MUNGKIN sebelum ini anda sering mendengar bahawa kulit ayam sangat tidak sihat untuk dimakan.
Selain dikatakan mempunyai banyak lemak, ia juga sering dianggap boleh meningkatkan tahap kolesterol dan menyebabkan masalah kesihatan seperti darah tinggi dan penyakit jantung.
Disebabkan itu juga, ramai yang memilih untuk menyingkirkannya daripada menu, terutamanya bagi mereka yang ingin menjaga berat badan.
Terkini, menurut laporan portal kesihatan Stethnews.com, kajian yang dijalankan beberapa pakar kesihatan di Universiti Harvard mendapati kulit ayam sebenarnya tidak menyebabkan sebarang masalah kesihatan terutamanya terhadap jantung.
Katanya, bahagian kulit yang sering dibuang itu sebenarnya mempunyai banyak khasiatnya, malah bagus untuk jantung anda!
Lemak kulit ayam, menurut laporan pakar itu, tergolong dalam kategori tidak tepu dan lemak jenis ini mampu mengurangkan tekanan darah tinggi dan paras kolesterol yang buruk, disebabkan hormon seseorang.
Selain itu, kalori dalam kulit ayam juga tidak terlalu tinggi sehingga boleh menyebabkan kegemukan, jika sedar soal pengambilan yang sederhana.
Antara lain, kebaikan kulit ayam adalah ia sangat lazat dan anda tidak perlu menambah banyak garam untuk menjadikannya lebih sedap.
Tambahan pula, kulit ayam juga boleh berfungsi sebagai penghalang kepada minyak daripada terus menyerap ke dalam daging ayam yang dimasak.
Isu yang sama pernah disiarkan di portal berita South China Morning Post. Dalam laporan yang memetik pandangan pakar nutrisi klinikal Integrated Medicine Instituite, Sheena Smith, perkara yang utama adalah bagaimana seseorang memasak kulit ayam itu.
"Jika anda menyalutnya dengan adunan tepung dan serdak roti dan kemudiannya digoreng, anda menukar makanan ini menjadi sesuatu yang tidak sihat.
"Setiap langkah pemprosesan selalunya menjadikan makanan itu lebih jauh daripada tahap sihatnya. Kalau anda menggoreng (deep-fry) setelah menyalutinya dengan adunan tepung dan serbuk roti, anda hanya menambah lebih banyak kalori yang tak bermakna," ujar Smith.
Astro Awani
Thu Dec 05 2019
Menurut kajian pakar Universiti Harvard, bahagian kulit yang anda sering buang itu sebenarnya mempunyai banyak khasiatnya. - Gambar hiasan
Perang dagang: ASEAN dijangka menerima manfaat terbesar
Firma penyelidikan RHB Investment Bank menjangka, manfaat terbesar akan dinikmati oleh Malaysia, Vietnam, Indonesia dan Thailand.
Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter, manakala RON97 meningkat lima sen kepada RM3.38 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Jan.
IPO Oriental Kopi dilebih langgan hampir sembilan kali
Tawaran awam permulaan syarikat itu, yang akan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 23 Januari depan, menarik minat runcit bernilai RM1.61 bilion.
Dagangan saham MAHB demi mencapai sasaran dividen, kata KWSP
KWSP berkata, tawaran pembelian saham MAHB melalui konsortium baru-baru ini juga selaras dengan perancangan jangka panjangnya untuk mencapai pertumbuhan dan pulangan yang mampan.
Pesara Komander TLDM didakwa 89 tuduhan tipu lebih RM1 juta
Dia didakwa menipu Kapten TLDM dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa pelbagai kerja perolehan di Rumah Keluarga Angkatan Tentera, KD Sultan Ismail telah selesai dilaksanakan.
Rangkaian 5G kedua: U Mobile mungkin pertimbang penggabungan
Hong Leong Investment Bank menjangka, saiz dan kekuatan kewangan terhad U Mobile mungkin menyebabkannya berdepan kesukaran untuk melaksanakan projek 5G kedua negara secara bersendirian.
Kenaikan tarif elektrik dijangka pacu permintaan tenaga boleh diperbaharui
Firma penyelidikan RHB Research menjangka, permintaan juga dijangka disokong oleh pelancaran subsektor RE baharu oleh bursa tempatan.
Sarawak kukuhkan kedudukan selaku peneraju teknologi hidrogen
Penganalisis berkata, ini dapat dilihat menerusi sembilan projek utama yang sedang dalam pembangunan di negeri tersebut.
PETROS akan laksana fungsi sebagai agregator tunggal
Kerajaan Sarawak memberi jaminan bahawa PETROS akan memberikan kerjasama kepada kerajaan persekutuan dan petronas setelah diiktiraf sebagai agregator gas tunggal di wilayah itu.
Sektor penerbangan Malaysia 2025 bakal alami pertumbuhan
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menjangkakan sektor penerbangan Malaysia mengalami pertumbuhan yang ketara pada tahun 2025.
PKP: Pusat kuarantin disifatkan selesa, petugas barisan hadapan baik
Norizyani bersama keluarga pulang ke kampung suaminya di Pattani, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Jangan buang kulit ayam, ia ada khasiat - Kajian
Ramai yang memilih untuk menyingkirkannya daripada menu, terutamanya bagi mereka yang ingin menjaga berat badan.
Pulangkan buku teks gambar 'lelaki kahwin lelaki' - Penerbitan Bagus
Syarikat Penerbitan Bagus Sdn Bhd meminta semua ibu bapa pelajar tahun empat untuk segera memulangkan buku teks terbitan mereka yang memaparkan gambar salasilah lelaki berkahwin dengan lelaki.
BAJET 2015: Sokongan pertumbuhan ekonomi susulan Bajet 2014
Bajet 2015 yang dibentang pada Jumaat dilihat susulan pertumbuhan ekonomi yang disuntik dan diumum pada Bajet 2014 tahun lepas.