkawal.
Seorang pesakit dibunuh sebab berdengkur
Eileen Bunting, 64, dipercayai dipukul menggunakan cawan di bahagian kepala oleh seorang pesakit.
Jalani hari yang indah, atasi masalah dengkur anda
Lebih teruk, dengkuran itu boleh menyebabkan nafas anda terhenti untuk beberapa saat yang menyebabkan oksigen gagal sampai ke otak.
Sleep Apnea membunuh dalam senyap
Dengkuran yang bermasalah pada tahap kronik boleh mengundang maut bila nafas pendengkur terhenti 10 saat atau lebih.